BAB 12

Romance Series 1299

“CIK NUR QASEH MAISARAH!”

“Oi!” Terhenjut bahu Qaseh saat Fidaiy memanggilnya. Memang dia tidak dengar saat lelaki itu datang. Lagi-lagi dengan bunyi riuh dari anak-anak jagaannya yang sedang bernyanyi bersama.

“Ya En. Fidaiy? Maaf, saya tak dengar tadi. Bising.” Qaseh menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“Masuk pejabat saya sekejap.” Kata Fidaiy dan terus berlalu pergi.

‘Macam tu saja dia panggil aku? Habis budak-budak ni macam mana? Aduhai. Dah lah muka dia tu ketat saja.’

“ Okay semua! Teacher nak pergi jumpa En. Fidaiy sekejap ya. Jangan nakal-nakal tau..”

“Papa Fidaiy lah..”Kata salah seorang dari kanak-kanak itu.

“Haa.. Yalah. Papa Fidaiy. Sekejap ya.” Qaseh menutup palang di pintu kelas. Takut nanti ada yang terlepas.

Tok! Tok!

Jeda.

‘Eh, dia ni senyap saja. Tak bagi aku masuk ke?’

Tok! Tok!

“Masuk!”

“Bismillah…” Qaseh menolak daun pintu ruangan pejabat tersebut.

“Duduk.” Qaseh menarik kerusi dihadapan Fidaiy.

“Berapa nombor telefon awak?”

“Hah?”

‘Dia panggil aku ni setakat nak minta nombor telefon aku ke? Kat kelas tadi pun aku boleh bagi kalau setakat nombor.’

“Hah apa? Berapa nombornya?” Fidaiy mengambil pen dan kertas yang terletak di sudut meja.

“Nak buat apa nombor telefon saya?”

“Saya nak simpan, nanti kalau bosan ke boleh lah saya call awak.”Jawab Fidaiy selamba. Dia sengaja menyakat gadis dihadapannya ini.

“Hah?!”

“Hah lagi? Saya nak isi dalam borang awak ni lah. Nah lah. Isi sendiri.”Fidaiy menolak kertas butiran pekerja betul-betul di hadapan Qaseh.

Qaseh mengambil borang tersebut. Di lihatnya satu persatu perkataan di dalam borang tersebut.

‘ Oh… Butiran pekerja. Cakap lah terus terang. Ini tidak, tiba-tiba minta nombor telefon aku.’

“En. Fidaiy, nak pinjam pen.”

“Tadi orang nak isikan sibuk hah hah.. Ni nak pinjam pen pula. Nah!”

“Nak bagi pinjam pen pun kedekut.” Qaseh mengambil pen yang dihulur oleh Fidaiy.

“Apa?”

“Apa, apa?” soal Qaseh kembali.

“Awak cakap apa? Saya kedekut?” Fidaiy merenung tepat ke arah Qaseh.

“Mana ada.” Qaseh mengisi borang tanpa mempedulikan orang dihadapannya.

Jeda.

“Awak dah kerja sini berapa lama Qaseh?” Fidaiy memulakan kembali bicara setelah beberapa detik Qaseh tidak mempedulikannya.

“ Seminggu.” Qaseh menjawab sepatah.

“Okay tak kerja sini?” Fidaiy menyoal kembali.

“So far okey. Akan datang tak tahu lah sebab baru seminggu kan.”Qaseh menjawab selamba lalu menyerahkan kembali borang yang sudah siap diisi. Fidaiy hanya mengangguk setuju.

“Anything else? Kalau tak ada apa-apa saya nak masuk ke kelas semula. Entah apa lah budak-budak tu tengah buat sekarang ni.”

“You may go now.”

“Thank You.”

“You’re welcome.” Jawab Fidaiy sambil tersenyum.

‘Oh My…. Tolong lah En. Fidaiy.. Lain kali jangan senyum macam tu. Boleh cair gua beb. Nasib baik kat hati ni sudah tertulis nama Ammar seorang. Bila sebut tentang Ammar, sejak dia mendapat kerja beberapa minggu yang lepas, dia tak ada hantar mesej kat aku pun. Misscall pun tidak. Tak apa, positif. Mungkin dia sibuk. Nanti aku cuba mesej dia lah.’

“Cer… Cer pergi mana? Sufi nak tidur.” Tegur salah seorang anak jagaan Qaseh.

“Teacher pergi jumpa Papa Fidaiy sekejap tadi. Okay jom tidur.” Sufi memeluk erat bantal busuknya.

Waktu tengahari begini, sememangnya sudah ditetapkan untuk semua kanak-kanak di Taska Taman Universiti ini tidur. Mujur saja tadi Kak Fara sudi menghulurkan bantuan untuk memantau anak-anak jagaan Qaseh semasa makan. ‘Semua salah En. Fidaiy, boleh saja dia tolong isikan borang butiran pekerja itu tadi. Saja lah tu nak borak panjang dengan aku. Kesian Kak Fara, dia pula yang perlu menguruskan anak-anak ini tadi. Sorry Kak.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience