24

Romance Completed 6385

"Selamat pulang boss"

"Ya.. Awak hati-hati balik ni"

"Ya boss.. Saya balik dulu"

"Ok"

Sekarang dah tiba untuk balik rumah..
Dah habis waktu bekerja

Gina melangkah keluar dari bilik kerja Ariana..
Dia akan mengemas sedikit mejanya sebelum pulang..

"Awak.. Dari pagi tadi awak tengok dekat luar, awak tengok apa?"

"Tengok orang-orang yang ada dekat luar."

"Dah habis waktu kerja ni.. Jomlah balik"

"Ya.. Jom"

.....

"Ariana.. Sampai pun kau.. Lama aku tunggu"

"Sorry.. Jalan tengah sesak, tu yang susah nak gerak tu"

"Takpe, aku bukannya tak tahu sekarang masa kerja habis.. Kau dengan Eiffel pergilah mandi dulu..Nara masak dinner tau"

Justya membawa Ariana memasuki rumah Eiffel itu.. Tanpa membawa Eiffel sekali..
Buat apa nak bawa, itukan rumah dia, tak kan tak tahu keadaan rumah macam mana.

Eiffel hanya mampu menggelengkan kepala melihat dua makhluk itu rancak berborak..

Eiffel memasuki biliknya
Dia ingin mandi dahulu, biar segar badannya..
Seharian dekat luar..

"Hai Nara"

"Hai Kak Ariana"

"Wah, sedap bau masakan awak ni.. Mesti sedap"

"Terima kasih.. Akak dah lama sampai ke?"

"Baru-baru je"

"Kak Tya mana?"

"Dia masuk bilik dia.."

"Akak dah mandi ke?, tak lama lagi nak dinner"

"Alamak.. Lupa pulak tapi nak mandi dekat mana?"

"Masuk jelah bilik abang.. Baju akak ada dekat situ"

"Tapi mana bilik Eiffel?"

"Akak naik tangga, belok kiri..Pergi hujung sekali,masuk pintu sebelah kiri..Tapi kalau akak nampak bukan macam bilik lelaki, mungkin akak termasuk bilik saya"

"Oh.. Baiklah.. Saya pergi dulu.. Sorry tak membantu awak"

"Takpelah kak.. Akakkan tetamu"

"Saya pergi dulu"

"Ok kak"
.....

Setelah lama berjalan..
Jumpa juga akhirnya bilik Eiffel..
Jauh nak sampai hujung..

Pintu dibuka perlahan..
Ariana memasukkan kepalanya dahulu..
Takde orang..
Dia memasuki pula badannya..
Pintu yang dibuka, ditutup semula..

Dia melihat sekeliling bilik itu..
Kelihatan bersih, pasti dikemaskan oleh pembantu rumah..
Tak kan Eiffel yang nak kemas pula, bukannya selalu balik sini..

Bila dia memandang ke meja solek..
Ada sesuatu yang menarik perhatiannya..
Dia mengambil sebuah gambar yang dibingkaikan..

Dia tersenyum melihatmya..
Gambar itu mengandungi dua orang manusia yang tersenyum lebar..
Dia dan Eiffel ada dalam gambar tu..
Seingat dia, gambar tu diambil bila kali pertama dia jumpa Eiffel..
Terasa sebak di hati..
Dia memeluk gambar itu..

'Klack'

Ariana memandang figura yang baru keluar dari bilik air..
Nak terkeluar biji mata Ariana..
Lantas dia melihat ke arah lain..
Dia juga menempatkan semula gambar tadi..

"Awak.. Awak ni selalu kan bila mandi macam tu.. Boleh buta mata saya tau"

"Saya mana tahu awak masuk bilik saya.. Lagi pun saya ni lelaki,tuala kenalah lilit kat pinggang.. Tak kan nak lilit kat atas dada pulak.. Tak ke pelik macam tu"

Ariana memikirkan apa yang diucapkan tadi..
Ada betul juga apa Eiffel cakap..
Kalau Eiffel pakai tuala macam perempuan,bukan nak buta mata, rasa loya nanti..

