BAB 1

Romance Series 1299

"QASEH MAISARAH!" Fayyadh Rizqi menjerit sekuat hati memanggilnya. Tanpa menoleh,dia berjalan laju menuju ke tangga blok kediamannya.

'Panas betul hati aku ni! Dia ingat anak dia tu elok sangat agaknya. Kalau tak kerana harta dia tu,dia ingat ada ke perempuan macam aku yang betul-betul ikhlas nak kat Fayyadh tu? Hey! Nasib kau lah Fayyadh dapat emak yang macam tu!'

"Kau okey tak ni Qaseh? Dari tadi aku dengar kau bebel sorang-sorang" Rina masuk ke bilik Qaseh sambil mengikat rambutnya yang kusut masai itu.

"Kau tahu tak... Mak dia hina aku,dia katanya aku ni tak layak untuk anak dia,tak nak yang biasa-biasa macam aku ni. Nak yang setaraf dengan dia, nak yang cantik aje."

"Eh.. Dia tahu tak anak dia tu besar macam tong drum? Jarang lah perempuan kurus macam kau ni nak orang macam dia tu! Aku pula yang geram ni. Tak bersyukur betul! Ada orang nk kat anak dia tu,dah cukup bagus tahu tak?!"Rina menghempaskan buku ke atas katil.

"Kan?.... Terima kasih lah Rina sebab marah. Sekurang-kurangnya ada juga yang faham hati dan perasaan aku sekarang ni. Baru aku terfikir..Patut lah mak aku tak bagi aku jumpa mak Fayyadh tu."

"Tu lah kau degil.. Naluri mak tu selalunya betul. Dah lah.. Kau tak payah lah nak Menangis pula,tadi marah bukan main lagi. Ni menangis pula, dah kenapa?" Rina menggaru kepalanya yang tak gatal tu.

"Kalau mak dia tak suka aku pun,tak perlu lah nak hina aku.... Aku buruk sangat ke Rina?" Qaseh mengesat air matanya di baju Rina.

"Haaa.. Kau lebih lah ni. Kau nak menangis, aku tak kisah nak teman sampai malam pun boleh. Tapi jangan lah kesat kat baju aku pula. Entah air mata kau ni ada campur hingus sekali ke tidak ni? Eeeuuuwww..."

"Ala... kau ni,itu pun berkira lah. Aku baru nak feeling sedih putus cinta kerana tak direstui oleh orang tua Fayyadh. Potong lah kau ni Rina."

"Tak berbaloi lah kau nak menangis untuk orang macam tu,membazir air mata kau aje. Dah lah pergi mandi sana. Bau kau ni... peeerrrrhhhh! Sampai hujung blok boleh bau.bye!" Rina keluar bersama buku di dalam pelukannya.

'Tadi aku rasa bersyukur sangat ada kawan yang memahami,tapi sekarang ni rasa macam nak tarik balik aje ayat tadi tu. Hampeh!'

Aku menjengah keluar tingkap. Tapi...

'Fayyadh dah tak ada? Maknanya dia tak berusaha bersungguh-sungguh pun nak pujuk aku. Setakat menjerit panggil nama aku tadi tu,apa lah sangat. Aku pun boleh buat. Tak guna betul. Anak dengan emak,sama aje.Huh!'

*****

'Mana lah Rina ni. Semalam bukan main lagi mengata aku mandi lambat, bersiap lambat, buat kerja lambat. Sekarang ni.. Apa sudah jadi? Dia yang lambat.. Sudah tukar kah? Aiyoo...'

"Beb, sorry .. Aku ter....bangun lambat. Banyak lah kau punya ter.. tu. Semalam mengata aku bukan main lagi... seronok betul ya. Sekarang ni,tak nak tarik balik ke apa yang kau cakap tu?"

"Aku lambat.. Tapi tak adalah sekerap kau. Selalu aku yang tunggu kau tau!.."

"Ahhhh... Sebaik-baik alasan,ia tetap alasan. Poraaa.." Aku melangkah menuruni anak tangga. Rina mengikuti langkahku dari belakang. 'Ingat aku tak nampak lah tu dia tersengeh-sengeh kat belakang tu.'

"Kau kenapa tersengeh-sengeh? Ingat aku tak nampak ke?"

"Kau pakai mata apa kat belakang ni?Serious lah nampak? Kagum betul aku dengan kau ni."

'Dia ingat aku ada saka ke apa? Siap ada mata kat belakang.'

"Aahhh... Tak ada.. Tak ada.. Sekarang ni baik kau cakap kenapa kau tersengeh-sengeh tadi?"

"Hahaha.. Tak ada lah.. Aku dah declare dengan Luqman. Hehehe.."

'Untung lah.. Orang cantik.. Kalau cantik ni, dia yang mengurat lelaki pun tak dipersalahkan. Kalau tak cantik ni,kau yang kena ngurat pun, kau juga yang dituduh menggatal.'

"Tak apa Qaseh, Insya Allah.. Suatu hari nanti mesti kau dapat seorang lelaki dan mertua yang akan terima kau seadanya."

"Kau ada saka eh Rina?"

"Eh! Kau ni kenapa?"

"Abis tu kau macam tahu-tahu saja apa yang ada dalam hati aku."

"Well... Aku ada kebolehan baca fikiran orang."

"Okay,sekarang ni apa Puan Nora tengah fikir? Sebab kita dah lambat ni kau tahu tak?"

"Mampuih kita wei.. Cepat-cepat!" Lintang pukang aku dan Rina menaiki anak tangga di blok C. Nama saja pelajar pengajian agama islam, tapi perangai tak semengah langsung.

Perlahan-lahan aku menolak daun pintu agar tidak didengari Puan Nora. Rina pula dah macam pencuri kat belakang aku,terjengah-jengah. Sementara Puan Nora sedang membelakangkan kami,cepat-cepat kami masuk dan duduk. Mujur lah tempat duduk belakang yang kosong,kalau tidak.. Mesti dah kantoi.

"Haa... Lambat eh.." Ammar Mukhriz menegur sedikit berbisik.

"Ssyyhhh... Diam-diam dah lah."Rina juga berbisik sambil meletakkan jari telunjuk di bibir nya menyuruh Ammar rahsiakannya. Ammar hanya tersenyum sambil menggelengkan-gelengkan kepalanya.

'Ammar.. Ammar.. kenapa lah muka kau ni manis aje aku tengok. Dah lah macam kacukan malayu+pakistan. Kacak betul. Tapi kacak di mata aku saja lah. Mata orang lain aku tak tahu lah. Sebab Rina kata dia tengok biasa saja,tidak lah kacak mana. Kacak,cantik, itu kan subjektif'

"Qaseh.. Kenapa ditenung muka Ammar tu lama-lama? Anak teruna orang tu.." Puan Nora berkata dari hadapan yang membuat fokus semua orang telah beralih kepada aku.

'Mati lah nak... Aku pun tak perasan berapa lama dah aku pandang Ammar. Buat malu saja kau ni Qaseh!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience