"Kenapa pergi dekat Zahid tadi?"
"Saja nak berbual dengan dia?"
"Awak jangan nak bergurau"
"Ada benda nak cakap dekat dia.."
"Pasal apa?"
"Lupakan saya"
"Oklah.. Ada benda saya nak bagi tahu pasal Zahid.. Benda ni dah lama saya tahu, cuma tak beritahu awak"
"Kenapa dengan Zahid?"
"Saya dapat maklumat yang Zahid tu bukan anak kandung Aunty Zuna awak tu"
"Impossible.. Kenapa saya tak tahu?.. Mama tak pernah bagi tahu pun hal ni.. Awak dapat maklumat mana ni?"
"Maklumat yang saya dapat tu sahih.."
"Tapi.. Kenapa saya tak tahu sejak awal?"
"Tak banyak pun yang tahu Zahid tu anak angkat Aunty Zuna awak tu.. Mungkin memang disengajakan untuk tak diberitahu"
Maklumat ni Eiffel dapat selepas beberapa hari Eiffel menyuruh orangnya mencari maklumat mengenai ZAHID Holdings..
Tak sangka dapat maklumat terperinci macam ni..
Dan dia juga tahu Ariana tak tahu pasal ni sebab Ariana tak pernah buka cerita pasal tu.
"Dah tu sekarang nak buat apa?"
"Saya tak tahu.."
"Awak nak buat apa dekat Zahid tu?"
"Lepaskan jelah.. Lagipun dah belasah dia tadi.."
"Ok.. So, boleh kita balik?.. Nak tidur"
"Hrmm.. Jom kita gerak.."
"Yeah."
~~~~~
"Boss. Boss.."
"Kenapa ni, Gina?.. Kelam - kabut nampak"
"Boss.. Datin Zuna datang"
"Again?. My gosh.. Tak pelah, biarkan dia masuk"
"Okay boss, kejap"
Gina keluar sebentar sebelum dia kembali lagi dengan Datin Zuna..
Gina kembali keluar dengan menutup rapat pintu..
Dia tidak ingin ada yang ingin curi dengar perbualan boss ..
"Aunty nak apa?"
"Aunty nak Ariana"
"For what?"
"Be my daughter in-law.."
"Aunty..Tak serik lagu ke nak paksa saya kahwin dengan Zahid.. Dah banyak kali saya katakan TAK"
"Aunty tetap akan.."
Pintu bilik itu dibuka kasar oleh seseorang..
Membuat perhatian dua wanita itu teralih..
"Zahid.. Kamu buat apa dekat sini?"
"Nak bawa mama balik.. Zahid ada benda nak cakap dengan mama"
"Tak boleh ke tunggu dekat rumah?.. Tak nampak ke mama dengan Ariana ni"
"Whatever-lah ma.. Mama bukannya ada dekat rumah kalau Zahid ada dekat rumah.. So, sekarang Zahid nak mama ikut Zahid pulang.. Tak payah ganggu Ariana"
Garangnya Zahid..
Mama dia ada buat masalah dekat dia ke?
Tapi masalah apa pulak?
Then, dah insaf ke daripada terus kacau Ariana?
Kalau dah insaf, bagus sangat tu..
Aman dunia Ariana..
"Zahid.. Kamu ni kenapa nak baran dengan mama?"
"Kita balik sekarang.. Jangan ganggu Ariana.. Atau mama nak Zahid tanya benda ni, depan Ariana?.. Bagus juga macam tu, biar Ariana tahu sekali"
"Benda apa yang Zahid nak tanya sangat ni?"
"Okay.. Zahid tanya dekat sini.. Zahid nak tahu yang Zahid ni siapa?"
"Soalan bodoh apa kamu tanya ni.."
"Soalan bodoh.. Wah.. Kenapa tak nak bagi tahu hal sebenar yang Zahid ni anak angkat mama?..Kenapa nak sorok?"
"Zahid.. Siapa kata kamu ni anak angkat?.Kamu anak kandung mama?"
"Masih nak menipu?.. Jujur jelah ma.. Hasil DNA dah tunjuk yang kita tak de pertalian darah.. Cukup-cukuplah nak menipu tu"
"Zahid.. Cakap dengan mama , siapa yang bagi tahu hal ni?.. Siapa?"
"Tak penting untuk mama tahu siapa orang tu.. Tapi Zahid nak mama terangkan semua perkara pasal Zahid.. Kenapa mama tak bagi tahu semua ni dari awal?.. Apa yang nak ditakutkan?"
"Zahid.. Mama minta maaf.. Salah mama, mama tahu ni salah mama.. Maafkan mama.."
"Zahid tak minta kemaafan daripada mama.. Yang Zahid nak, mama ceritakan semua perkara yang terjadi.. Kenapa Zahid jadi anak angkat mama?"
"Okay.. Mama ceritakan.. Mama memang niat nak ambil anak angkat.. Sebab mama tak boleh nak mengandung.. Papa pun setuju nak ambil anak angkat.. Mama ambil Zahid sebab Zahid baru lahir.."
"Kenapa kalau Zahid baru je lahir masa tu?.. Parents Zahid?"
"Zahid baru lahir.. Jadi mama boleh bagi tahu orang luar yang Zahid anak kandung mama.. Mama boleh kaburi mata orang untuk percaya Zahid memang anak mama..Pasal parents Zahid, mama tak tahu.. Mama cuma tahu Zahid dihantar dekat rumah anak yatim.. Tu je"
"Kenapa mama perlu sembunyikan kebenaran yang Zahid ni anak angkat?.. Kenapa tak nak orang tahu?"
"Mama tak nak orang malukan papa.. Mama tak nak orang ejek papa sebab kahwin dengan perempuan tak boleh nak bagi zuriat.. Itu dah macam penghinaan.. Mama tak nak jadi macam tu"
"Mama ego dengan diri sendiri.. Mama sepatutnya bagi tahu hal ni biar benda tak jadi macam sekarang.. Dan satu benda Zahid tak faham sampai sekarang.. Kenapa mama asyik nak paksa Ariana kahwin dengan Zahid?"
"Sebab mama tak nak lepas Zahid kahwin nanti, Zahid bercerai hanya sebab Zahid bukan anak kandung mama papa"
"Alasan apa ni, ma?.. Tak masuk akal langsunglah.. Ma, banyak lagi perempuan yang boleh mama kenankan, kenapa mesti Ariana?"
"Sebab dia anak Aria.. Anak pada kawan baik mama"
"Argh!.."
Zahid jatuh terduduk ke lantai..
Otaknya terlalu banyak membawa beban sejak dia mendapat tahu dia bukanlah anak kandung pada Datin Zuna dan Datuk Dani..
Zuna mendekati Zahid dengan niat ingin memujuk Zahid...
Dia tak sangka kalau benda ni terbongkar lebih awal..
Dia sendiri belum sedia untuk hadap semua ni..
"Zahid"
"Stop dekat sana.. Jangan dekat lagi"
"Zahid.. Mama minta maaf Zahid.. Mama tahu kesalahan mama ni.. Maafkan mama Zahid"
"Tak perlu"
"Zahid"
Zuna tidak menahan tangisannya lagi..
Air matanya jatuh dengan deras..
Hati dia sakit menjelaskan semuanya..
Zahid langsung tidak memandang ke arahnya..
Hatinya bertambah sakit..
Dia berlari keluar dari bilik itu..
Dia kecewa terhadap diri sendiri..
Zahid turut bersedih di hati..
Dia sengaja tidak memandang ke arah Zuna kerana tidak ingin dia turut menangis..
Hati dia sangat sakit..
Terlalu dalam luka yang dia dapatkan..
Ariana langsung tidak masuk campur dalam perbalahan anak beranak tadi..
Dia tak sangka yang Zahid memang anak angkat..
But bagi dia, dia tak kisah.. Zahid tetap kawan dia..
Dia mengambil kotak tisu dan mendekati Zahid..
Dia juga duduk berlutut di hadapan Zahid..
Zahid tidak memandang ke arahnya tetapi hanya memandang lantai yang kosong itu..
Ariana mengusap bahu Zahid dengan lembut..
"Kalau nak menangis, teruskan.. Tak perlu simpan.. Bukan kali pertama untuk aku nampak kau menangis.. Kau tak perlu malu dekat aku.."
Ariana mengambil tangan Zahid dan ditepuk-tepuk perlahan..
Tanpa sedar, butiran air mata Zahid sudah pun jatuh..
Dia menggenggam tangannya sendiri..
Sebelah tangannya mengelap air matanya yang kian deras mengalir..
Risau Ariana dekat Zahid ni..
Mesti hati Zahid sangat tak baik sekarang ni..
"Wanna hug?"
Ariana mendepakan tangannya untuk Zahid..
Zahid memandang ke wajah Ariana sebelum tubuh itu dipeluk..
Eiffel..
Jangan risau pada Ariana.
Hati Ariana tak kan berubah hanya dengan memberi pelukan..
Zahid v_v
Share this novel