26

Romance Completed 6385

"Boss.. K-kenapa tadi tu?"

"Tak payah tahu.. Awak pergi buat kerja awak sebelum saya naik darah lagi"

"B-baik boss"

Tanpa banyak bertanya, Gina melarikan diri..
Walau dia tak pernah nampak Ariana marah sangat,dia dah takut..
Tengok muka Ariana tadi pun dah takut..
Inikan pula nak biar diri sendiri kena marah..

Ariana tak dapat nak kawal emosi jumpa lelaki tadi tu..
Sakit sangat hati dia..

*Tak tahu malu betul kau kan Zahid.. Lepas apa kau cakap dulu, masih juga kau nak muncul depan aku.. Tak puas lagi ke nak hina aku?.. Pergi mampuslah*

Mukanya kembali menjadi merah..
Dia marah sangat pasal tadi dan dulu tu..

*Stress arr macam ni.. Gara-gara 'kau'lah ni.. Sibuk je mak buat cooperation bagai.. Hilang mood aku nak kerja*

Notifikasi telefon berbunyi..
Lantas dia masuk ke laman sembang..

*Eiffel rupanya, nasib baik bukan 'dia' *

Eiffel menghantar location restoran yang diorang akan lunch nanti

*Kalau Eiffel, memang tenang hidup aku.. Kalau 'kau' ,menyakitkan hati*

.....

"Ariana.. Sini"

Dia melihat kearah dia dipanggil..
Tidaklah jauh dari kedudukannya sekarang..

Nara ada sekali
Kelas habis awallah tu..

"Sampai pun Kak Ariana.. Jomlah pesan makanan"

Eiffel mengangkat tangan untuk mengambil perhatian pelayan..
Seorang pelayan mendekati mereka..

Mereka memberitahu pesanan mereka..
Makanan mereka akan sampai tak lama lagi..

"Kak.. Petang ni busy tak?"

"Tak sangat.. Kenapa?"

"Kita pergi picnic nak?"

"Dekat mana?"

"Taman?"

"Boleh boleh.. Lepas balik office, saya arrange-lah..Jam berapa?"

"Empat atau lima"

"Nice"

"Korang dua je ke nak picnic?"

Mendengar Ariana dan Nara berbual, buat Tya menyampuk.

"Alah.. Pergilah juga kalau tak busy.. Abang pun"

Idea Nara untuk berkelah,bagus juga..
Boleh kurangkan stress.. Tu pun kalau tak ada masalah..
Hehe..

Pesanan mereka sudah sampai..
Mereka menjamunya dengan selera..
Makanan restoran mereka masuk ni memang sedap..
Lain kali boleh datang lagi ni..

.....

Jadual kerja Ariana sudah diatur semula..
Serba salah pula Ariana dengan Gina..
Asyik kena aturkan jadual kerja dia..

Sebelum mereka berempat ke taman untuk berkelah..
Mereka pergi sebentar ke supermarket..
Nak beli sedikit makanan ringan..
Ada juga yang nak dikunyah-kunyah nanti..

"Eiffel..Kita nak beli apa?.. Saya rasa nak beli coklat, keropok dengan gula-gula.. Awakkan suka gula-gula, terutamanya perisa yang.."

"Ariana"

Terhenti gerak mulut Ariana untuk bercakap..
Seseorang dari belakang menyebut namanya 'Ariana'

Ariana memutarkan tubuhnya..
Suara pemanggil itu seperti tidak asing..

Eiffel kenal pemanggil Ariana tu..
Dia mendekati bibirnya di telinga Ariana..

"Saya menjauh dulu.. Nanti bila dah selesai borak, pergi dekat saya"

Ariana memalingkan muka memandang Eiffel..

"Tak payahlah.. Sini je"

Sengihan sambil gelengan itu reaksi Eiffel..
Eiffel memulakan langkahnya menjauh daripada Ariana untuk menberi ruang buat orang itu berbual dengan Ariana..

"Ariana.. Bila kamu dah balik sini?.. Aunty tak tahu pun"

"Saya baru je baru balik.."

"Kamu balik dengan kawan kamukan?.. Eiffel"

"Dia bukan lagi kawan saya.. Tapi dah jadi kekasih saya.."

"Tapi Ariana, kan kamu kata nak jadi isteri Zahid?"

Ketara bibir Ariana tersungging sinis dengan giginya yang terlihat.

Terkejut hati tiga orang didepan Ariana..
Dua orang yang lainnya itu ialah Dani dan Zahid

"Sorry aunty.. Saya dah takde hati nak kahwin dengan anak aunty ni.. Lepas apa dia cakap, aunty fikir saya nak lagi dekat dia.. Dahlah, saya nak pergi dekat boyfriend saya dulu, bye"

*Malas nak layan.. Sibuk je nak aku kahwin dengan anak dia.. Memang taklah aku nak*

Ariana baru saja melangkah beberapa tapak..
Tangannya ditahan..
Ariana melihat siapakah yang menahannya..

"Kenapa kau macam tu dengan mak aku?"

"Eh, kau lupa ke apa kau cakap dulu?.. Tu bukan mak aku, buat apa nak jaga perasaan dia,nak hormat dia.. Kan.. So, kau sebagai anak dia, kau jagalah perasaan dia sendiri"

Tangannya ditarik kuat agar tangannya terlepas dari genggaman Zahid..
Tak nak layan perangai tak masuk akal diorang berdua..
Uncle Dani oklah lagi, tak pernah paksa Ariana kahwin dengan Zahid..

"Kenapa 'dia' nak pegang awak?.. Saya tengok kasar je dia pegang lengan awak.. Bagi sini tangan awak"

Tangan yang digenggam Zahid barusan diberi pada Eiffel..

"Merah sikit je.. Kalau merah sangat, saya pergi jumpa Zahid tu"

"Halah.. Dahlah.. Jom pergi.. Entah siap dah ke belum Tya dengan Nara.. Nanti diorang tunggu kita pulak.. Jom jom jalan"

"Jom"

Tiga orang tadi hanya memandang Ariana pergi bersama Eiffel..

Zahid tersengih sinis memandang kedua tubuh itu menghilang jauh..
.....

"Lama cari barang?"

"Ha'ah banyak.."

"Banyak barang ni, bukan setakat makan masa berkelah je, boleh bawa balik rumah ni"

"Memang pun.."

Ternganga mulut Tya tadi nampak beberapa plastik besar yang dipegang Ariana dengan Eiffel..

"Kak, kak Ariana"

"Ya Nara?"

"Malam ni tidur kat rumah ae, semalamkan tak dapat tidur sama dekat rumah"

"Ermm.. Ok boleh-boleh.. Nanti saya balik rumah dululah"

"Yuhuu.. Ok kak"

"Kau ni Nara.. Senang macam tu je kau minta Ariana tidur kat rumah, kalau dia busy esok, macam mana?"

"Alah, kau Kak Tya.. Kak Ariana dah setuju.. Nak marah apa lagi?"

"Dah dah.. Nanti gaduh pulak korang dua ni.. Dah jom pergi taman.."

"Yepp abang Eiffel"

Sepanjang perkelahan mereka,mereka banyak bercerita pasal masa kecil..
Terutamanya masa Eiffel pertama kali jumpa Ariana..

Nara sebelum ni tak kenal dengan Ariana..
Sebab dia tak tinggal dekat UK..
Balik UK,masa hujung tahun..

Ariana takde dekat UK kalau hujung tahun..
Balik Malaysia..

Macam mana nak berjumpakan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience