"Lamanya kat bilik,buat apa?.. Mandi ke buat benda lain?"
"Tya.. Berlapik sikit mulut kau tu"
"Eiffel.. Salah ke aku cakap?"
"Memang salah pun.. Aku dengan Ariana mandi je tadi.."
"Korang dua mandi sama-sama ke?"
'Hukk.. Hukk..'
Tersedak Ariana dengar apa Tya cakap tu..
Nak mandi sama-sama dengan Eiffel?
Memang taklah.. Kang lain jadinya..
"Mulut kau ni kan.. Jagalah sikit.. Gila ke aku nak mandi sama dengan Ariana"
"Hrmm.. Ni Ariana pakai hoodie kau kenapa?..Ada sembunyikan something ke?"
Eiffel memandang Ariana..
Ariana seakan tak faham, membuat isyarat 'Apa?'
Eiffel pun membuat matanya memandang atas bawah..
Baru Ariana faham..
Sebuah tamparan mengena lagi ke bahu Eiffel..
Kuat dan menyengat..
"Sakitlah"
"Awak nak gatal kenapa?.. Ish"
"Mana ada gatal.. Kan Tya tanya kenapa awak pakai hoodie saya"
"Yelah yelah.. Bagi tahulah.. Jangan tak berlapik pula ae"
"Ya.. Ariana ni ada masalah dengan dalaman dia"
"Dalaman apa?"
"Baju"
Baju dalaman..
Tya faham..
"Kenapa?.. Sempit ke longgar?"
"Sempit"
"Awak..Haisy"
Mengeluh Ariana..
Dah jadi perbualan pulak hal dia..
"Besar sangat ke.."
Soalan tak berasas pula Tya tanya
Tamparan lembut mendarat di lengan Tya..
"Janganlah tanya hal sensitif.. Kak Ariana dah malu tau"
"Upss.. Sorry"
Ariana dah malu sangat..
Dia hanya sengih kambing..
Dah tak tahu nak bagi reaksi apa
Mana nak letak muka ni?..
Dia rasa nak lompat bangunan..
"Abang, Kak Tya.. Nanti sambung borak tu.. Kita makan dulu.."
"Ok"
.....
"Ariana dengan Eiffel tak tidur kat sini ke?"
"Tak.. Lagi pun Ariana kan ada masalah.. Baik tak payah dulu tidur sini.. Lain kalilah"
"Alah.. Kan dah pakai hoodie kau"
"Tetap tak boleh.. Ariana mana ada bawa baju untuk dia kerja esok.. Aku pun nak kerja juga esok ni"
"Hrmm.. Takpelah.. Lunch esok nak tak kita makan sama?"
"Aku ok, nanti aku tanya Ariana.. Mungkin boleh juga.. Nara tu kelas pagi ke tengah hari?"
"Kelas pagi.. Kalau dia keluar awal, aku bawa dia lunch sekali"
"Yelah.. Aku dengan Ariana balik dulu.. Ada problem, jangan lupa inform aku"
"Ok bang.. Aku ingat.. Bye"
"Bye"
Sebaik saja Ariana dan Eiffel menaiki kereta mereka, Tya dan Nara melambai..
Sehingga kedua buah kereta itu tidak kelihatan, mereka masuk ke dalam rumah
"Kau dah jumpa Ariana, so.. Kau suka tak dengan dia?"
"Not bad.. Padan juga dengan abang.. Dia ada kekok tapi dia cuba buat suasana tak kelam"
"Nanti bila korang dua dah selalu jumpa, mesti dia dah tak kekok.. Lancar je mulut dia bercakap tau"
"Yelah.. Aku nak buat kerja aku.. Akak nak buat apa?"
"Nothing.. Main phone jelah"
"Jangan pagi baru nak tidur"
"Ya"
.....
"Nara tu umur berapa tahun ni?"
