21

Romance Completed 6385

Selepas saja bertemu Laura dan Raisha,Ariana dan Eiffel kembali ke rumah
Lagi pula tiada aktiviti yang ingin mereka buat di luar

"Awak.. Reunion awak esok, bila kita nak jalan?"

"Malam"

" 'Dia' ada tak?"

"Dia siapa?"

"Pujaan hati awak yang dululah"

"Awak tanya kenapa?..Nak dia ada dekat sana ke?"

"Awak, saya tanya awak betul-betul ni"

"Awak nak serius sangat kenapa?.. Pasal dia ada ke tak?, tu saya tak tahu.. Yang saya tahu, Laura dan Raisha pasti ada"

"Mestilah serius.. Awakkan tak nak jawab"

"Alahai awak ni"

Ariana memegang kedua-dua belah pipi Eiffel..

"Awak jangan nak cemberutkan sangat muka tu.. Tak comel.."

"Awak fikir saya.."

'cupp'

Membuntang mata Eiffel kerana Ariana menciumnya..
Dasar Ariana.. Memandai je potong percakapan orang

"Ariana....."

"Ya awak."

"Awak memang saja nak kenakan saya"

"Mana ada.. Tak kan cium sikit pun tak boleh.. Kedekutlah awak ni.."

"Haisy awak ni"

"Tata.. Jangan nak cemberut ya.. Nanti tak handsome tau"