"Whatever-lah awak.. Saya nak mandi.. Nara kata baju saya ada dekat bilik awak.."

Ariana tidak menoleh melihat Eiffel..
Takut pulak dia kalau dia bernafsu tengok Eiffel..
Memang taklah dia nak biar Eiffel sentuh dia..
Tapi, Eiffel bukan jenis yang ambil kesempatan..

Eiffel sudah memakai seluarnya..
Tuala diletakkan di atas kepala bagi mengeringkan rambut..

Eiffel memeluk Ariana dari belakang..

"Baju awak ada dekat sofa.. Tuala ada banyak dekat dalam bilik air tu.. Awak gunalah banyak mana tuala awak nak guna"

"Ok.. Saya nak mandi dulu"

Ariana meleraikan pelukan Eiffel
Jantung dia dah berdegup laju sangat ni..
Hampir nak pecah sebab Eiffel..

"Japlah.."

Tangan Ariana dicapai dan ditarik perlahan agar tubuh Ariana mendekatinya semula.

"Kenapa awak?"

"Tolong keringkan rambut saya,boleh?"

"Keringkan rambut awak,boleh juga"

Eiffel lantas menarik sebuah laci di meja solek lalu mengeluarkan hair dryer..
Cepat sikit Ariana nak keringkan rambut dia..

Bila Ariana mula mengeringkan rambut Eiffel.. Namun dia teringat sesuatu
Itu membuatkan dia mengeluh

"Awak mengeluh kenapa?.. Penat ke?"

"Taklah.. Bukannya saya buat kerja berat pun"

"Dah tu kenapa mengeluh?"

"Saya teringat someone"

"Who's?.. 'Dia' ke?"

"Macam mana awak tahu?"

"Perasaan saya je.. Ingat kenapa?"

"Awak nak tahu?"

"Mestilah nak tahu.."

"Boleh.. Tapi jangan buat muka seram awak tu.. Takut tau nak tengok"

"Ok ok.. Saya tak buat.. Cepatlah cerita"

"Dulu, masa saya kecil lagi.. Dia selalu minta saya keringkan rambut dia, kalau saya datang rumah dia masa dia baru siap mandi.. Tu je"

"Sebelum awak pindah UK ke?"

"Ya"

"Untungnya dia.."

"Untung apanya?.. Janganlah buat muka sedih pula.."

"Dah dah.. Rambut saya dah kering.. Awak pergilah mandi"

"Tak nak dulu.. Tengok awak ni, buat saya risaulah"

"Awak.. Saya ok.. Sekarang awak pergi mandi.. Nanti kita nak dinner-kan.. Tak lama lagi mesti dah siap"

"Oklah.. Awak jangan nak ambil hati pula dengan apa saya cerita tadi"

"Mana ada saya ambil hati.. Bukannya awak buat saya cemburu pun"

"Hrmm.. Saya mandi dululah"

"Ya"
.....

Selepas Ariana siap mandi..
Dia memakai baju yang baru dibeli..
Namun dia tidak muat memakai sesuatu..

"Awak.."

"Ya.. Ada masalah ke?"

"Saya tak muatlah"

"Apa yang tak muat?"

"Baju dalam.. Tak muat"

"Tak muat.. Besar sangat ke.."

Sebuah tamparan mengena ke bahu Eiffel..

Eiffel cepat mengusap bekas tamparan tadi..
Pedih..

"Sakitlah awak.."

"Jangan nak cakap benda tu.."

"Dah tu awak nak buat macam mana sekarang?"

"Awak ada jaket?.. Or hoodie?"

"Ada.. Tapi saiz badan sayalah.."

"Takpelah.. Lebih bagus"

"Ok jap.. Saya ambilkan"

Eiffel memberikan hoodie hitamnya..

"Ok dah..Jom keluar"

"Jom.."

Nakal pula Ariana dengan Eiffel >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience