Prolog

Romance Completed 6385

Sebuah rumah besar kedengaran suara kanak-kanak bermain kejar-kejaran..

Ibu bapa mereka tidak melarang kerana kanak-kanak itu kelihatan bahagia bermain bersama..

"Anak kita tu suka main"

"Ha'ah,suka sangat bermain"

"Budak-budakkan.."

"Hrm.. Kau nak tak kalau kita jodohkan anak kita tu.. Diorang dah rapat dari kecil, mesti selesa bila dah besar nanti"

"Zuna.. Aku tak naklah jodohkan diorang ni.. Aku takut kalau diorang tak setuju bila kita buat macam ni.. Mana tahu diorang boleh jumpa pasangan yang diorang sendiri nak"

"Tapi aku nak sangat jodohkan anak kau dengan aku"

"Bila Ariana tu dah faham soal perasaan, aku cakaplah dekat dia.. Kau pun buatlah macam tu juga..Kalau diorang sama-sama setuju.. Cepat langsungkan perkahwinan"

"Yelah.. Aku harap dapatlah diorang naik pelamin"

"Aku pun sama"

Puan Zuna dan Puan Aria merupakan kawan baik sejak di bangku sekolah..
Mereka berdua sudah pun berkahwin..
Dan masing-masing mempunyai anak..
Puan Zuna mempunyai seorang anak lelaki bernama Zahid
Manakala Puan Aria mempunyai anak perempuan bernama Ariana..
Mereka berdua memang mengimpikan anak mereka berdua bersama..
Namun seperti apa yang Puan Aria katakan..Sebenarnya dia tak nak kecewakan Ariana bila dah besar..
Dia tak nak Ariana kecewa bila dapat tahu dia dijodohkan dengan lelaki yang dia tak suka jadi suami dia..
Dan mana tahu Ariana hanya akan menganggap Zahid sebagai kawan atau abang dia je

"Zuna.. Dah nak malam ni.. Baik aku balik dulu.. Suami aku mesti dah nak sampai sini"

"Yelah.. Hati-hati masa balik tu"

"Yelah.."

"Nanti datang lagi jenguk aku"

"Mestilah.."

Ariana yang sudah digendong mamanya melambai kepada Zahid
Dia sungguh gembira dapat berjumpa dan bermain dengan Zahid

Semasa perjalanan pulang, Ariana tertidur pulas kerana penat bermain
Perjalanan pulang turut berjalan lancar...

~~~~~

Beberapa tahun kemudian..

"Awak.. Ni untuk awak"

"Kau blah dari sini boleh tak?.. Kau ni asyik menyemak je dekat aku.. Setakat bunga setangkai ni,aku boleh petik sendirilah.."

"Awak"

"Kau pergi dari sini sekarang.. Jangan nak malukan aku dengan pemakaian nerd kau.. Pergilah blah sekarang.. Sibuk je dekat sini"

Perangai Zahid berubah kasar kepada Ariana.
Ariana hanya ingin memberikan setangkai bunga ros untuk menceriakan Zahid..
Namun malah dimarahi Zahid..
Apatah lagi Zahid mempersoalkan pemakaian dia..
Hanya kerana dia tidak berpakaian trending, dia dijauhi orang sekeliling
Salahkah dia kalau dia hanya memakai baju hoodie bersama jeans..
Hanya aksesori seperti kasut kanvas dan kaca mata bulat walau pun dia tidak mempunyai masalah mata..
Nerd sangat ke kalau macam tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience