"ZAHID BIN DANI.."
"ZAHID DANI..TURUN SEKARANG"
"Ma..Apa bising-bising ni?..Zahid nak tidurlah"
"Kamu mari sini..Apa kamu dah buat dengan Ariana?"
"Zahid buat apa?"
"Kenapa tak tolong Ariana tadi?..Kenapa kamu tak tolong dia?"
"Pasal apa pulak ni ma?"
Zuna membebel panjang dengan Zahid..
Tak bagi bantuan dekat Ariana..
"Hoi.."
"Awak nak apa?"
"Kau cakap apa dekat mak aku hah?..Sampai membebel dekat aku"
"Saya just cakap awak tak tolong selamatkan saya masa kena buli..Salah ke?"
"Kau sengaja nak buat masalahkan?"
"Ada ke saya cakap nak cari masalah?..Takdekan..Awak yang salah sebab setuju saya jadi sugar baby..Awak cakap macam tu,macam saya ni takde maruah.."
"Bukan memang betul ke?..Dengan lelaki tu boleh,tak kan yang lain tak?"
"Awak jaga mulut awak ae..Awak fikir saya ni jalang sangat,sundal sangat ke sampai nak jadi sugar baby..Saya dah cukup duit untuk hidup,tak payah pun ada sugar daddy.."
"Kau..Lepas ni jangan naik sekereta lagi masa nak pergi U..Naik kereta sendiri"
"Cih..Macamlah saya ni takde kereta.."
"Yang kau naik kereta aku juga kenapa?"
"Awak lupa ke yang papa awak yang minta?..Saya nak jaga hati papa awak tu.."
"Tu papa aku,bukan papa kau pun..Tak payah nak jaga hati sangat"
"Suka hati sayalah nak jaga hati ke tak?..Bukan urusan awak pun.."
"Kau ni asyik nak sakitkan hati aku je"
"Awak yang mula..Dah sana..Keluar"
"Suka hati akulah nak stay ke tak?..Bukan rumah kau pun.."
"Fine..Nak sangat saya tak ada dekat sini kan..Takpe..Tak lama lagi saya keluar je dari sini"
"Bagus"
Zahid seronok dengar khabar tu..Khabar terbaik untuk dia..
Dia keluar dari bilik Ariana..
Zahid lantas ke bilik Ariana setelah mamanya selepas selesai memberi ceramah free dekat dia..
Telinga dia nak bernanah dengar mak dia membebel
~~~~~
Dengan apa yang Ariana cakap semalam..
Dia betul buat..
Dia memang pergi U guna kereta sendiri..
"Ariana..Ni betul kau ke?"
"Ya.."
"First-time nampak kau bawa kereta pergi U"
"Ni pun sebab Si Zahid tu"
"Oh..Gaduh lagi..Tapi macam teruk je kali ni"
"Bolehlah tahap teruk tu.."
"Ok..Tapikan..Penampilan kau ni tak sesuai dengan kereta kau"
"Apa-apa jelah..Aku suka simple..Kalau aku rasa nak complicated sikit,baru aku berdandan sikit"
"Yelah..Jom masuk kelas..Rai dah tunggu"
"Kenapa dia tunggu sana?"
"Dia jadi ulat buku sementara..Sebab assignment..Kau bagus arr,dah habis belajar"
"Cih..Tak bagus pun..Kalau bukan sebab kerja aku,aku nak je ambil empat tahun"
"Takpelah Miss CEO..Nanti bila dah tak belajar dekat sini lagi,janganlah lupakan kitorang"
"Memang jahatlah aku kalau lupa kawan -kawan aku ni.."
"Bagus..Lets go..Kita masuk kelas"
.....
"Penampilan seperti biasa..Cik Ariana Nazmi"
"Kau dah kenapa Rai?..Kau demam ke sampai nak panggil nama penuh aku?"
"Cik Ariana cakap aku demam pulak..Hehe..Saja jelah panggil kau macam tu"
"Kerja assignment kau macam mana?..Ok tak?"
"Ok je..Dengan bantuan buku-buku bersejarah ni"
"Nak aku bantu tak?"
"Tak..Jangan..Nanti aku malas nak buat lepas ni..Aku teringat nak tanya kau"
"Tanya aku apa?"
"Kau bila berhenti belajar?..Tak pun bila kau tak datang sini sebagai pelajar lagi?"
"Minggu depan..Hari khamis atau jumaat,aku dah tak datang belajar lagi"
"Rindulah kitorang dekat kau lepas ni..Dah tak selalu jumpa"
"Nanti pandai-pandailah cari masa untuk kita jumpa.."
"Kau mesti sibuk kerja"
"Buat masa awal aku kerja,mestilah sibuk..Sebabkan banyak tak settle sejak tiga tahun lalu"
"Hrmm..Takpelah..Tapi still boleh chatting-kan"
"Mestilah"
.....
Hari belajar Ariana hanyalah seperti biasa..
Hanya mendengar penerangan professor dan membuat nota.
Walau dia tak lama lagi tak belajar dekat sini,dia tetap buat semua tu..
Untuk kenangan terakhir dia..
Ariana menuju ke tempat letak kereta..
"Perempuan SUGAR BABY dah sampai..Kenapa nak bertutup sangat ni?..Kenapa tak bogel je dekat sini?..Apa nak malukan"
"Apa maksud kau hah?"
"Eh..Salah ke apa aku cakap tu..PEREMPUAN SUGAR BABY"
"Kau nak cari pasal dengan aku ke ni?..Setakat nampak aku berjalan berdua dengan lelaki pun dah jadi sugar baby..Masa aku sekereta dengan Zahid,tak pula kau cakap Si Zahid tu sugar daddy aku"
"Zahid tu dah terang-terang tak suka kat kau..Kau je gedik nak mampus dengan dia"
"Aku nak gedik ke tak dengan dia..Ada urusan dengan kau?..Otak kau hilang ke kalau aku gedik dengan dia?"
"Celuparnya mulut"
"Kau sendiri menuduh orang,cakap orang celupar pulak..Mulut longkang"
"Eh..Berani kau hina aku?"
"Ha'ah..Dah tu?"
"Dahlah anak yatim piatu..Tinggal merempat dekat rumah Zahid..Gedik dengan Zahid..Lepas tu mengada dengan parents Zahid..Tak tahu malu..Ni mesti mak bapak kau tak ajar hormat orangkan"
"Kau jangan nak melampau sampai nak"
'PAPP..PAPP'
PIPI perempuan tu ditampar kuat..
Ariana terkejut munculnya lelaki ni..
"Kau jangan nak hina Ariana..Setakat gelaran anak yatim piatu,dia masih ada pendapatan,boleh hidup sendiri..Kau ada apa? Asyik nak habiskan duit mak bapak kau je..Setakat nak beli rumah RM 1 000 000 tu,Ariana sendiri mampulah..Parents Si Zahid tu yang nak sangat Ariana tinggal sana..Zahid tu bakal tunang dia,suka hati dialah..Dan..Kau jangan nak babitkan orang yang dah meninggal..Takde akhlak..Mak bapak kau takde ajar ke nak hormat orang.."
"Kau nak sibuk kenapa?..Oh..Sebab kau SUGAR DADDY dia kan"
'PAPP'
Sekali lagi perempuan tu mendapat tamparan..
"Aku dengan dia just KAWAN..Yang otak kau tak fikir positif ni kenapa?..Dah tak waras nak fikir elok..Kau..Sebelum aku tampar kau sampai patah gigi,baik kau blah"
"Ish..Penyibuk"
Kedengaran hentakan kasut perempuan tu..
Sengaja dikuatkan lagi..
Nak bagi tahu dia sakit hatilah tu..
"Kau lagi Eiffel..Kau sebenarnya mengintip aku ke ni?"
"Mana ada..Aku sengaja tunggu kau balik..Tapi takde niat nak jumpa kau..Tapi sekali aku dengar perempuan tu cakap,aku yang berasap dulu daripada kau"
"Thanks arr..Aku dah speechless dah tadi"
"Ha yelah..Kau cepat balik..Aku nak gerak dah ni..Kang aku balik dulu,perempuan mangkuk hayun tu kacau kau lagi"
"Oklah..Thanks again..Bye..Jam dua belas nanti jumpa dekat airport"
"Ok..Bye"
Eiffel menyegerakan tubuh Ariana masuk ke dalam kereta..
Dia tak nak berlama dekat situ..
Panas hawa sekarang..
Eiffel memerhatikan kereta Ariana meluncur laju..
"Jadi hero nampak?"
"Sepatutnya tu kau yang selamatkan dia..Tapi tengok keadaan dia,mesti kau dah buat something yang buat dia tak suka..Orang dah ada hati tapi tak nak pulak.."
Eiffel meninggalkan Zahid sendirian..
Tak berlama lagi..
Dahlah panas..Kang dia lebih panas sebab Si Zahid tu
"Memang taklah"
Zahid berbisik pada dirinya
"Tak padan langsung dengan aku"
Share this novel