2

Romance Completed 6385

"Kau ni takde rumah ke sampai nak menumpang dekat rumah keluarga Zahid?"

Ariana kini sedang duduk diam di pepenjuru rumah..
Dia memang tak dapat nak bergaul dengan kawan-kawan Zahid..
Semua nak mengelak..
Aunty dia pula tak habis-habis pasal nak kahwinkan dia dengan Zahid..

"Ada je.. Kenapa?"

"Dah tu kenapa kau tinggal dekat sini?.. Mengemis cinta Zahid ke?.. Dalam mimpilah kau dapat.. Zahid tu milik aku"

"Oh.. Aku tak pernah tahu pula Zahid dah ada girlfriend..Kalau ada, mesti dia bagi tahu aku dulu..Aku kan tinggal serumah dengan dia"

"Kau jangan nak sombomg ae, sebab kau dah tinggal sini.. Zahid tak kan nak dengan kau lah"

"Dah tu Zahid nak dengan kau ke?..Aku dengar kau dah kena tebuk.. Kau rasa Zahid nak ke?"

"Kau jangan buat cerita ae.. Kau tu yang dah kena tebuk.."

"Kalau ya aku dah kena tebuk.. Pasti sebab Zahid.. Aku kan tak rapat dengan lelaki selain Zahid"

"Kau ni memang nak kena dengan aku.."

"Taklah.. Mana ada.. Kan kau yang datang dekat aku.. Tak patut tak patut.. Jangan tuduh aku ae."

"Ih."

Perempuan tu menghentakkan kakinya sebelum meninggalkan Ariana sendirian

*Tahu pun nak sakit hati.. Macamlah aku kisah.. Sibuk je dengan aku*
.....

Ariana sudah penat melihat kerenah orang dalam majlis Zahid..
Dia buat keputusan nak masuk bilik..
Rugi je dia ikut majlis, bukannya ada yang best.

"Mari perkenalkan.. Ariana"

*Dah kenapa nak perkenalkan aku?..Uncle ok tak ni?*

"Ariana.. Pergi ke sini"

Ariana tidak menolak..
Dia mendekati papa Zahid itu..

"Sempena hari lahir Zahid ke-20 ni, uncle nak kenalkan.. Inilah Ariana.. Bakal tunang dan bakal isteri Zahid"

*Oh tidak.. Malunya macam ni.. Kenapa mesti sekarang?..Aku tak sedia lagilah*

Dari jauh Ariana mampu melihat reaksi Zahid yang tergamam mendengar pengumuman papanya..
Dia pun terkejut juga tindakan uncle ni..

"Lepas ni.. Takde siapa yang boleh ganggu Ariana kerana Ariana akan menjadi milik Zahid nanti"

Papa Zahid sudah pun mengakhiri kata-katanya..
Ariana hanya mampu memberi reaksi diam..
Dia tak tahu nak fikir apa lagi..

Dia kembali ke niat dia yang tadinya ingin masuk bilik..
Ya..
Dia cepat masuk ke bilik tanpa menghiraukan orang lain..
Dia tengah teramat terkejut sekarang ni..
~~~~~

"Hoi.. Kau sini jap"

"Apa awak?.. Saya tak nak gaduh dengan awak masa ni.. Takde mood"

"Kau kan yang suruh papa bagi tahu pasal kau nanti jadi tunang aku?"

"Mana ada.. Awak jangan menuduh ae.. Kalau betul saya suruh.. Siap saya tambah lagi supaya peminat awak jangan ganggu saya dengan awak.. Lepas tu suruh kawan awak terima saya ni"

"Eh kau.. Melebih pulak.. Kau dengar sini ae.. Aku tak kan tunang.. Tak kan kahwin dengan kau.. Paling jauh hubungan kita pun sebagai KAWAN je"

"Kawan?.. Oh!..Really?.. Dah tu kenapa awak makin kasar dengan saya?..Kawan konon, kawan tahi ayam.. Dahlah.. Buat sakit hati je.. Dahlah friendzone-kan orang..Sanalah"

"Eh kau ni dah kenapa?.. Datang bulan ke hah sampai nak marah-marah"

"Hah.. Tahu pun.. Memang saya datang bulan.. Dah tu?.. Bagi masalah dekat awak ke?"

Mendengarkan Ariana datang bulan..
Zahid berdiam diri..
Celupar juga mulut dia tanya pasal masalah perempuan

Itulah punca Ariana malas nak berdebat dengan Zahid..
Kang nanti, tunggang-langgang barang-barang dalam rumah ni sebab Ariana..

Zahid langsung ke biliknya untuk bersiap ke unversiti..
Ariana juga sudah pasti ke universiti juga..

Ariana sudah bersedia ke universiti..
Pemakaian agak berlainan dari sebelum ni..
Dia memakai t-shirt dan skinny jeans..
Dia juga mengikat tangan hoodie di pinggangnya..
Dia tidak kisah akan apa yang orang cakap mengenai penampilan dia..
Asalkan dia selesa dengan apa yang dia pakai..

Zahid menunggu Ariana di dalam kereta beberapa minit..
Zahid dan Ariana akan sekereta bila ke universiti dan balik universiti..
Itu amanah yang papa Zahid beri..

Ariana memasuki kereta dengan pantas.
Nanti dibebel pulak dengan Zahid kalau lambat.

"Amboi kau.. Lepas kena sebar kau jadi bakal tunang aku, terus berubah pemakaian"

"Yang awak nak sibuk kenapa?.. Suka hati sayalah.. Nanti kang saya pakai hoodie dengan jeans je, awak kata malu dekat saya.. Bila orang dah nak berubah, komen macam tu pulak.. Cari gaduh ke apa?"

"Kau nak naik angin kenapa?..Itu je pun aku cakap"

"Cara awak cakap menyindir saya.. Awak jangan nak buat kereta ni jadi gelanggang WWE pulak"

"Kau tu yang perasan"

"Perasan awak kata.. Fine, tunggu saya tukar baju macam sebelum ni"

"Woi.. Kau jangan buat hal.. Kang lambat sampai U nanti"

"Tahu pun nanti lambat.. Yang awak tak pandu lagi kereta ni kenapa?.. Sengaja cari masalah"

"Yelah yelah.. Tutup mulut kau tu.. Memekak je"

Ariana membuat mimik muka seakan bercakap..
Dia sengaja nak sakitkan hati Zahid..

*Mengada punya crush.. Nope.. Bukan CRUSH.. Tapi CRAZY.. Ada je nak bawa gaduh.. Dahlah dia friendzone-kan aku tadi.. Sedih tau hati ni*

Ariana tidak memandang ke tempat lain selain menghadap ke hadapan..
Biar dia jadi tunggul buat seketika..

"Oii.. Dah sampai"

"Awak ni kan.. Asyik 'Oii', 'Hoii'atau 'Woii' je kan.. Awak fikir saya takde nama ke?"

"Suka hati aku lah..Ikut suka aku lah nak panggil kau apa pun.. Bukan hak kau"

"Sedap mulut je kan cakap"

"Mulut aku,bukan guna mulut kau pun"

"Lelaki gila.. Tengoklah bila awak dah balik nanti.. Siap awak"

Ariana lantas melangkah keluar dari dalam kereta Zahid..
Ariana bukan takde harta nak beli kereta, cumanya tu amanah papa Zahid..
Ariana tu dah ada lesen memandu dah..

Ariana tak nak dengar gosip murahan dari orang dalam universiti tu..
Dia terus ke kelas.
Hati dia panas sebab Zahid..
Dasar lelaki gila..

*Sabar kau Zahid.. Aku pastikan kau kena marah dengan Aunty Zuna.. Tengoklah nanti*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience