"Carikan aku rumah"
"Cik nak buat apa rumah?"
"Nak tinggal dekat rumahlah..Tak kan nak bakar pula"
"Cik kena halau dari rumah aunty cik ke?"
"Tak payah tahu boleh tak?..Sekarang aku just nak kau belikan aku rumah..Aku nak kunci rumah tu dah ada dalam masa tiga hari"
"Oklah cik..Cik nak rumah apa?"
"Kondo je"
"Baiklah..Saya cari sekarang"
"Ok"
Sambil memandu Ariana menelefon PA-nya..
Dia tak sabar pulak nak keluar dari rumah tu..
Ni semua sebab Zahid..Perangai Zahid tu..
.....
"Aunty..Ariana dah balik"
"Nampak penat je..Kamu masih belajar ke?"
"Mestilah belajar aunty"
"Kamukan dah lulus semester akhir kamu"
"Sebagai kenangan je aunty..Lagi pun tadi ada perempuan nak buli Ariana"
"Buli sebab apa?"
"Diorang nak hina Ariana sebagai sugar baby"
"Sugar baby?..Memangnya kamu buat?"
"Memang taklah aunty..Ariana ni dah cukup duit..Tak payah nak ada sugar daddy"
"Dahtu kenapa?"
"Diorang fikir kawan lelaki Ariana yang susah nak balik Malaysia tu sebagai SUGAR DADDY Ariana.."
"Diorang buat ceritalah ni?"
"Ya aunty"
"Makin teruk je aunty tengok perangai budak-budak zaman sekarang ni..Suka sangat cari pasal"
"Aunty tak hadap lagi peminat-peminat Zahid tu..Huisy"
"Kenapa?"
"Kalau Ariana lalu depan diorang,tak sah kalau tak bagi jelingan..Tak pun cari pasal dengan Ariana..Haisy..Penat melayannya"
"Banyak sangat ke peminat Zahid tu?"
"Hal ni,aunty kena bangga sebab anak aunty famous..Dari dia belajar tahun pertama sampai ke tahun ketiga ni,banyak sangat peminatnya..Senior pun minat juga"
"Wah..Banyak sangat tu"
"Lepas ni,mesti banyak nak ambil hati Zahid"
"Takpe..Aunty ada..Mesti dia tak kan berani nak bercinta sengan orang lain"
"Ok aunty..Hehe..Aunty,Ariana nak mandi dululah..Dah bau masam ni"
"Yelah..Nanti turunlah makan"
"Ok aunty"
.....
"Kau bila nak keluar dari sini?"
"Awak sabar boleh tak?..Baru nak cari rumahlah"
"Bagus..Lagi cepat kau keluar dari rumah ni,lagi bagus"
"Tsk..Awak keluarlah..Baik saya tidur daripada cakap dengan awak..Sakitkan hati je..Pergi sana"
"Tinggal rumah aku,memandai halau aku keluar bilik"
"Rumah ni bukannta awak yang beli..Tapi mama papa awak..Dan saya dah dibenarkan tinggal dalam bilik ni..Jadi bolehlah saya halau sesiapa je dari masuk bilik saya.."
Ariana menolak keluar tubuh Zahid..
Dia menutup pantas pintu bilik.
Monyok je muka dia layan Si Zahid ni..
'Baik aku rehat daripada fikir kau,Zahid..Sakit betul hati aku ni.Oklah.Nanti nak pergi airport pulak'
.....
"Kau nak pergi mana malam-malam macam ni?..Nak jumpa sugar daddy kau ke?"
"Awak jaga mulut awak ae..Awak fikir saya ni takde maruah ke?"
"Kau nak pergi MANA?"
Kini sudah jam sebelas malam..
Sudah pasti Zahid mereasa pelik pada Ariana nak keluar tengah malam..
"Ariana..Kamu nak pergi mana?"
Mama Zahid masih belum tidur kerana menonton drama..
Sanggup tahan kantuknya untuk menonton drama..
"Ariana nak pergi airport,aunty"
"Kamu nak ke mana nak pergi airport?..Kamu belajar luar negara ke?"
"Taklah aunty..Ariana nak jumpa kawan Ariana yang tinghal dekat UK tu..Malam ni dia dah nak balik"
"Dah malam ni..Apa kata pergi dengan Zahid?"
"Eh..Tak payahlah aunty..Nak jumpa 'SUGAR DADDY' mana boleh ada teman..Kan Zahid"
Ariana memandang riak wajah Zahid..
Zahid hanya menayangkan muka annoying-nya
"Oklah aunty..Ariana gerak dulu..Dalam jam dua atau tiga,Ariana sampai rumah.."
"Kalau ada masalah,call"
"Ok aunty..Ariana pergi dulu"
.....
'Mana pulaklah Si Eiffel ni?..Ke hulur ke hilir dah aku cari..Batang hidung pun tak nampak..Ni pulak nak nampak bayang dia'
Membebel mulut Ariana..
Cumanya suara tak terkeluar..
"Cari aku ke?"
"Oii cari aku..Kau ni saja nak buat aku melatahkan"
"Mana ada..Kau tu yang mengelamun jauh sangat..Aku dah dekat sebelah pun masih tak perasan"
"Aku mana nampak.."
"Yelah tu..Kau datang sini sorang je ke?"
"Dah tu tak kan nak aku bawa kawan aku pulak"
"Zahid tak teman kau?"
"Tak nak aku..Sempat lagi sakitkan hati aku tadi"
"Sakitkan hati macam mana?"
"Dia cakap aku nak jumpa sugar daddy aku..Hanat tul..Kalau mama dia takde masa tu,memang aku dah hempuk guna benda berat"
"Sanggup ke nak hempuk Si Pujaan Hati kau tu?"
"Sanggup tak sanggup..Kena hempuk juga..Dah melampau tu"
"Kau janganlah marah-marah dekat sini..Akukan nak balik..Lupakan dulu hal kau ngan Zahid tu..Sekarang jom teman aku makan"
"Teman je?..Tapikan,sekarang dah lewat..Tak kan nak makan juga"
"Aku belanjalah kau makan..Lagi pun sejak tengah hari lagi aku tak makan"
"Amboi..Sibuk sangat kau sampai tak makan setengah hari"
"Nak buat macam mana?..Ada hal urgent last minute..Untung juga dah settled..Kalau tak,memang tak jadi aku balik malam ni"
"Hrmm.Lama lagilah aku dapat jumpa kau"
"Hek eleh..Macamlah tak boleh video-call..Teknologikan dah canggih"
"Haih..Tu tak sama macam berdepan sekarang ni..Lain"
"Jumpa jugakan nanti masa hari pertunangan kau"
"Baik kau tak payah datanglah"
"Lah kenapa?..Tak boleh ke aku nak datang hari perkahwinan kawan aku?"
"Aku takut..Takut aku rasa bersalah nak bertunang dengan Zahid"
"Just be cool..Aku tetap akan datang..Tak payahlah nak rasa bersalah"
"Tapi kaukan"
"Ya..Memanglah aku ada hati dengan kau..Tapi tu tak bermakna kau kena rasa bersalah..Dah memang hati kau dengan dia,tak kan aku nak paksa kau pilih aku pulakkan..Dahlah..Jom makan..Sampai ke topik perasaan pulak kau ajak aku sembang"
"Yelah"
Share this novel