Tergelak Ariana memandang wajah tak puas hati Eiffel tu..
Cium je pun,bukannya buat benda lain..
Dia tahu Eiffel cemburu kalau Zahid ada sama masa reunion tu
Tapi,dia pun nak tahu juga kalau 'dia' ada ke tak?..
Kenalah sediakan mental dan fizikal untuk berhadapan dengan 'dia'
Dah macam nak berperang pulak dah..

~~~~~

Kini tibanya untuk Ariana pergi ke reunion tu..
Ariana sudah pun sampai di restoran di mana akan diadakan reunion mereka..

Eiffel menghantar Ariana ke restoran itu..
Setelah kereta berhenti, Eiffel keluar lebih awal berbanding Ariana..
Dia ingin membukakan pintu untuk Ariana..

"Terima kasih awak"

"Sama-sama"

"Awak nak pergi mana lepas ni?.. Saya tak rasa reunion ni sekejap"

"Saya jumpa kawan sementara tunggu awak.. Nanti bagi tahulah kalau dah siap.. Saya dengan kawan saya borak biasa je"

"Ok.. Nanti saya chat awak.."

"Awak pergilah dulu.. Nanti saya pergi lepas awak masuk restoran.."

"Yelah.. Saya pergi dulu tau"

"Ya"

Ariana menuju ke pintu restoran..
Reunion kali ni taklah semua bekas pelajar seumur Ariana ada, mungkin segelintir je

"Guys.. Ariana dah sampai"

Senyuman lebar Ariana terbit setelah dia memasuki restoran itu..

Semuanya terkejut melihat perubahan Ariana yang lebih feminim berbanding dahulu..
Ariana mengambil tempat untuk duduk di sebelah Laura..
Mereka itu duduk berdekatan dengan pintu restoran..

Mereka kata masih ada yang belum sampai..
Mereka berbual dengan Ariana sambil menunggu orang tu
Ariana yang baru,sangat menarik perhatian..
.....

"Ariana.."

"Ya"

"Kau ok tak kalau Zahid ada sekali?"

"D-dia pun ada?"

"Ya.. Tu dah sampai"

Laura menunjukkan sosok tubuh yang baru saja memasuki restoran itu..
Ariana memandang sebentar..
Muka dia berubah muram memandang sosok tubuh itu..
Kebencian tiba-tiba saja muncul..

Ariana lantas melarikan matanya daripada terus melihat..
Tak nak ingat benda lepas yang terjadi tiga tahun lalu

Zahid yang baru saja masuk terkejut dengan adanya Ariana dekat situ..
Seseorang yang dia pernah lukakan dah berubah..
Dia memandang dalam ke mata Ariana, sepertinya tiada lagi cinta untuk Zahid..

Ariana hanya bersuara sedikit selepas saja adanya Zahid..
Dia rasa tak selesa..
Mungkin kerana dihantui hal lalu..

Setelah dua jam..
Ariana dah sangat tak selesa..

Dia menghantarkan pesanan untuk Eiffel..
Dia nak balik..
Tak nak berlama lagi dekat sana

Eiffel sudah pun memberi respond..
Eiffel akan muncul di muka pintu restoran..

Ariana sudah senang hati.

"Laura.. Aku dah nak balik.. Aku tak berapa selesa"

"Sebab 'dia' yang datang ke?.. Takpelah..Mungkin kau ada masalah lain.. Pulang hati-hati"

"Ya..Nanti kalau ada hal penting, bagi tahulah aku"

"Ok"

Ariana lantas keluar dari restoran setelah dia memberitahu yang lain bahawa dia akan balik..
Dia menunggu Eiffel sampai sebentar lagi..

"Kau balik sebab aku ke?"

Terjongket bahunya terdengar seseorang berbicara dengannya.. Terkejut hingga jantungnya seperti ditekan..

"Macam mana kau boleh ada dekat sana?"

"Aku tanya kau bukan untuk dengar soalan kau.."

"Suka hati akulah nak balik sebab apa.. Kau nak kisah kenapa?"

Zahid menggenggam lengan Ariana..
Tindakan tiba-tiba itu membuat Ariana tidak dapat mengelak..

"Kau dah kenapa ni?.. Tiba-tiba je berkasar..Apehal?"

"Kau tak payah mengelaklah daripada aku.. Kenapa?.. Sebab hal tiga tahun lalu?.. Sebab aku batalkan majlis tu?"

"Hoii.. Kau apa hal nak kacau Ariana ni?"

Sesampainya Eiffel di sana.. Dia langsung menggenggam kemas kolar baju Zahid..
Dia tak suka bila Zahid berkasar dengan Ariana

"Hero kau dah sampai"

Zahid melepaskan genggeman dengan kasar..
Begitu juga dengan Eiffel lepaskan genggamnya

Eiffel melihat bekas genggaman Zahid..
Merah sangat

"Kau ni kenapa nak berkasar dengan Ariana?.. Tak puas sakitkan hati dia, nak sakitkan fizikal dia pulak ke?"

"Kau nak over kenapa?..Bukan mati pun perempuan ni"

"Dah tu kau nak Ariana ni mati dulu baru kau puas?..Macam tu maksud kau"

"Dahlah dahlah.. Awak jom balik.. Tak payah layan orang ni.. Jom jom"

"Ariana. Tak siap lagilah"

"Dah awak.. Jom"

Sempat Eiffel menujukan jari telunjuknya kearah Zahid.
Tanda dia memberi amaran pada Zahid

Melihat itu..
Zahid hanya tersenyum sinis..

'Saya-awak'
Itu membuat Zahid pelik..
.....

"Dia ada buat benda lain ke?.. Ke dia ada cederakan awak?"

"Awak selamatkan saya"

"Kenapa awak layan dia?"

"Mana ada.. Dia tu yang tiba-tiba muncul dekat saya.. Tanya kenapa saya nak balik. Bila saya cakap 'kenapa dia nak kisah?' tiba-tiba dia genggam lengan saya.. Nak buat apa lagi?.. Tak kan nak teriak pula"

"Yelah yelah..Awak tak salah"

Ariana hanya tersenyum walau pergelangan tangannya masih sakit
Ariana menyilangkan tangannya pada lengan kiri Eiffel..
Kepalanya dilentokkan..

"Awak kenapa ni?.. Ada apa-apa yang saya perlu tahu ke?"

"Awak ni.. Orang nak manja pun tak boleh ke?.. Dahlah"

Ariana meleraikan pegangannya..
Namun Eiffel sempat mencapai tangan Ariana..

"Ok ok.. Saya tanya jelah.. Janganlah sensitif.."

"Awaklah ni.. Cakap macam tu,macam saya ni jahat sangat"

"Alah.. Tanya je kan..Janganlah merajuk"

"Ish"

Walau muka Ariana cemberut..Tetap juga dia peluk lengan Eiffel.. Ketat-ketat..

Eiffel membelai sekejap rambut Ariana..
Kemudian meletakkan semula tangannya ke car steering..

"Awak jangan merajuk tau.."

"Yelah.."

Zahid dah muncul semula depan Ariana.. Agak-agak apa yang Zahid akan buat lepas ni? Atau apa Ariana dan Eiffel buat untuk menjauhkan diri daripada Zahid tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience