"Lama saya tak nampak awak pakai macam ni?.. Kenapa tiba-tiba pakai hari ni?"
Ariana keluar dari bilik air dengan memakai hoodie dan seluar slack..
Pelik menjengah perasaan Eiffel
"Saja.."
"Ke awak teringat 'dia'?"
"Mana ada.. Jangan nak fikir bukan-bukanlah"
"Awakkan pakai macam ni dulu masa awak ada..."
"Shuu.."
Jari telunjuk Ariana bertapak di bibir Eiffel
Tak nak dah Ariana dengar fikiran negatif Eiffel ni..
"Tak payahlah nak ingat pasal tu.. Malas tau nak ingat, tak suka"
"Hrmm.. Tak suka takpelah.. Jom keluar nanti ada orang tu cakap 'Lamanya dekat bilik, buat apa?..Mandi ke buat benda lain?' Hah.."
Ingat pula Eiffel ayat yang Tya cakap semalam..
Orang mandi je pun difikirnya buat benda lain..
"Yelah.. Jom turun.."
Makan malam kali ni agak meriah dengan kehadiran kawan-kawan Tya dan Nara..
Walau Ariana dan Eiffel hanya mendengar,suasana tu menenangkan
Dah macam satu keluarga
.....
"Ariana.. Malam ni tidur dengan Eiffel-kan"
"Dah tu?"
"Jangan kuat sangat tau"
"Apa yang jangan kuat sangat?"
"Bunyi-bunyi"
Tergaru kepala Ariana dibuatnya..
Ariana tak fahamlah dengan Tya..
"Tak payah berkias boleh tak?.. Aku tak faham"
"Really tak faham?"
"Betullah aku tak faham"
"Kalau nak buat perhubungan, jangan bising sangat"
Terbeliak mata Ariana..
"Gatalnya kau.. Jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak?..Abang kau tu tak gatal nak berhubungan dengan aku.."
"So, kaulah yang gatal"
"Mana ada.. Jaga mulut tu ae, kalau aku sumbat dengan pinggan ni, muat ni"
"Janganlah ambil hati..Aku cakap je tu"
Ariana menarik nafas dalam dan hembus..
Tak nak marah-marah
Diorang berdua ada dalam dapur..
Hanya diorang berdua
Nak cuci pinggan mangkuk..
"Dah siap.. Jomlah pergi depan"
"Jom.. Kau marah lagi ke dekat aku?"
"Taklah.. Mana ada marah.."
"Dah tu tadi yang kau hembus nafas macam marah kenapa?"
"Itu geram.. Bukan marah"
"Oh.. Geram.. Geram ok, marah jangan.."
"Hrmm.."
.....
Ariana berbual sebentar dengan para tetamu..
Dia masuk ke bilik Eiffel untuk tidur..
Entah kenapa awal sangat dia mengantuk malam ni..
Eiffel awal-awal dah masuk bilik..
Tak biasa banyak tetamu kot..
Tak pun ada kerja nak buat..
"Awak"
"Ariana..Masuklah"
Ariana mengambil tempat di sebelah Eiffel..
Eiffel dan dia duduk di sofa..
Ariana melihat Eiffel menekan papan kekunci komputer ribanya..
"Awak buat apa?"
"Buat kerja ni.."
"Office?"
"Ya.."
Ariana baru je nak intai Eiffel kerja..
Tapi tak payahlah, itukan kerja syarikat..
Tak elok kalau dia tengok..
"Awak.. Saya mengantuk.. Nak tidur.. Saya nak tidur mana ni?"
"Tidurlah atas katil"
"Awak?"
"Saya tidur sini"
"Mana boleh, nanti badan awak sakit"
"Takpe.. Tak kan awak pula nak tidur atas sofa ni"
Ariana tak kan biarkan Eiffel sakit badan..
Biar dia fikir solution dulu..
Sepantas kilat idea muncul
"Hah!.. Apa kata kita dua-dua tidur atas katil.. Tapi.. Ada tapinya.. Kita guna bantal berguling-guling tu sebagai sempadan kita"
"Bantal berguling-guling.. Awak ni..Buat lawak."
"Amacam ok tak?"
"Yelah.. Awak pergilah tidur dulu.. Saya nak siapkan kerja dulu."
Idea Ariana tu bernas juga..
So takde salah kalau Eiffel setuju
"Awak jangan tidur atas sofa tu pula ae"
"Ya"
Sekarang dah senang hati nak tidur..
Ariana membaringkan tubuhnya dengan adanya bantal berguling-guling tu..
Tak ambil masa yang lama untuk Ariana terlena..
Penat mungkin
Eiffel menyegerakkan untuk selesaikan kerjanya..
Matanya juga sudah berat..
Sebelum dia tidur di sebelah Ariana,dia mencium dahi Ariana..
First-time dapat cium dahi Ariana sebelum tidur..
~~~~~
Mata dibuka perlahan..
Ini bukan di biliknya..
Dia memandang ke sebelah..
Wajah Eiffel terpampang disebelah bantal guling..
Dia baru teringat kalau dia tidur dalam bilik Eiffel..
Dia melihat jam tangannya di meja..
Sebelum dia tidur semalam, dia sempat menanggalkan jam tangan..
Sekarang baru jam 0447..
Terlalu awal dia bangun..
Tapi takpe, boleh juga dia bersiap awal..
Dia membersihkan dirinya..
Selesai mengelap tubuh yang basah, dia teruskan untuk memakai baju kerja..
Bila dia tengok dekat luar bilik air, Eiffel masih di atas katil..
Masih awal untuk bangun, dia biarkan saja Eiffel tidur..
Menunggu jam 0530,dia memasuki media sosial yang jarang dia lawati
Tiada yang menarik hatinya, lagi pula media sosialnya penuh berita tentang artis..
Dia hanya menonton video bagi menghilangkan bosan..
Katil di hadapannya bergerak..
Dia mengangkat wajah melihatnya..
Eiffel baru saja bangun..
Tambah handsome pula dia dengan rambut serabai dia tu..
Ariana melambai perlahan ke arah katil itu..
Eiffel yang masih mamai melihat Ariana..
Comel je Ariana nampak Eiffel..
Dia mendekati Eiffel dan duduk di sebelahnya..
"Dah bangun betul ke ni?"
"Errmm.. Awal awak bangun"
"Terbangun awal.. Awak pergilah mandi"
"Errmm"
Eiffel mengambil tuala dan memasuki bilik air..
Kedengaran air bercucuran menyentuh lantai..
Ariana mengingat yang Eiffel tak bawa baju masuk bilik air tadi..
Mesti nanti keluar bertuala..
Baik dia keluar dari bilik..
Dia menuju ke dapur..
Nak isi tekak yang dahaga..
"Hrm.. Sorang je ke?"
Seorang kawan lelaki Tya menegur Ariana..
Ariana melihat lelaki tu..
"Taklah.. Saya ada dengan gelas, air,pinggan,mangkuk ni.."
"Awak buat lawak ke?"
Ariana hanya tersenyum pelik
Dia taklah baik sangat nak layan orang..
"Saya rasa awak tak selesa dengan saya.. It's okay..Saya pergi dulu"
Senyuman peliknya diganti dengan senyuman manis..
*Terima kasih untuk kefahaman kau*
Lelaki itu masuk ke bilik tetamu
Entah apa dia buat..
"Eh Kak Ariana..Awalnya nak kerja"
"Takdelah Nara.. Saya saja pakai awal.. Saya takde bawa baju lebih"
"Yelah.. Akak nak makan apa sarapan pagi ni?"
"Saya makan apa-apa je yang boleh dimakan.."
"Akak makan tak pankek?"
"Makan.."
"Ok, saya masak pankek untuk sarapan kita"
"Kalau macam tu, saya tolong awaklah.. Tetamukan banyak, mesti penat kalau awak buat sorang-sorang"
"Tapi akak dah pakai baju kerja"
"Kan ada apron"
"Kalau akak penat sebelum kerja, macam mana?"
"Taklah.."
"Baiklah, saya sediakan bahan-bahan dulu.. Akak tolong masak, boleh?"
"Boleh"
Share this novel