"19"
"Oh..Comel muka dia.. Macam baru 13 atau 14 tahun macam tu"
"Jaga muka, memang macam tu.. Tengok macam awak, awak jaga mukakan.. Tu yang nampak macam budak sekolah lagi"
"Budak sekolah?..Muka saya ni macam budak ke dekat mata awak?"
"Yup.. Budak kecil yang comel tapi badan dah besar"
"Ada-ada jelah mengarut awak ni.. Dah, saya nak masuk bilik.. Nak tidur"
"Hrmm.. Jangan lupa pakai dalaman tu"
"Nakal"
"Saya nakal sebab awak"
Ariana hanya tersenyum hambar..
Dia taklah tak suka Eiffel nakal, lagi pula nakal Eiffel masih boleh dikawal, tak melebih sangat
~~~~~
"Ariana.. Lunch nanti kita makan sama dengan Tya and Nara.. Ok tak?"
"Boleh boleh.. Nanti saya datang.. Send location nanti"
"Ya.. Jomlah kita gerak"
"Jom"
.....
"Selamat pagi,boss"
"Selamat pagi,Gina"
"Hari ni ada syarikat nak mulakan kerjasama dengan boss"
"Syarikat mana?"
"ZAHID Holdings"
Berkerut dahi Ariana mendengarnya..
Pemilik ZAHID Holdings ni Zahid ke?
Ke bukan?
"Ok.. Aku pertimbangkan"
"Ini saya bawakan fail yang boss kena tandatangan.."
Beberapa fail diletakkan di hadapan Ariana..
Ariana membelek isi kandungan fail sebelum menandatangannya..
Selepas pasti akan kandungan fail, fail itu ditandatangan..
Begitu juga dengan beberapa fail lainnya..
"Lunch nanti pastikan saya takde appointment,sebab saya nak lunch dengan orang lain"
"Baik boss.. Saya akan aturkan.. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu, boss?"
"Takde.. Awak boleh sambung kerja awak"
"Baiklah.. Saya keluar dulu"
Derapan kasut Gina memenuhi segenap ruang bilik itu..
Kefokusan Ariana tidak ada terhadap kerja..
Dia asyik memikirkan ZAHID Holdings yang ingin membuat kerjasama.
Semoga itu bukanlah Zahid Dani..
.....
'Tokk.. Tokk.. Tokk..'
"Masuk"
"Boss.. CEO ZAHID Holdings dah sampai"
"Jemput masuk"
Gina membawa tetamu itu masuk..
Ariana masih melihat fail kerja..
Dia menutup fail itu sebaik saja CEO itu duduk di hadapannya..
Pada awalnya,CEO itu memakai sunglassess..
Namun dia membukanya agar Ariana lebih mengenalnya..
Ariana menggenggam kuat tangannya disebalik meja..
Mukanya kelat dan rahangnya bergerak..
"Apa tujuan kau nak buat kerjasama dengan aku?"
"Hanya untuk jalin kerjasama.. Salah ke?"
"Nampaknya aku dah tak berminat pula nak buat kerjasama dengan kau"
"Nampaknya Cik Ariana ni masukkan hal peribadi dalam hal pekerjaan,right?"
Tersungging sinis bibir Ariana
Gina serta PA CEO itu hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa..
Diorang langsung tak faham apa-apa..
"Sorry, Mr. Zahid.. I can't being profesional if with you.. I really can't"
"Oh my god.. So, kau memang tak nak buaf cooperation?..I think, you have another cause,right?"
"Suka hati akulah nak ada sebab lain ke tak?.. Aku memang tak ingin ada apa-apa kaitan lagi dengan kau.. Sekarang, baik kau blah dari sini.. Sebelum aku betul-betul mengamuk dekat kau"
Ariana lantas berdiri dan menunjuk kearah pintu keluar..
Merah padam muka dia tahan marah..
Dah tahu siapa pemilik ZAHID Holdings..
Share this novel