“Morning!” jerit Fidaiy dari dapur. Sengaja dia datang awal pagi ini.
Kelam kabut mereka menuruni anak tangga. Masing-masing sudah terpacak di ruangan dapur.
“Qaseh mana?” Soal Fidaiy sambil membancuh kopi.
“Dia cuti hari ni.” Jawab Efa pula.
“Oh. Siti, tolong panggilkan dia.”
“Kenapa saya?” Soal Siti berani.
“Habis tu, tak kan saya nak naik atas?” Soalan di pulangkan kembali.
Siti berjalan menaiki anak tangga sambil menghentak-hentak kan kakinya. Fidaiy perhatikan saja tingkah laku gadis itu.
‘Macam ni ke perangai seorang perempuan yang baik untuk di jadikan isteri? Nasib baik lah aku tak layan masa dia cuba menggoda aku dulu.’
“Hei perempuan! Bangun! Bos kesayangan kau tengah tunggu kau kat bawah. Turun sekarang!” Siti menolak kasar bahu Qaseh lalu menghilagkan diri ke tingkat bawah.
‘Ish! Dia ni kan. Tak boleh kejut aku elok-elok ke? Aku baru nak sambung tidur. Bos ni pun satu, kan aku cuti hari ni.’
Dia segera mencapai tudung dan di bawa ke kepala. Mujur saja dia sudah memakai baju berlengan panjang. Di gagahkan juga kaki nya melangkah ke dapur.
Fidaiy segera bangun setelah terlihat kelibat Qaseh. “Morning !” kata Fidaiy sambil mengangkat tangan untuk menyapa gadis itu.
“Hem…. Kenapa bos?” jawab Qaseh acuh tak acuh sambil menggosok matanya yang masih mengantuk itu.
“Awak baru bangun tidur ke?” Soal Fidaiy serba salah.
“Ha’ah. Saya tak dapat tidur malam tadi. Ada apa panggil saya? Nak suruh saya masakkan mee goreng ke?” Qaseh meneka.
“Itu lah. Ingat kan nak minta tolong awak masakkan, tapi kalau awak mengantuk tak apa lah.” Fidaiy menggaru-garu kepala nya yang tidak gatal itu.
Tanpa menghiraukan kata-kata lelaki itu, Qaseh segera mengupas bawang untuk menumis. Lagi pun, perutnya memang sudah lapar. Dah alang-alang dia di dapur, tak salah dia membuat sarapan sekejap sebelum menyambung tidurnya kembali. Untuk isi perutnya juga, bukan sebab Fidaiy.
Fidaiy kembali duduk. Dia hanya memerhati kelincahan gadis itu semasa memasak.
‘Macam ni baru boleh di jadikan isteri yang baik. Tak melawan pun, walaupun masih mengantuk. Dia masakkan juga.’ Fidaiy tersenyum sendiri.
“Ehem!” Qaseh meletakkan pinggan yang sudah berisi mee goreng di hadapan Fidaiy. Tersentak lelaki itu dibuatnya.
“Oh ya, terima kasih.” Fidaiy menghadiahkan segaris senyuman ikhlas kepada gadis itu.
“Saya nak makan kat sini boleh?” Soal Qaseh.
“Eh, sila lah. Buat macam rumah sendiri.” Jawab Fidaiy selamba bagi menceriakan suasana di pagi hari. Qaseh tergelak kecil. Masing-masing mula menikmati makanan.
Jeda.
“Hem… Sedap macam sebelum ni.” Fidaiy membuka bicara.
“Mesti lah, orang sama yang masak.” Qaseh menjulingkan matanya.
Fidaiy tersenyum. Macam isteri buatkan sarapan untuk suami pula gaya nya.
“Awak dengan mamat food panda tu apa cerita?”
“Encik nak cerita apa?”
“Eh, awak ni buat-buat tak faham pula. Awak dengan dia jadi ke tak?” Soal Fidaiy tidak puas hati.
“Jadi apa tu?” Jawab Qaseh sambil menghabiskan sisa makanannya yang masih berbaki.
Fidaiy merenung mata Qaseh dengan riak wajah yang tidak puas hati.
“Hahaha. Janganlah marah.” Kata Qaseh sambil menutup mulutnya menahan tawa. Akhirnya, dia berjaya mengenakan majikannya itu.
“Encik tanya apa tadi?” Soal Qaseh kembali.
“Nur Qaseh Maisarah binti Zaid.”
“Hahaha. Okay, okay.” Tergetus tawanya apabila melihat wajah lelaki itu sudah merah padam.
Fidaiy masih setia menatap wajah polos gadis itu. ‘Nasib baik lah kau ni comel Qaseh. Ketawa pun comel, marah pun comel.’
“Saya dengan dia eh? Entah lah. Macam tak jadi aje. Eh, sekejap. Mana encik tahu?” Qaseh menatap wajah Fidaiy menantikan jawapan.
Fidaiy tersenyum sambil mengangkat keningnya. ‘Tadi kenakan aku kan? Kali ni biar kau pula yang terkena.’
“Encik, cakap lah. Encik tahu dari mana?” Tanya Qaseh tidak sabar.
Fidaiy bangkit membawa pinggannya ke sinki untuk di cuci. Qaseh turut bangun membuntuti lelaki itu.
“Encik…”
“Iya Qaseh. Awak nak apa? Saya nak masuk kerja ni.” Jawab Fidaiy sambil mencuci pinggan.
Qaseh mencebik. ‘Saja lah tu nak kenakan aku semula.’
“Saya tahu lah, sebab saya lelaki. Dah pergi naik bilik sana, saya nak mula kerja ni. Atau awak nak kerja hari ni?” Kata Fidaiy menghalau gadis itu.
Qaseh mencebik.“Baik saya sambung tidur. Tolong cucikan pinggan saya sekali ya. Bye!” Segera dia pergi meninggalkan Fidaiy. Fidaiy tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
***
Usai menunaikan solat fardhu zohor, Qaseh menyidai pakaiannya yang sudah siap di cuci. Begitu lah rutinnya pada hari cuti. Pagi sambung tidur dahulu, selepas itu cuci baju pula. Selepas solat zohor, baru lah sidai.
‘Sampai bila lah aku nak kerja di taska ni ya? Sudah banyak permohonan kerja yang aku hantar. Satu pun tak dapat. Ish! Apa lah kau ni Qaseh, tak baik mengeluh.’
Qaseh menghempas tubuhnya keatas katil. Dia memandang kipas yang berpusing laju.
‘Ish! Bosan betul lah. Tak ada sesiapa nak mesej aku ke? Hafiz? Hem.. Kenapa sejak-sejak ni dia lain macam saja. Sebelum ni hari-hari mesej aku, sampai penat jari jemari aku ni. Sekarang ni, seminggu sekali pun susah. Sibuk sangat ke kat pejabat tu?’
Qaseh mencari telefon bimbitnya di bawah bantal. Laju saja dia mencari nama Hafiz dalam senarai nama di aplikasi whatsapp.
Qaseh : Assalamualaikum Hafiz.
Sent!
‘Tak layan aku kan? Biar aku mesej dulu. Aku nak kepastian. Sebelum ni, dia pernah mengajak aku keluar.Tetapi, aku menolak. Kali ini, biar aku yang ajak di keluar. Tak apa Qaseh, mengalah sikit.’
Luar nampak berani, dalam hati penuh debaran menanti mesej berbalas.
Satu jam kemudian..
“Aaaaaarrrggggghhhhh!!! Tak nak balas sudah la! Ingat aku harap sangat ke kau balas mesej aku?!” Kecewa betul dia dengan lelaki bernama Hafiz itu.
Bip!
Cepat-cepat dia mencapai telefon bimbitnya.
My Boss : Are You okay Miss Qaseh?
‘Kenapa pula lah mamat ni tanya aku okay ke tidak?’
Qaseh : I’m okay. Why?
My Boss : I heard You screaming.
‘Alahai… Mamat ni dengar ke aku jerit? Malunya. Nak jawab apa ni?’
My Boss : Nanti petang lepas solat asar, teman saya keluar sekejap.
Qaseh : Tak nak lah. Saya kan cuti hari ni.
My Boss : Saya kena bayar awak lah ya maknanya?
Qaseh : Alhamdulillah, Encik faham pun.
My Boss : Iya lah, saya bayar.
Qaseh : Promise me?
My Boss : Okay, promise!
Qaseh : Okay boss!
Mesej tidak berbalas. ‘Yeay! Keluar dengan bos ni, jalan dapat, gaji pun dapat. Alhamdulillah. Baik aku keluar dengan Encik fidaiy, dapat juga aku gaji. Kalau aku keluar dengan Hafiz tu, entah-entah dapat penat saja.’
Bip!
Hafiz : Waalaikumussalam. Sorry, saya busy. Bye.
‘Wah!Elok sangat lah tu. Dasar lelaki… Hem.. Tak tahu lah aku nak cakap. Aku harap, tuhan tunjukkan jawapan depan mata aku sendiri. Aamiin.’
Qaseh segera mencari blouse yang sesuai untuk dia keluar bersama Fidaiy petang ini. Matanya terpandang pada tudung yang terletak cantik diatas lipatan baju.
‘Kenapa lah aku simpan lagi tudung pemberian Ammar ni. Baik aku sedekah saja. Simpan pun, buat aku teringat kat dia aje. Hafiz akan buat perkara yang sama ke kat aku? Alasan? Aku terlalu baik? Alasan sampah! Alahai, kenapa mata aku berair ni? Ish!’
Qaseh mengesat kasar hujung matanya dengan tuala. Dia bingkas bangun dan mencapai tuala mandi. Bersihkan diri sambil menangis bersama curahan air yang keluar daripada kepala paip. Itu lah tabiatnya selepas putus cinta. Bila rasa nak menangis saja, cepat-cepat dia mandi.
***
Hati-hati dia menuruni anak tangga ke tingkat bawah, takut ada yang perasan kehadirannya. Melihat keadaan yang senyap sunyi, cepat-cepat dia berlari anak keluar daripada taska.
Qaseh : Encik, nanti pick up saya kat kedai bawah ya. Saya gerak dulu. Apa-apa, roger.
Sent!
Qaseh berjalan laju menuju ke kedai runcit yang terletak di bawah bukit berdekatan taska.
“Hai Moi!” Mrs. Lee menegurnya.
“Eh, hai aunty.” Turun naik nafasnya.
“Ada anjing kejar ke tadi?”
“Tak ada lah. Saya jogging lah.”
“Aiyo! Jogging macam ini punya laju ke? Boleh pengsan tau.” Kata Mrs. Lee sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Qaseh hanya tersengih.
“Air mineral satu aunty.” Qaseh menghulurkan not kertas berwarna merah.
“Tak apa lah, hari ni saya bagi free saja.”
“Betul ni? Thanks aunty. You’re the best!” kata Qaseh sambil duduk di kerusi yang di sediakan di luar kedai. Mrs. Lee hanya tersenyum.
Bip!
Qaseh meraba-raba mencari telefon bimbit di dalam tas kecil nya.
My Boss : Kenapa tak tunggu kat taska?
‘Banyak tanya pula bos aku ni. Kalau aku tunggu kat taska, nanti budak-budak ni nampak macam mana? Lagi-lagi Siti tu.’
Qaseh : Saja nak exercise. Lama tak jogging.
My Boss : Jogging apa laju macam tu? Hahaha.
‘Eh? Dia nampak ke aku lari? Malunya Ya Allah..’
Bip!
My Boss : Gila eh? Ketawa sorang-sorang.
Mati terus tawanya selepas membaca mesej terbaru dari majikannya itu.
Qaseh : Encik kat mana? Saya tak nampak pun.
My Boss : WLR 7689.
Qaseh menoleh kiri dan kanan. Akhirnya dia terpandang sebuah kereta Volkswagen Polo GTI berwarna merah berdekatan kedai Mrs. Lee. Membulat mata Qaseh apabila pemilik kereta berkenaan membunyikan hon berulang kali. Cepat-cepat Qaseh berdiri dan berur-ura mahu pergi.
“Aiyo! Gila punya orang. Bising lah!” kata Mrs. Lee sambil mencekak pinggang.
“Err…. Saya pergi dulu ya aunty.” kata Qaseh.
“Qaseh! Itu You punya boyfriend ke? Sorry, I sudah cakap dia gila tadi.” soal Mrs. Lee sambil menggaru-garu kepalanya. Serba salah pula dia.
“Eh? Tak lah. Tu boss saya. Tak apa, dia memang tak betul sikit. Bye aunty.” Qaseh berlari-lari anak pergi ke kereta tersebut.
“Betul ke itu boss dia? Berani betul cakap itu orang tak betul. Tak takut kena potong gaji ke?” kata Mrs. Lee lagi sambil melangkah masuk semula ke dalam kedai.
Share this novel