Konvokesyen Ariana sudah pun berlalu dan dia sudah mendapatkan kunci rumah kondominiumnya..
Namun dia belum pindah..
Kerana ingin memberitahu mama dan papa Zahid dahulu..
Dia dah ada niat nak bagi tahu lebih awal..
Tapi disebabkan diorang perasan dia dengan Zahid tak sekereta pergi U,huh..
Kena bebel panjang..
Terpaksa hadap..
Sebab tulah kena redakan dulu keadaan baru dia nak bagi tahu..Dan sekarang nilah dia nak bagi tahu mama Zahid..
"Aunty..Ariana ada nak cakap ni"
"Pasal apa Ariana?"
"Pasal rumah"
"Kenapa?..Ada masalah ke dengan rumah ni?"
"Tak aunty..Cumanya Ariana rasa nak pindah keluar..Bukan sebab Ariana tak suka dekat sini.."
"Dah tu kenapa?"
"Ariana rasa baik Ariana menjauh dulu daripada Zahid"
"Zahid buat apa dekat kamu?"
"Takde buat apapun..Just rasa Zahid tu sebenarnya tak suka pun Ariana ada dalam rumah ni..Sejak Ariana masuk sini,Zahid dah tak layan Ariana baik macam dulu.."
"Janganlah pindah keluar..Tinggal je dekat sini..Ariana kan jadi isteri Zahid nanti"
"Tapi aunty,Ariana"
"Dahlah Ariana..Tinggal sini je ya..Nanti aunty tegurkan Zahid"
"Tapi aunty"
"Aunty buat macam ni sebab kamu tu bukannya ada nak jaga dekat luar tu..Kalau kamu dekat sini,boleh juga minta Zahid tengokkan kamu ni.."
"Aunty"
"Please Ariana..Aunty nak jaga kamu..Tinggal sini je..Ya?"
'Belum apa-apa lagi kena mengalah.. Mengalah jelah'
"Oklah aunty..Ariana tak pindah"
"Baguslah..Kamu nak makan apa?..Aunty masakkan"
"Kari ayam boleh?"
"Mestilah..Kamu tunggu aunty masak"
"Ok aunty"
.....
"Kau kata nak keluar dari sini..Bila?"
"Hrmm..Tak jadilah"
"Kenapa?..Sebab tak ada rumah sendiri ke?"
"Rumah dah ada..Masalahnya mama awak tu..Mama awak tak nak saya keluar..Nak buat macam mana?,apa kata awak je yang cakap dengan mama awak tu"
"Alasan kau je tu..Ke sebab tak nak sugar daddy kau datang rumah kau?..Sebagai alasan kau,sebab ada orang lain dekat rumah..Right?"
"Awak cakap jangan ikut sedap mulut ya..Kalau ya saya nak ada sugar daddy,nak ke dia terima perempuan yang tak bergaya macam saya ni?..Hah,nak ke?..Awak jangan sampai saya pun berkasar macam awak"
"Kalau perempuan dah offer nak jadi sugar baby dia,aku tak rasa perlu tengok pemakaian..Just tengok keaktifan di ranjang..Right?"
Naik bulu roma Ariana dengar..
Digosok-gosok kulitnya di bahagian lengan dan belakang leher..
"Awak keluarlah..Sibuk je dalam bilik..Baik awak pergi belajar"
"Memandai je suruh aku keluar"
Zahid menjeling pada Ariana..
Selepas je Zahid keluar bilik,Ariana mengunci pintu biliknya..
'Seramnya..Tu baru sikit dia cakap.. Naib baik dah takde dekat sini..Seram seram'
.....
Sekarang dah jam sebelas..
Masanya untuk Ariana pergi airport..
Uhuu..
"Oii..Kau nak pergi mana?..Jumpa sugar daddy?"
"Sugar daddy,sugar daddy,sugar daddy..Tak habis-habis dengan sugar daddy..Saya tak ada sugar daddy-lah..Apa kata awak je jadi sugar daddy saya,senang cerita"
"Kau.."
Terkedu Zahid mendengarnya
Dia pulak tiba-tiba kena offer jadi sugar daddy
"Ariana,kamu nak ke mana?"
"Nak pergi airport"
"Kamu sambung belajar ke?"
"Eh..Takdelah aunty..Tak kan Ariana tak bawa kelengkapan Ariana..Ariana nak hantar kawan Ariana balik UK"
"Tak bolehlah kamu pergi sorang,dah tengah malam ni..Biarlah Zahid teman"
"Takpelah aunty..Nak jumpa SUGAR DADDY-kan tak elok bawa kawan..Ariana ok je..Nanti jam dua-atau tiga,Ariana sampai rumah"
"Betul ke ni ok?"
"Ya aunty.. Ariana pergi dulu ya"
"Yelah.. Hati-hati"
"Ok aunty"
.....
"Manalah Eiffel ni..Batang hidung tak nampak dari tadi..Nikan pulak nak nampak bayang dia..Ke hulur ke hilir aku cari pun tak nampak..Haisy"
Membebel-bebel Ariana dekat tengah airport tu..
Dah lama dia cari Eiffel..
Tak jumpa juga..
"Cari aku ke?"
"Eh cari aku..Heisy kau ni..Terkejut aku..Saja kan"
"Sorry..Kau termenung sampai mana?"
"Sampai tembus kepala kau..Kau pergi mana?..Aku cari tak jumpa"
"Aku dekat luar airport tadi.."
"Apesal tak bagi tahu?..Taklah aku ni cari kau macam hilang anak"
"Sorry.."
"Yelah yelah..Lepas kau balik UK ni,kau balik bila lagi?"
"Kan aku dah bagi tahu..Yang aku balik lagi bila hari pertunangan kau..Nasib baik aku dapat balik hari ni"
"Kenapa?"
"Sebab siang tadi ada masalah last-minute..Settled-lah juga"
"Tapikan..Aku rasa kau tak payahlah datang hari tunang aku"
"Kenapa aku tak boleh datang ke?"
"Aku takut..Takut kalau aku rasa bersalah nak terima Zahid..Kau kan..Huh"
"Just be chill..Aku ok jelah nak datang hari pertunangan kau..Aku datang as kawan kau,bukan pengacau..So kau jangan nak rasa bersalah.Memanglah betul aku ada hati dekat kau tapi kau kan dah pilih dia,aku kenalah terima kenyataan..Lagi pun aku bukanlah psiko nak paksa kau suka kat aku balik..Right?"
"Eiffel"
"Dah dah..Jom pergi makan..Sampai ke pasal perasaan kau ajak aku sembang"
"Dan malamlah,tak kan nak makan lagi"
"Dari tengah hari tadi aku tak makan sebab masalah siang tadi"
"Tapi.."
"Dah dah..Jom teman aku juga.."
"Oklah"
.....
"Ok Ariana..Aku dah nak pergi..Kau hati-hati balik..Kalau kau ada masalah,bagi tahu aku.."
"Ok..Kau kalau dah sampai nanti,bagi tahulah aku..Kalau kau balik sebelum hati tunang aku,kau bagi tahu juga..Boleh aku ambil"
"Ok..Tengok keadaan macam mana..Jaga diri kau"
"Aipp..Baik bos..Take care juga..Bye"
"Bye"
Share this novel