3

Romance Completed 6385

"Ariana.. Apesal dengan muka kau ni?.. cemberut semacam je"

"Aku tengah bengang dengan Si Zahid tu"

"Aikk.. Bengang dengan bakal tunang tu dah kenapa Ariana oii?"

"Tak payah tahulah..Jangan nak tambah bengang aku ae.. Aku takde mood ni"

"Dia ni.. Macam nak lepas geram dekat aku pulak ae"

"Mana ada. Jangan tuduh-tuduh"

"Ha yelah yelah.. Jangan sensitif sangat..Bendera jepun ke?"

"Ya Laura..Sebab tu aku takde mood ni"

"Alahai siannya dia.. Aku layan kau dengan sangat baik ya tuan puteri ku sayang"

"Janganlah cakap gedik sangat"

"Kau ni.. Aku hempuk juga nanti.. Aku layan baik,kau kata gedik.. Aku layan tak elok, kata aku cari gaduh.. Masalah betullah mood kau ni"

"Amboi kau.. Macamlah tak faham perasaan aku yang serabut ni.. Bukannya kau tak pernah rasa perasaan aku ni"

"Yelah ok..Dahlah.. Kang berdebat kita dekat sini.. Jom masuk kelas"

"Jom"

"But"

"Apa lagi Laura?"

"Kau nampak agak menarik hari ni"

"Apa yang kau merepek ni ha?"

"Betul babe.. Kau lain dari yang lain sebelum ni.. Kau selalulah pakai macam ni.. Tak pun tukar-tukar gaya ke.. Guarantee ada yang terpikat"

"Kalau yang terpikat tu Zahid, aku terima.. Kalau orang lain, tak nak aku"

"Eleh dia ni.. Jual mahal konon.. Suka hati kaulah.. Bukan aku"
.....

"Oii.. Kau dekat mana?.. Dah lama aku tunggu dekat kereta..Kang aku tinggalkan kau, kau report mak aku pulak"

"Saya dekat library.. Tunggulah kejap"

"Kau buat apa dekat sana?.. Jangan cakap yang kau nak jadi ulat buku lepas tu jadi nerd sebenar"

"Apehal pulak awak ni.. Sabarlah.. Tak lama lagi saya sampai.. Kecohlah awak ni"

Ariana nak pinjam buku rujukan dekat library tu..
Zahid ni pulak nak sangat cepat-cepat..
Bukan lari pun rumah dia tu

Ariana sampai di kereta Zahid..
Pandai Zahid nak sakitkan hati..
Dia tak bagi tahu yang kawan dia ikut sekali.. Nasib baik ada perempuan

"Awak minta kunci kereta awak jap"

"Kau nak buat apa?"

"Nak buka but kereta awaklah.. Kang saya bawa buku ni dekat dalam, ada orang mengeluh sempit sangat"

"Kau"

Telefon Ariana berdering..
Ariana menyambut dengan cepat.
Sebab yang call tu aunty

"Hello Aunty Zuna"

Ariana membuat muka mengejek dekat Zahid.
Zahid apa lagi, terkejut..

"Ariana masih dekat U"
"Dah nak balik ni.. Ariana tengah minta Zahid"

Zahid tak nak kena report..
Cepat je dia bagi kunci kereta..
Kang bising mak dia..

Ariana bagi senyum kambing dia..

"Takde aunty.. Gurau je"

Ariana ke belakang kereta lalu membuka but kereta..
Dia meletakkan buku yang dipinjam tadi dengan cermat..

Dia mengembalikan kunci kereta lalu masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang

"Ariana dengan Zahid dah nak gerak ni.. Tapi aunty bersedialah ada tetamu tak diundang aunty.. Sebab Zahid yang undang diorang"

Membulat mata orang dalam kereta tu pandang Ariana..
Ariana buat tak endah..
Ariana menyambung perbualannya bersama aunty di hujung talian..
Aunty menghentikan panggilan apabila sudah separuh jalan menuju ke rumah

"Oii.. Kau sengaja nak sakitkan hati kitorang kan"

Kata seorang rakan perempuan Zahid yang berada di sebelah Ariana..

"Sakitkan hati apanya?."

"Kau kata kitorang tetamu tak diundang kenapa?"

"Aunty Zuna ada undang korang ke rumah ke?.. Takdekan.. Zahid je yang undang.. Salah ke apa saya cakap tu.. Sensitif"

Mereka tak lagi bersuara..
Biar senyap je..
Kalau bising ni, memang boleh bergaduh diorang..
.....

Setelah sampai rumah..
Ariana mengambil bukunya dengan cepat..
Dia melangkah masuk ke rumah juga dengan cepat..
Dia nak bersihkan badan dia ni..
Melekit badan dia sebab panas tadi..

"Zahid.. Dah berapa lama Ariana dalam bilik dia tu?"

"Mana Zahid tahu ma.. Bukannya Zahid ni babysitter dia pun"

"Zahid ni kan.. Sengajalah tu nak sakitkan hati Ariana.."

"Siapa suruh cari pasal dengan Zahid"

Ariana mengajukan perkataan Zahid tadi..
Dia menuruni tangga dengan kadar sederhana laju..

"Ariana.. Kenapa lambat turun?..Kamu belum makan pun sejak balik"

"Ariana siapkan kerja dulu.. Lagi pun tak nak ganggu diorang ni"

"Dahlah.. Pergi makan dulu"

"Ok aunty"

Ariana mengambil makanan dan makan sorang-sorang..
Best makan sorang-sorang
Takde yang nak bawa gaduh..

Masa makan pulak.. Telefon dia berdering..
Tangan tak kotor..
Jadi dia boleh angkat call dengan cepat..

"Uncle"

"Kamu dah balik ke?"

"Dah lama balik,uncle.. Kenapa?"

"Saja tanya.. Manalah tahu Zahid buat hal..Kamu buat apa sekarang?"

"Makan."

"Zahid dekat mana sekarang?"

"Zahid dekat rumah je uncle.. Study group"

"Betul ke?"

"Betul uncle"

"Bagi telefon dekat Zahid"

"Ok uncle.. Jap"

Terkedek-kedek Ariana dekat dengan Zahid
Ariana bagi telefon

"Nak buat apa?"
Zahid tanya soalan bodoh..

Ariana menekapkan semula telefon pada telinganya

"Uncle.. Zahid.."

Dirampas pula telefon Ariana..
Kasar pulak tu

"Hello pa.. Kenapa tak call Zahid je?"

"Papa tak susah nak percaya kamu duduk rumah,belajar..Kamu kan suka sakitkan hati Ariana"

"Sekarang dah sure ke Zahid ada dekat rumah?"

"Dah.. Bagi Ariana balik.. Papa nak bercakap dengan dia"

Zahid bagi telefon Ariana semula..

Ariana berdecit selepas mengambil telefonnya..
Dia kembali ke dapur..
Nak sambung makan

"Ariana. Dengar uncle tak?"

"Dengar uncle"

"Nanti kalau kawan Zahid buli, bagi tahu uncle dengan aunty.. Lawan balik tau.. Jangan biar kena pijak dengan pembuli"

"Ok uncle.."

"Oklah.. Kamu sambunglah makan ya"

"Ok"

Akhirnya..
Boleh makan balik..
.....

Selepas makan..
Ariana menyediakan minum petang untuk Zahid dengan kawan-kawan dia..
Itu pun sebab Aunty Zuna minta tolong..
Lepas tu, aunty nak minum petang dengan Ariana..

"Nah.. Untuk korang.. Jangan minum.. Sebab saya ada letak racun"

Ariana sempat menghidangkan minuman itu untuk para tetamu dan Zahid..
Minum ke tak.. Ikut suka diorang..

Ariana membawa satu lagi dulang berisi teko dan cawan..
Dia membawa ke meja luar..
Khas untuk Aunty Zuna..

"Bagi sini air tu.. Dahaga pulak aku"

"Zahid.. Kau gila ke nak minum air Si Ariana buat ni.. Kau sendiri dengarkan dia letak racun"

"Kau nak percaya sangat kenapa?.. Dia tak gila punya nak buat macam tu"

"Macam mana kau tahu?"

"Macamlah aku tak kenal dia tu.. Cepatlah bagi sini"

"Nah nah.. Kalau kau mati, padan muka"

Zahid hanya menggelengkan kepala..
Seteruk mana dia layan Ariana..
Dia masih kenal keperibadian Ariana..
Bukannya baru setahun dia kenal Ariana..
Dah belasan tahun..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience