7

Romance Completed 6385

Selepas kepergian sekumpulan perempuan itu,lelaki itu memapah Ariana untuk berjalan..

"Kenapa kau ada dekat sini?"

"Jumpa kaulah"

"Dari mana kau tahu aku dekat sini?"

"PA kau"

"Amboi dia..Kau takde kerja sampai nak jumpa aku?"

"Eh kau ni..Tak suka pulak aku jumpa kau,oklah .Aku balik sekarang"

Lelaki itu melepaskan pegangannya pada Ariana

"Eiffel Eiffel.Janganlah..Kau ni,itu pun nak merajuk"

"Tahu pun takut aku pulang..Mana crush kau?"

"Tsk..Bukan crush dah"

"Eh..Tak kan kau dah tak suka dia?"

"Bukanlah.."

"Dah tu?"

"Dia dah tahu aku suka.."

"Apa reaction dia?"

"Dia just bagi muka kosong dia..Friendzone-kan aku lagi"

"Lah..Macam tu pulak"

"Ya..Bukan sekali je dia friendzone,banyak kali"

"Haha..Kenalah kau macam aku"

"Apa?"

"Kau pun friendzone-kan aku..Hahaha.."

"Sedap mulut je nak gelakkan aku.."

"Ok ok..Sorry kawanku yang tersayang..Kau mana kereta kau?"

"Err..Dekat rumah"

"Kau datang sini macam mana?"

"Driver..Aku tak bagi tahu lagi yang aku nak kena ambil"

"Takpelah..Aku hantar kau balik"

"Ada ke kereta kau?"

"Kau ni,cakap macam aku ni miskin sangat tak ada kereta ya"

"Eh kau ni..Sensitif benar..Aku tahulah kau kaya tapi kau dah beli kereta dekat sini ke?..Tu maksud aku"

"Oh..Of course-lah..Tak kan aku nak guna motor pulak bawa kau balik..Bukannya kau selesa"

"Bagus bagus..Jom arr balik..Kereta kau mana?"

"Tempat parking-lah..Belum pun sampai"

"Oklah"

"Sebelum balik,kita pergi klinik dulu..Then nak tak kalau aku belanja makan?"

"Hrmm..Boleh juga..Aku bukannya dah makan"

"Bagus sangatlah tu..Jom cepat pergi tempat parking"

"Zahid..Tu lelaki mana yang papah Si Ariana tu?"

"Entah"

"Aikk..Tak kan kau tak tahu?"

"Aku tak kenal lelaki tu"

"Tak kanlah"

"Sejak lima tahun lalu,aku dah tak ambil kisah sangat pasal dia..Aku rasa tu kawan dia"

"Kenapa tak ambil kisah?"

"Aku malas nak ambil kisah..Biarkan jelah dia tu..Bukan hal kau pun"

"Kau ni"
.....

"Eiffel,sejak bila kau ada dekat sini?"

"Sebulan lalu"

"Dah lama..Aku tak tahu pun"

"Kau bukannya nak ambil kisah pasal aku pun..Sibuk dengan crush kau tu"

"Kecil hati ke tu?"

"Entah"

"Kau fikir aku ni 24 jam ke nak fikir pasal dia..Aku ada hal lain like kerja office and kerja assignment..Kau pernah tahu ke pasal tu?"

"Yelah"

"Kau berapa lama lagi dekat sini?"

"Dalam beberapa minggu lagi..Kenapa?..Nak halau aku balik?"

"Ke situ pulak kau..Sajalah tanya..Mana tahu aku perlu bantuan,aku bolehlah minta tolong kau"

"Cis kau..Saja nak gunakan aku"

"Mana ada..Jahat ae kau fikir macam tu"

"Gurau jelah"

"Cih..Lepas kau balik sana,kau bila nak balik sini?"

"Tahun depan kot..Tu pun kalau perlu"

"Oh..Kau buat cawangan dekat sini ke?"

"Ha'ah..Bolehlah sekali-sekala balik sini..Daripada tahun sebelum-sebelum ni,susah sangat aku nak balik sini"

"Baguslah..Taklah keluarga kau rindu sangat dengan kau"

"Kau?"

"Aku?..Kenapa dengan aku?"

"Kau tak rindukan aku?"

"Of course as friend"

"Friendzone lagi.."

"Sorry.."

"Dahlah..Jangan cakap pasal tu lagi.."

"Ok"
.....

"Ma..Zahid balik"

"Ya..Mana Ariana?"

"Tak balik lagi?"

"Tak..Dia tak ikut kamu ke?"

"Tak..Dia ikut sorang lelaki ni"

"Lelaki?..Kenapa biarkan,kalau jadi apa-apa dekat Ariana macam mana?"

"Mustahillah..Zahid tengok muka dia takde macam kena paksa pun..Elok je dia berbual dengan lelaki tu"

Di samping perbualan mereka..
Kedengaran sebuah kereta berhenti di depan rumah

Zahid dan Zuna melihat susuk tubuh Ariana keluar dari pintu kereta sebelah pemandu..

Eiffel tidak singgah ke sana..
Dia terus bergerak jauh dari perkarangan rumah tu

Dengan perlahan Ariana mendekati aunty dan Zahid..
Kakinya tersangat sakit

"Ariana..Kenapa kaki kamu ni?"

"Terseliuh tadi aunty"

"Dah pergi klinik?"

"Dah"

"Siapa bawa kamu?"

"Yang tadi hantarkan Ariana"

"Siapa tu?"

"Kawan"

"Tak pernah nampak pun"

"Oh..Sebab dia susah nak balik Malaysia..Dia ada kerja dekat UK"

"Yelah..Ok tak ni nak jalan"

"Ok je aunty..Cuma lambat je"

"Zahid..Tolonglah Ariana ni"

Zahid memberi senyuman hambar
Nak tak nak..
Dia kena tolong juga..
Dia memegang bahu serta lengan Ariana untuk berjalan..

Zahid membantunya menaiki tangga..

"Apesal kau terseliuh?..Pagi tadi ok je?"

"Ada orang tolak..Tu je"

"Mustahil"

"Apa yang mustahilnya?..Awak fikir saya ni jenis orang yang cuai ke sampai boleh terseliuh"

"Siapa yang nak cari gaduh dengan kau?"

"Fans awaklah..Siapa lagi?..Tak kan kawan saya pulak"

"Salah kau juga sebab tak hati-hati dengan diorang"

"Amboi awak ni..Saya tahulah diorang tu fans awak tapi boleh tak fikir rasional..Awak fikir saya ni ada banyak masa ke nak bagi perhatian dengan diorang semua tu..Satu persatu nak tengokkan..Banyak hal lagi saya nak fikir"

Ariana menutup kasar pintu biliknya..
Sakit hati dengan Zahid..
Nak menangkan sangat fans dia..
.....

Selepas membersihkan badan..Ariana merehatkan diri di katil..
Tak payah makan,masih kenyang..

•Laura..Kau kat mana ni?•

•Dekat rumah..Kenapa?•

•Aku nak bagi tahu•

•Apa?•

•Esok aku tak pergi U..Kaki aku terseliuh kena tolak dengan fans Zahid•

•Melebih nampak fans Zahid tu..•

•Macam tulah yang aku fikir..Si Zahid tu pulak menangkan fans dia..Dia cakap aku tak hati-hati sedangkan aku tak buat masalah pun dengan fans dia•

•Biasalah kalau fans cemburu tapi melebihlah kalau sampai nak tolak kau..Nasib terseliuh je,kalau masuk hospital macam mana?•

•Tinggallah aku dekat hospital tu..•

•Hrmm..•

•Disebabkan esok aku tak pergi U..Boleh tak nanti pinjamkan aku nota kau?•

•Of course boleh..•

•Thanks..Tulah aku nak bagi tahu•

•Ok..Semoga cepat sembuh•

•Ok..•

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience