PA Ariana sudah siap memberi beberapa maklumat..
Tiba masanya Ariana pergi ke pentas..
Ariana berdiri..Dan ingin melangkah
"Ariana,kau nak pergi mana?"
"Aku nak pergi..Aku kena pergi..Kau tahu juga nanti"
"Lah kau ni..Tak lama lagi CEO syarikat tu sampai"
"Ye..Aku tahu..Sebab tu aku kena pergi cepat"
"Oklah.."
"Nanti aku balik sini jugalah"
"Ya.."
Ariana kini melangkah cepat naik ke pentas..
Laura dengan Rai dah cuak..
'Dah kenapa Ariana naik pentas ni?'
Para pengajar di universiti itu agak terkejut melihat Ariana menaiki pentas..
Dalam hati juga dah cuak..
Tak kan Ariana nak buat masalahkan..
"Baiklah..CEO kepada 'Syarikat NA Sdn.Bhd.' dah sampai"
PA Ariana memperkenalkan Ariana supaya mereka tak bingung dengan adanya Ariana di pentas itu..
Mikrofon berpindah tangan pada Ariana..
Ariana memperkenalkan dirinya yang merupakan anak kepada Nazmi,bekas CEO syarikat itu..
Dia sudah mengambil alih syarikat itu sejak ketiadaan parents-nya..
Dia tidak ingin banyak bicara mengenai diri dia,dia langsung memberikan ucapan yang dia sudah sediakan..
Walau tidaklah hebat sangat ucapannya,dia mengucapkannya dengan ikhlas..
"Zahid,kau tahu tak pasal kerja Ariana ni?"
"Of course"
"Oh..Tak sangka kau kenal juga dia ni"
"Kau ni..Dah banyak kali aku cakap yang aku memang kenal dia dari dulu..Tak kan hal kecil macam ni aku tak tahu"
"Tapikan,dah berapa lama korang kenal?"
"Entah"
"Tak kan lupa?"
"Dari kitorang lahir kot"
"Tak kanlah.."
"Mak aku dengan dia tu kawan,mungkin sebab tu mak aku nak kahwinkan dia dengan aku..Anak kawan dia kan,mestilah dia nak jodohkan dengan anak dia"
"Oh.."
.....
"Tahniah cik..Cik CEO terbaik"
"Tak payah puji"
"Cik macam tak suka je?"
"Memang pun..Lepas ni aku nak pergi U macam mana?..Mana nak letak muka aku ni?..Malu tau tak"
"Cik nikan..Macamlah cik buat benda jahat..Sepatutnya cik gembira dapat bagi tahu yang cik ni siapa"
"Aku tak suka banyak tahu aku ni CEO..Tak nak jadi bualan orang"
"Sekejap je tu..Lama-lama nanti diorang ubah topik hangat lain"
"Cih..Ni mana driver ni?..Aku kena ambil baju aku lagi"
"Baju?..Mana?"
"Dalam keretalah..Lagi pun tak kan aku nak belajar nanti pakai baju macam ni?..Tak selesa"
"Cik ni..Tu,dah sampai pun"
Ariana mengambil beg belajarnya serta beberapa buku..Dan tidak lupa baju gantinya..Setelah kereta berhenti
Dia akan tukar baju dekat tandas
"Cik..Saya pergi dulu..Nanti nak driver hantar cik balik ke?"
"Nantilah aku bagi tau"
"Ok cik..Selamat belajar"
"Ya"
Ariana bergegas ke tandas..
Tak lama lagi kelas dah nak mula..
Dia menukar baju kemeja dan blazer-nya dengan baju t-shirt dan hoodie berzip..
Seluar tak ditukar..
Kasut ditukar dengan kasut sukan.Taklah sakit kaki dia nak berjalan..
Selepas yakin dengan kekemasan pakaiannya..
Dia menarik hood hoodie menutupi kepala..
Dia masih malu
Dia berjalan ke kelas sambil menunduk..
Dia ke tempat duduknya yang paling belakang..
Taklah terdedah sangat kedudukan dia tu..
"Ariana"
"Oii kau"
Hampir melatah panjang Ariana terkejut..
"Laura,kau ni buat terkejut betullah"
"Apesal kau tak bagi tahu pasal kerja kau tu?..CEO pulak tu"
"Sorry..Aku sengaja buat macam tu supaya tak banyak tahu aku ni CEO"
"Tapi kan.."
"Apa?"
"Takde orang larang kau kawan kitorang ke?"
"Siapa nak larang?..Lagi pun,kenapa pulak ada nak larang?"
"Alah..Kau kan CEO..Mesti jaga martabat supaya tak kawan dengan orang yang takde jawatan"
"Amboi..Sejak bila pulak ada hal macam tu?..Aku rela hilang jawatan CEO tu daripada ikut aturan macam tu..Merepek jelah kau ni"
"Ariana..Kau memang mantap arr tadi..Cool je masa kau bagi ucapan tadi..Macam tak puas je aku dengar"
"Rai Rai..Kau ni ok tak?"
"Oklah..Aku tak sakit pun"
"Oklah"
"Prof dah sampai..Nanti borak lagi ae"
"Ok"
.....
Selepas habisnya kelas..
Ariana lantas mengemas barangnya
"Ariana..Kau nak tak kita jalan-jalan malam ni?"
"Malam?..Aku tak rasa nak pergi..Aku tak suka keluar malam"
"Alah..Ada aku dengan Laura juga"
"Sejuta orang teman aku pun,aku tetap tak suka pergi jalan malam-malam..Aku tak biasa"
"Lah kau ni..Tak kan tak pernah keluar malam?"
"Dulu selalu..Tapi dengan parents aku dan..."
"Dan what?"
"Dan someone yang kau tak kenal langsung"
"Really?..Ke Zahid?"
"Pfft..Zahid nak bawa aku keluar?..Memang taklah..Dalam mimpi pun susah nak bawa aku keluar"
"Dah tu siapa?"
"Kawan lama aku"
"Takpelah kalau macam tu..Kalau lusa kita jalan-jalan..Lagi pun kelas kita habis awalkan"
"Tengoklah keadaan macam mana..Nanti aku confirm-kan"
"Ok.."
"Aku balik dulu"
"Ya..Take care"
"Ok"
.....
Ariana melintasi sekumpulan perempuan di koridor kelas..
"Cik CEO dah nak balik ke tu?"
Ariana melihat pelik pada perempuan yang bercakap tu..
Dia tidak menghiraukannya..
Dia meneruskan langkah ke luar bangunan..
"Amboi..Sombongnya tak nak bertegur..Mentang-mentang dah jadi CEO-kan"
Langkah kakinya terhenti lagi..
Namun tidak dia menoleh ke arah sekumpulan perempuan itu..
Untuk tidak membuat masalah,dia menyegerakan langkahnya ke luar..
'BUKK'
Tubuh Ariana terhempas di lantai.
Salah seorang perempuan itu menolaknya..
Ariana merasakan kakinya sakit bila berdiri..
"Hah..Tulah,sombong sangat bila dah jadi CEO..Padan muka"
"Nak mati ke buat Ariana macam ni?"
Terkejut Ariana mendengarkan suara ini..
Dia sangat kenal akan suara ini
"Kau siapa nak kacau kitorang?..Orang luar"
"Kau jangan sampai aku patahkan kaki korang semua baru nak lari..Jangan nak buli Ariana"
Orang tu membantu Ariana berdiri..
Kalau Ariana sendiri berdiri memanglah tak seimbang..
Nanti jatuh semula
"Kau ingat kau lelaki,aku takut"
"Kau nak aku suruh orang rogol kau ke baru nak takut?"
Tercengang perempuan tu dengar..
Sampai nak rogol pula tu.
"Kau ni memang biadapkan..Setakat perempuan tak tahu malu ni pun,kau nak pertahankan..Buta ke?"
"Aku ke kau yang buta?..Orang tak ganggu,sibuk nak cari masalah..Sekali lagi aku tahu korang semua ni buli Ariana,siaplah takde maruah..Maksud aku,kena rogol..Kalau nak mencabar keberanian aku buat macam tu,buatlah hal lagi dengan Ariana"
"Lelaki gila..Dah jom pergi..Menyemak je"
Dah gentar hati perempuan-perempuan tu dengar apa lelaki tu cakap..
Bagi blah,nanti tak pasal-pasal datang masalah..
Share this novel