"Baby Clingy"
"Ya Sayangku.. Kenapa?"
"Esok ada majlis apa?. Lupa pula saya"
"Majlis birthday anak businessman.. Kenapa?"
"Ada kena undang?"
"Of course..Sayang?"
"Ada.. Kita pergi sama-sama nak?"
"Mestilah nak.. Mustahil saya tak nak"
"Nice..Nanti awak pakai baju apa?"
"Long-dress..Awak?"
"Pantsuit formal"
"Warna apa?"
"Hitam"
"Kalau macam tu, saya pakai long-dress warna putih"
"Ok Baby Clingy..Tapikan Baby Clingy,tempat tu dekat hotel.. Nak tak kalau saya tempah bilik untuk awak..Mungkin awak nak berehat ke?"
"Hrmm.. Boleh juga.. Saya tak rasa saya nak berlama dekat majlis tu.. So, saya akan tunggu awak dalam bilik tu"
"Yelah.. Nanti saya tempah..Awak pergilah tidur..Rehat"
"Ermm.. Awak jangan lewat tidur sangat"
"Ya.."
Eiffel menyelimuti Ariana hingga menutupi dada..
Dia mengelus sebentar kepala Ariana..
Lampu tidur di meja kecil dibuka lalu menutup lampu utama bilik itu..
Dia keluar dari bilik Ariana lalu menutup pintu.
Dia memasuki biliknya dan duduk bersila di atas katil..
Dia meneruskan untuk menyiapkan kerja..
Jika sudah separuh kerjanya siap, dia akan tidur..
Dan kerja selebihnya akan dibuat di pejabatnya.
~~~~~
"Boss.."
"Ya"
"Malam nanti boss.."
Pantas Ariana memotong ayat Gina..
Dia nak bagi tahu awal..
"Malam nanti saya ikut Eiffel"
"Boss nak saya pergi juga atau tak?"
"Pergi juga.."
"Baiklah.. Baju boss?"
"Tolong sediakan"
"Boss nak yang macam mana?"
"Long-dress putih"
"Tak mendedahkan tubuh boss kan?"
"Yupp"
"Baiklah boss.. Lepas saya dapat baju boss, nak saya letak mana?"
"Bawa sini"
"Oklah boss..Saya keluar dulu"
"Ok"
Malam ni..
Ariana agak gusar memikirkannya..
Terasa tidak sedap hati,namun dia menepis jauh perkara itu..
Tak kan ada yang terjadi..
Semua pasti baik-baik saja..
.....
"Baby Clingy."
"Ya kesayangan saya.. Apa?"
"Awak nampak cantik dengan baju ni"
"Selama ni saya tak cantik ke,wahai kesayangan?"
"Bukan macam tu.. Cantik awak terserlah bila pakai baju macam ni.. Berbanding bila awak pakai pakaian formal tu.."
"Hrmm yelah.. Jom gerak.. Nanti kita lambat sampai pula"
"Jom"
Eiffel memandu kereta ke dewan hotel yg akan diadakan majlis itu..
Disampingnya ada Ariana yang melihat keadaan di luar.
Ariana tidak ingin mengganggu kefokusan Eiffel untuk memandu..
"Baby Clingy..Fokusnya termenung.. Dah sampai ni"
"Eh, tak perasan pulak. Hehe"
"Seronok sangatlah tu termenung. Termenung apa ni?"
"Takde apa.. Jomlah kita masuk"
"Yelah"
Eiffel dan Ariana dipelawa masuk oleh penjemput tetamu..
Sudah ramai tetamu menghadiri majlis yang akan berlangsung itu..
Bergelak-tawa sesama mereka..
"PA awak mana, Baby Clingy?"
"Err.. Tak tahu.. Belum sampai kot"
"PA saya dah ada dekat tengah kerumunan orang tu.."
"Awak nak pergi dekat dia ke?.. Saya macam mana?"
"Tak kan saya nak tinggalkan Baby Clingy saya ni.. Awak ikut saya.. Nanti kalau dah ternampak PA awak, pergilah dekat dia.."
"Hrmm.Yelah"
Ariana berpaut lengan drngan Eiffel menuju ke arah PA Eiffel tu..
Rancak sangat borak tu, sampai tak hiraukan kedatangan boss sendiri..
Ariana melihat sekitar bangunan dewan itu..
Terlalu lias sehingga mampu memuatkan lebih 500 tetamu..
Pandai tuan rumah pilih tempat..
Dia berhenti melihat ke satu susuk tubuh yang dikenali..
"Zahid ada dekat sini?"
Terbit pertanyaan tiu di bibirnya..
"Awak kata apa tadi?"
Dia memandang Eiffel sebelum menjawab soalan tadi..
"Zahid ada sekali dekat sini?"
"Tak tahu.. Kenapa?.. Awak ada nampak dia ke?"
"Saya rasa saya macam ada nampak dia"
"Kalau betul dia ada, tak mustahil.. Sebab diakan bussinesman juga"
"Betul juga tu"
Share this novel
typo again dear hihi