"Awak, awak.. Urgent"
"Urgent apa ni?.. Ada masalah ke?"
"Saya kena pergi outstation..Ada hal pulak yang tak ok dekat sana tu"
"Lah, ye ke?.. Awak dah bersiap?"
"Dah"
"Saya hantar, kalau tak...."
"Ok ok.. Awak hantar.. Nanti awak merajuk lagi"
"Nice..Bila awak nak gerak?"
"Sekarang ni"
"Jom kita gerak.. Penerbangan bila?"
"Dua jam lagi"
"Hrmm.. Kita pasti sampai setengah jam sebelum penerbangan"
.....
"Lepas saya masuk pesawat ni, awak terus balik tau.. Tinggal dekat rumah saya.. Jangan tinggal kondo sorang-sorang"
"Ya ya.. Awak jangan fikir sangat pasal tu.. Sekarang ni awak hanya fikir kerja awak.. Jangan bawa balik scandal pulak nanti"
"Awak ni ke situ pulak.. Macamlah saya pergi sana tu untuk bercuti.. Haih.. Ingat tau, tinggal dekat rumah saya"
"Iya awak, saya tahu.. Dah dah.. Pergi naik pesawat tu, kang dia terbang tinggalkan awak pula"
"Ya.. Ingat tau apa saya cakap"
"Ya awak.. Dah dah, jangan risau pasal tu.. Bye,jangan skip makan tau"
"Bye, ingat"
"Ya"
Tak habis-habis nak ingatkan dia pasal tinggal dengan Tya and Nara..
Risau sangat
Ariana menuju ke parkir kereta setelah pesawat yang dinaiki Eiffel sudah berlepas terbang.
Nampaknya dia perlu berkemas bajunya untuk tinggal di rumah Eiffel untuk beberapa hari..
"Kau dekat sini hantar boyfriend kau?"
"Kau lagi..Kalau nampak aku, boleh tak,tak payah bertegur dengan aku.. Rimas"
Ariana berjalan menjauhi Zahid..
Kalau takde Eiffel, asyik 'dia' ni yang selalu bertegur dengan dia..
Entah motif apa tiba-tiba selalu nak bertegur..
Gila agaknya..
"Jangan pergi dulu, aku nak cakap something"
"Fine.. Apa yang penting sangat nak cakap tu?..Kalau benda merepek, jangan harap aku nak dengar"
"Aku dah suka dekat kau"
*Amboi dia, relax je cakap macam tu.. Takde perasaan ke?*
Ariana tersenyum kambing mendengar LUAHAN hati Zahid..
"Kau kena sampuk apa sampai cakap macam ni?.. Ke kau dah gila or maybe kau lupa apa yang kau cakap dulukan.. Nyanyuk dah kau ni"
"Aku tak ada masalah macam apa kau cakap tu.. Aku memang betul dah suka dekat kau"
"Suka sebagai apa?.. Suka sebagai tempat lempias kata-kata hinaan kau.. Macam tukan"
"Tak.. Aku suka kau sebab aku sayangkan kau"
"Kau dah nampak aku dengan Eiffel, tapi masih nak cakap hal ni dekat aku.. Kau memang tak pandai nak jaga hati orangkan.. Aku tak kisah kau nak sakitkan hati aku, tapi aku tak kan sakitkan hati Eiffel yang lebih baik aku jaga berbanding kau.. Lepas ni jangan muncul lagi depan aku, aku tak suka pun jumpa kau"
"Aku tetap akan dapatkan kau"
"Kau nak dapatkan aku, dalam mimpi kau je.. Tak tahu malu..Aku nak pergi"
"ARIANA.. AKU TAK KAN BIARKAN KAU HIDUP BAHAGIA DENGAN DIA"
"Whatever,BITCH"
Kata kesat khas untuk Zahid..
Suka ganggu hidup Ariana..
Kalau diikutkan hati Ariana, banyak lagi kata kesat,kata cacian nak bagi dekat Zahid..
Tapi dia tak nak buat masalah..
Biar jelah Si Zahid yang gila tu
.....
"Hello Gina"
"Ya Boss.."
"Saya masuk kerja hari ni.. Tapi saya just guna baju kasual..Jadi tak perlu aturkan appointment"
"Baik Boss.. Boss dah nak datang office ke?"
"Ya.. Dalam lima minit lagi sampai"
"Baiklah.. Saya tunggu dekat tingkat bawah"
"Ok"
Off-day hari ni tak jadi sebab takde Eiffel
Daripada dia termenung takde apa nak buat, baik pergi kerja..
Ada juga manfaat..
Kereta sudah berada tepat di hadapan office..
Ternampak Gina sudah berada di kaunter pertanyaan..
Cepat sampai.
Mungkin kerana Gina sudah berada berdekatan dengan tingkat bawah..
Sebaik saja Ariana memasuki ke dalam pejabat..
Gina bergegas mendapatkannya..
Dengan rupa risaunya..
Berkerut dahi Ariana yang melihatnya..
Adakah ada masalah?
"Awak kenapa tergesa-gesa ni?.. Muka risau ni ada masalah apa?"
"Boss.. Tadi ada seorang datin ni dan anak dia nak jumpa dengan Boss.. Saya dah bagi tahu yang Boss belum sampai, tapi diorang berdegil nak pergi tingkat bilik Boss..Diorang takde appointment langsung dengan Boss..Saya nak bagi tahu Boss, tapi Boss dah call dulu"
"Tertanya-tanya siapa orang ni.. Takpe, jom kita naik tingkat atas"
"Baik Boss"
Mereka berdua memasuki lif menaiki tingkat teratas..
Di tingkat teratas hanya ada bilik kerja para ketua bidang syarikat dan bilik pembantu mereka seperti bilik kerja CEO, COO, CFO, CMO dan yang lain-lain..
"Oh ya Boss.. Saya dah minta Ihra layan diorang tu sekejap"
"Oklah tu..Nanti diorang tu fikir kita ni tak ramah pula"
"Ya"
Lif sudah sampai ke tingkat terakhir
Pintu lif terbuka menampak susuk tubuh yang tidak disukainya..
Siapa lagi kalau bukan Zahid..
Dia ni sampai masa Ariana singgah ke shopping-mall tadi..
Ariana tidak mengendahkan kehadiran susuk tubuh itu..
Dia terus melangkah ke bilik kerjanya..
Belum sempat dia buka keseluruhan pintu itu, kedengaran seorang wanita memarahi seseorang
'Kau ni pandai tak buat kerja?.. Kalau tak, tak payah kerja.. Menyusahkan.. Baju aku ni, kau fikir kau boleh ganti ke dengan gaji ciput kau ni'
Bait-bait kata menusuk.. Suara itu familiar di benak fikiran Ariana
Dia cuba mengingat kembali..
AUNTY!!
Ariana segera memasuki bilik kerjanya..
Aunty dan Ihra memandang ke arah dua orang yang baru masuk di depan pintu..
"Bawa Ihra keluar"
Ariana mengatakannya dengan perlahan..
Gina menjawab dengan anggukkan.
Ariana berdiri menghadap aunty yang basah bahagian dadanya..
Di fikirannya, Ihra membuat kesilapan seperti menumpahkan air yang ingin dia hidang..
Muka Ihra seakan ketakutan dengan 'Datin Singa' ni..
Baru kali pertama Ariana nampak aunty terlalu marah..
Bercakap seperti menghina..
"Datin buat apa datang sini tanpa appointment?..Saya bukanlah orang yang kerjanya lenggang,yang boleh berjumpa orang tanpa sebab bila-bila masa"
"Kamu ni dah sombongkan lepas dah tak tunang dengan Zahid.. Kamu kata nak kahwin dengan Zahid, mana?!..Mana?!.. Mana semua kata-kata kamu yang nak sangat kahwin dengan Zahid.. Sekarang Zahid dah setuju.. Setuju sangat-sangat dengan keputusan aunty.. Kamu janganlah tak nak kahwin dengan dia pula.."
"Sorry aunty.. Perasaan saya bukan permainan untuk aunty dengan anak aunty tu.. Kan saya dah kata yang saya takde hati nak kahwin dengan Zahid.. Apa yang aunty tak faham dekat ayat tu?.. Hati saya dah ada pada Eiffel.. Aunty tak boleh nak paksa saya terima Zahid lagi.. Dah terlambat untuk Zahid.. Dan aunty boleh cari calon menantu yang lain.. Saya hanya akan kahwin dengan lelaki yang cintakan saya setulus hati dan saya cintakan dia.."
"TAK!!.. TAK BOLEH.. ARIANA kena juga kahwin dengan Zahid.. Kamu tak boleh kahwin dengan lelaki lain"
"Aunty.. Tolong hormat keputusan saya seperti mana saya hormat keputusan aunty dulu.. Sekarang ni, hubungan kita masih boleh diperbaiki sekadar aunty kawan lama pada mendiang mama saya.. Itu je"
"Tak.. Tak.. Kamu kena jadi menantu aunty.. Takde sesiapa boleh dapatkan Ariana selain Zahid"
"STOP it-lah aunty.. Sebelum saya bertambah kurang ajar dengan aunty.. Baik aunty keluar sekarang, balik rumah,rest-kan fikiran aunty yang serabut.. Dan suruh anak aunty tu jangan muncul depan saya lagi.. Rimas.."
"Kamu memang dah berubah.. Berubah sebab lelaki tak guna,Eiffel tu"
"JANGAN nak hina dia.. Saya berubah macam ni sebab ANAK TAK GUNA aunty yang selalu hina saya.. Dah, sekarang pergi.. Atau aunty nak saya panggil pak guard humban aunty dekat luar office ni"
"Kamu dah biadab!"
Zuna mengambil beg tangannya dengan kasar..
Tidak suka dengan tindak-tanduk Ariana yang sudah berani kasar dengannya..
Dia inginkan Ariana yang dulu..
Dia nak Ariana yang dulu kembali..
Dia tak suka Ariana yang sekarang
Dia benci pada Ariana yang sekarang..
Zuna mengambil langkah laju meninggalkan pejabat Ariana..
Zahid hanya mengikutinya dari belakang..
Zahid seakan faham situsi yang berlaku di dalam bilik pejabat Ariana dengan hanya melihat wajah kelat mamanya itu..
Tapi Zahid akan terus memujuk Ariana..
Walau apapun jadi
Share this novel