"Ariana.. Ni keputusan semester akhir kau.. Keputusan kau, terbaik"
"Hrmm"
"Ni badmood pasal Zahid lagilah ni"
"Hrmm"
"Dah-dahlah badmood kau tu.. Malas dah aku nak tengok kau muram.. Aku tengok kau pun rasa penat tau"
"Tak payah tengok akulah.. Kan senang"
"Kau cakap senanglah.. Kalau aku tak tengokkan kau, memang jadi mangsa buli nanti"
"Takpe.. Biar aku mati je nanti.. Boleh juga jumpa mama papa aku"
"Kau ni jangan nak give up boleh tak.. Kau ni masih muda, tak payah nak mati awal kecuali memang masa kau untuk mati"
"Aku hidup sekarang sebab nak ambil hati Zahid.. Tapi kau tengoklah cara Zahid layan aku.. Kasar memanjang"
"Kau kata dulu dia tak macam tukan?"
"Ya"
"Dah tu kenapa dia jadi kasar?"
"Dia tak suka aku serumah dengan dia kot.. Sebab dia mula kasar lepas aku tinggal dekat rumah dia.. Maybe aku perlu keluar dari rumah tu"
"Kalau kau keluar, kau nak tinggal mana?"
"Bawah jambatan jelah"
"Eh kau ni"
"Melawak jelah.."
"Rumah keluarga kau dekat mana?.. Takde orang ke dalam tu?"
"Jauh nun di sana.."
"Aku tahu jauh tapi dekat mana?"
"Dekat UK"
"Mak aih.. Jauh sangat..Yang dekat Malaysia-lah"
"Dah kena jual masa aku umur 12 tahun"
"Kenapa?"
"Sebab aku pindah UK"
"Lah.. Korang tak balik sini ke selama pindah dekat UK?"
"Balik juga.. Kitorang tinggal dekat hotel je"
"Senang hidup kau kan"
"Kau pun sama.."
"Ya.. Petang ni free?.. Kita keluar jalan jom.. Kita bawa Rai"
"Rai tak busy ke?"
"Tak.. Aku dah tanya dia"
"Oklah.. Aku free juga petang ni"
"Yeah.. Jumpa dekat mall tau"
"Ya"
"Zahid mana?.. Dia tinggalkan kau dekat sini ke?"
"Tak.. Tu kereta dia.. Kalau dia berani nak tinggalkan aku, memang nahas dia dengan mak dia nanti"
"Kau jadi orang kepercayaan parents dia ke?"
"Ya.. Lagi pun aku kan bakal tunang dia tu.. Tapi tak kot, dia bukannya nak dekat aku"
"Tabahlah hati.. Aku nak gerak lu.. Kalau dia tinggalkan kau, call aku.."
"Ok"
Ariana menunggu kedatangan Zahid dengan lamanya..
Dia tahu..
Yang Zahid akan bawa kawan dia balik lagi..
Deringan telefon Ariana membuat dia terkejut dari lamunan dia yang sudah merentasi Laut China Selatan..
"Cik Ariana"
"Apa?"
"Boleh datang office?.. Kami ada hal ingin berbincang mengenai sesuatu hal"
"Bila?"
"Sekarang lebih baik"
"Aku tengah tunggu kawan aku"
"Saya dah sediakan kereta..Mereka pasti dah sampai"
"Ok.. Aku gerak dulu"
"Baiklah cik.. Saya tunggu kedatangan cik"
Ariana mematikan panggilan..
Dia mengambil beg dan bukunya..
Dia bergerak pantas ke kereta..
Ada tangan yang menahan dengan kasar..
"Oii.. Kau ni nak pergi mana?.. Tak nak balik?"
"Awak nampak tak kereta tu?"
Ariana tunjuk pada kereta yang menunggunya..
Dia sentiasa ingat kenderaan yang syarikat papa dia guna
"Dah tu?"
"Saya nak pergi..Ada hal"
"Dah bagi tahu mak aku?"
"Nantilah dalam kereta.. Awak balik jelah.."
"Kau tak tipu?"
"Awak.. Saya takde masa nak menipu.."
Ariana mengeluarkan telefonnya
Dia nak tunjuk yang dia nak bagi tahu Aunty Zuna
"Hello Aunty Zuna.. Ariana ni"
"Ariana nak bagi tahu Ariana tak balik dengan Zahid"
"Jap"
Ariana melepaskan lengan dia daripada cengkaman Zahid yang menyakitkan tu..
"Saya dah bagi tahu mama awak.. Awak dah boleh balik..Bye"
Ariana langsung berjalan ke kereta..
Dan menyambung perbualan yang tergantung tadi
"Ariana nak pergi office dulu.. Ada hal"
"Ok aunty.. Ariana off tau"
Kawan Zahid melihat perkara yang berlaku tadi..
Diorang ni ikut Zahid balik..
"Dia tu kenapa?.. Naik kereta,lepas tu depan belakang ada kereta berkawal.. Macam orang penting je"
"Dia ada hal.. Nanti korang tahulah.. Dah jom gerak"
"Ok"
.....
"Selamat datang Cik Ariana"
"Ya.. Kau nak bincang apa ni?"
"Kita ke bilik mesyuarat dulu"
"Ok"
Syarikat besar ini dijadikan salah satu peninggalan papa pada Ariana..
Ariana tidaklah busy memikirkan hal syarikat kerana PA papa ada..
Hal mustahak je dia pergi office
"Tak lama lagi Program Kemajuan.. Cik"
"Aku tak sedia lagi nak pergi"
"Tapi cik.. Ni akan jadi tahun ketiga program tu diwakilkan.. Cik tak rasa pihak universiti ambil hati.. Dan fikir mereka cik tak hormat universiti tu"
"Kau tahu jugakan yang universiti tu,aku belajar dekat sana.. Kalau aku muncul sekarang, tak ke diorang fikir yang aku memandai je bagi ceramah dekat pentas tu nanti"
"Saya ada cik.. Saya kan PA cik.. Mestilah diorang percaya CEO baru tu cik"
"Cik.. Saya rasa tak salah kalau cik yang datang..Tahun ni kan tahun akhir cik belajar dekat sana.. Cik ikut program ni untuk bagi dorongan buat kawan-kawan cik yang akan habis belajar tahun depan.. Cik tak tahu lagi bila cik boleh jumpa mereka semua lepas habis belajar"
Seorang pegawai memberikan hujahnya..
Hujahnya itu kedengaran logik..
Lagi pun Ariana hanya belajar di sana tiga tahun yang sepatutnya empat tahun..
Ariana mempercepatkan pembelajarannya..
"Cik.. Betul apa yang dia cakapkan tu.."
Bila difikir balik..
Ariana bersetuju dengan hujah pegawai itu..
Tapi..
Berani ke dia nak bagi ceramah pada kawan-kawan dia..
Walau semua tu bukannya kawan dia, tetap juga akan ada kawannya pada program tu..
Tak memalukan ke?..
Kalau tiba-tiba ada yang lempar telur busuk dekat dia, macam mana?
"Cik.. Cik dah fikirkan?"
"Oklah.. Aku pergi..Tapi, aku lambat sikit sampai.. Supaya yang ikut program tu tak nampak aku awal.. Ok kan?"
"Boleh cik.. Saya akan bagi tahu pihak universiti.."
"Ya.. Tu je ke nak bincang?"
"Ya cik.."
"Oklah.. Nak balik"
"Kereta dah siap di bawah.."
"Ok"
.....
Ariana memasuki rumah yang tak berkunci..
Dijamahkan rupa Zahid dan kawan-kawannya..
Wajah kosong diberi..
Ariana ke dapur untuk mendapatkan aunty...
"Aunty.. Ariana dah balik"
"Dah selesai ke hal kamu tu?"
"Dah aunty"
"Kamu nak makan?"
"Taklah aunty.. Lepas ni Ariana nak keluar jumpa kawan.. Guna kereta Ariana"
"Tak nak Zahid temankan?"
"Janganlah aunty,susahkan dia je.. Dia kan tengah belajar tu.. Lagi pun semua kawan Ariana tu perempuan"
"Yelah.. Nanti aunty ambilkan kunci kereta"
"Ok.. Ariana nak bersiap dulu"
"Yelah"
Ariana berselisih dengan diorang yang tengah belajar tu..
Dia tak endahkan pandangan diorang..
Yang penting sekarang, dia nak bersiap dan keluar
.....
Tank top,cardigan serta seluar hitam dikenakan ke tubuhnya..
Rambutnya yang pendek diikat separuh..
Dia menuruni tangga lalu ke dapur..
Semoga aunty masih di dapur..
Namun..
Ke manakah keberadaan kini aunty?
Ke mana menghilang..
"Zahid,Ariana mana?"
"Dekat dapur ma"
Ariana dengar akan suara aunty tu..
Dia bergegas ke ruang tamu..
"Ni pun kamu Ariana..Nah kunci kereta"
"Terima kasih aunty..Ariana pergi dulu"
"Hati-hati"
"Ok aunty"
Ariana sudah pun mendapatkan kunci kereta..
Sekarang dia perlu pakai kasut..
Dan memandu ke mall yang dijanjikan Laura tadi..
"Tu bukan kunci kereta ke?"
Kawan Zahid agak bingung mengapa Ariana senang-senang je kena bagi kunci kereta nak keluar..
"Memang pun"
"Kereta apa dia guna?"
"Selain kereta Ferrari aku dengan kereta BMW papa aku,kereta apa lagi yang ada?"
"Kereta Audi A1."
"Kereta tulah dia guna"
"Tu bukan kereta mama kau ke?..Mama kau senang-senang je pinjamkan dia?"
"Kau nak tahu sangat kenapa?"
"Nak tahu pun tak boleh ke?"
"Kereta Audi tu kereta dia..Suka hati dialah nak bawa"
"Tak kanlah dia punya..Dari mana dia dapat duit?..Minta mama papa kau?"
"Dia tu ada kerja..Dengan duit kerja dialah dia guna beli kereta"
"Kerja jual badan ke?"
"Kau ni,jangan nak celupar..Aku hempuk kau nanti"
"Kau nak marah kenapa?..Bukannya kau layan sangat dia tu"
"Tak payahlah sibuk pasal dia..Baik kau buat kerja kau tu.."
Share this novel