Ariana dan Zahid menuju ke bilik kecemasan..
Kelihatan Uncle Dani ada juga
"Uncle.. Kenapa dengan aunty?"
"Huh.. Uncle tak sangka aunty sanggup buat macam ni"
"Buat apa,uncle?"
"Dia kelar tangan dia"
"T-tapi untuk apa?"
"Nak ugut Zahid supaya teruskan pertunangan esok"
"Aunty buat macam tu.. Perlu ke sampai macam ni?"
Tergamam Ariana mendengarnya..
Kelar tangan boleh bawa mati kalau tak sempat diselamatkan
Ariana duduk di tempat duduk berdekatan..
Rahangnya ketara bergerak..
Ariana sekarang sangat keliru..
Dia keliru nak jaga hati siapa?
Sedangkan hati dia sendiri tak terjaga
Dia tak tahu nak pilih mana satu..
Sama ada batalkan pertunangan esok yang akan buat Zahid gembira atau bahagia aunty dengan pertunangan diorang yang berjalan lancar...
Dia menunduk memandang lantai putih hospital itu..
Rambutnya yang terurai menutupi wajahnya
"Ariana, kamu ok tak ni?"
"Ok uncle"
"Kamu macam tak ok je ni..Kamu rehatlah dekat rumah.. Biar Zahid hantarkan"
"Takpe uncle.. Ariana ok.. Ariana nak tengok keadaan aunty"
"Keadaan aunty pasti ok..Mesti kamu penat kerja.. Tu yang nampak tak ok"
"Pa.. Biar jelah dia ni nak tengok keadaan mama.. Sebab diakan mama masuk hospital"
"Zahid.. Jangan nak cari gaduh dekat sini.. Mama yang cederakan diri diakan, bukannya Ariana yang cederakan mama.. Yang nak salahkan Ariana kenapa?"
"Hah.. Menangkan lah dia ni.. Dia jelah betul, Zahid selalu salah.. Kalau bukan sebab mama nak Zahid langsungkan pertunangan dengan dia ni, mama tak kan jadi macam sekarang ni"
"Zahid.. Mamakan memang nak kamu berdua tunang.. Lagi pun persiapan dah pun sedia..Macam mana mama tu tak kecewa.."
"Tu majlis tunang je pun.. Bukannya majlis kahwin.. Mama buat apa nak buat majlis mewah sangat"
"Dahlah.. Papa penat nak bercakap dengam kamu ni. Ada je yang nak didebatnya"
.....
Selepas keadaan Zuna sudah stabil dan Zuna sudah pun sedar..
Zuna meminta suami,anak dan bakal menantunya masuk ke dalam bilik wad..
"Ariana.. Dekatlah aunty"
Langkah sederhana Ariana ambil menuju ke arah Zuna..
Zuna mengambil tangan Ariana yang sudah mendekatinya..
"Ariana..Kamu tak kan batalkan pertunangan kamukan.. Aunty dah siapkan semuanya.. Tak kan kamu sampai hati nak batalkan sekarang"
"Ma.. Mama baru je sedar.. Dah cakap pasal ni.."
"Diam Zahid.. Mama tak bercakap dengan kamu"
Suara lemah Zuna kedengaran tegas menghalang ucapannya..
Zuna hanya ingin fokus pada Ariana
"Ariana"
Ariana tidak mampu memikirkan hal pertunangan lagi..
Dia sangat keliru untuk membuat keputusan
"Ariana.. Kamu datang ya majlis esok"
Ariana hanya sekadar memberi senyuman bagi membalas soalan Zuna..
Dia tidak mampu untuk menjawab 'ya' atau 'tidak'
"Aunty rehatlah.. Aunty-kan tak sihat.."
"Ariana,Zahid..Kamu keluar dulu.. Papa nak cakap sesuatu dengan mama"
"Ok pa"
"Baiklah uncle"
Zahid dan Ariana melangkah keluar dari bilik wad itu untuk memberi privasi atas perbualan Dani dan Zuna..
Mungkin hal penting yang tidak boleh diketahui oleh mereka berdua..
Seusai pintu ditutup..
Zahid menggenggam kasar dan kuat lengan Ariana..
Agar Ariana tidak meneruskan langkahnya
"Awak.. Sakitlah"
Ariana mencuba untuk melepaskan genggaman tangan Zahid itu..
"Kenapa kau tak cakap yang kau nak batalkan pertunangan esok?!.. Kan aku dah kata hubungan kita hanya akan jauh macam kawan atau abang-adik je.. Kau tak faham bahasa ke?"
"Saya tak sanggup nak cakap 'TAK' pada mama awak.. Awak tak nampak ke keadaan mama awak tu.. Kalau saya lukakan hati dia, mungkin juga dia akan cederakan diri dia lagi.. Awak nak ke kalau mama awak sampai terlantar lama dekat katil tu.. Saya tak boleh terima"
"Kalau kau tetap nak teruskan majlis esok, kau tunggu apa akan jadi.. Sekarang kau pergi balik.. Kau tak layak pun dekat sini.. Yang dalam wad tu, mak aku.. Bukan mak kau"
"Awak takde hak nak halau saya balik.. Saya tetap nak ada dekat sini.."
"Kau!!"
"Zahid.. Cukup.. Lepaskan Ariana.."
Kemunculan papa membuat ucapan Zahid terbantut..
Dia melepaskan genggamannya dengan kasar..
Pergelangan tangan Ariana sudah muncul kesan merah hasil genggaman Zahid..
Pedih..
"Ariana.. Uncle bukanlah nak halau kamu.. Tapi, ada baiknya kamu balik rumah dulu.. Rehatkan diri.. Esok ada majliskan..Zahid, kamu pun sama.. Pergi rehat.. Hal mama, biar papa uruskan.. Bila dah sampai rumah nanti, jangan bawa Ariana gaduh lagi.. Rehatkan diri terus.. Sekarang kamu baliklah"
"Baiklah uncle.. Ariana pergi dulu"
"Ya"
Share this novel