BAB 9

Romance Series 1299

HARI ini paper last. Memandangkan hanya paper subjek ekonomi islam sahaja yang tinggal,pelajar - pelajar sudah bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing. Tetapi tidak bagi Rina dan Qaseh. Mereka ingin meluangkan masa bersama dahulu sebelum berpisah.

“Beb! Handphone kau dari tadi berbunyi tu. “ kata Rina sambil menonton rancangan Runningman di TV.

Qaseh yang baru sahaja mandi terus berlari anak ke biliknya. Ni tak lain tak bukan tentu ibunya. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.

“Assalamualaikum, ibu. Kakak mandi tadi. Kenapa bu?”

“Waalaikumussalam. Kamu mandi ke berendam? Lama sungguh. Ni kamu bila nak balik? Ayah nak minta cuti ni nak ke sana. Ke kamu nak angkut barang-barang kamu sendiri naik bas?” Soal Puan Idayu panjang lebar.

“Panjangnya ibu cakap… kakak tanya sepatah je.. hehehe.. Alaa.. Ayah lah tolong ambil kakak kat sini eh.. Lagi dua hari macam tu.. Erm.. Lusa lah. Boleh eh bu.. Qaseh nak luangkan masa dengan Rina sekejap sebelum dia balik Kuantan. Nanti entah bila lagi boleh jumpa kan?” Jawab Qaseh juga panjang lebar.

“Amboi! Lagi panjang kamu jawab ya?”

“Like mother, like daughter.. Hahaha..” Jawab Qaseh selamba.

“Haa.. Iyalah. Nanti ibu cakap dengan ayah. Nanti kamu kemas barang kamu siap-siap. Janga nanti ibu yang kena tolong kemas pula.” Puan Idayu menitip pesan sebelum memutuskan talian.

“Baik ibu… Assalamualaikum.. Love You!”

“Waalaikumussalam.. Lap you!” Jawab Puan Idayu lalu memutuskan talian. Sengaja dia berkata begitu.

“Ibu!” Qaseh menjerit dihujung talian. ‘Ibu ni.. Nak lap aku pula.’

Bip! Bip!

‘Siapa aja lah mesej ni. Aku baru nak ke depan, nanti bising pula Rina.’

Ammar : Assalamualaikum, Qaseh. Awak kat mana?

Qaseh : Waalaikumussalam. Ada kat rumah. Kenapa ya?

‘Kenapa pula dia cari aku eh? Tak pernah tanya pun.’

“Kenapa Qaseh? Tergaru-garu kepala. Macam beruk dah aku tengok.” Kata Rina sambil tertawa.

“Ni hah.. Ammar tanya aku kat mana.Sebelum ni tak pernah tanya pun. Nak apa dia ni?”

“Dia ambil berat lah tu. Ambil berat pun salah ke?” Dia tersenyum sinis melihat muka polos Qaseh.

“Kau ni. Kau pergi tengok kat tingkap tu. Dari tadi aku nampak dia terjengah-jengah tengok sini dari blok dia tu” Sambung Rina lagi.

Bip! Bip!

Ammar : Boleh keluar sekejap tak? Saya nak jumpa awak. Sekejap saja.

Qaseh : Okay.

“Wei! Ammar nak jumpa aku!” Kata Qaseh. Dia berjalan mundar mandir di hadapan Rina.

Pap!

“Sakit lah!” Rina memberi pukulan kecil di betis Qaseh. Rimas pula dia melihat Qaseh yang dari tadi mundar mandir dihadapannya.

“Pergi lah pakai tudung. Jumpa dia kat bawah. Tunggu apa lagi? Aku dulu dengan Lukman….”

“Okay..Okay.. Stop! Jangan ulang kisah kau dengan Lukman. Ni dah kali ke berapa entah kau ulang. Aku dah hafal dah kisah kau orang tu.” Qaseh berlalu pergi ke biliknya. Di bawanya tudung express ke kepala.

“Eleh… Cemburu lah tu!” Sengaja dia menjerit supaya Qaseh dengar. Dia hanya menggelengkan kepala.

‘Macam-macam hal lah Qaseh ni. Ni kalau aku tak paksa dia turun, jenuh lah mamat tu tunggu. Mati kejung agaknya.. Hahahaha’

“Aku turun sekejap tau..” Laju kakinya melangkah sambil menyarung selipar di luar rumah.

“Kalau dia berani buat apa-apa, kau jerit saja tau..” Pesan Rina.

“Kalau aku jerit, kau nak datang ke?”

“ Eh kau ni! Mesti lah aku datang. Nanti aku bawa sekali kawan-kawan aku yang lain.” Balas Rina serious.

Berkerut kening Qaseh. “Siapa kawan kau tu?” Pelik pula dia. Selalunya Rina kemana-mana hanya dengan dia sahaja.

“Batman, Superman, Wonder woman, Spiderman.. Hahaha..” Balas Rina . Saja dia menyakat untuk menghilangkan rasa gemuruh si Qaseh.

“Panggil The Flash aje senang. Laju sikit. Tak pun Sonix. Bye! Assalamualaikum.” Qaseh menjulingkan mata dan terus pergi.

“Hahaha.. Pandai kau menambah ya Qaseh.. Terhibur juga aku..” Sekali lagi dia menggelengkan kepalanya sambil tertawa.

Qaseh sembunyi di balik tangga. Dia sudah melihat Ammar duduk ditangga sambil memegang kemas sebuah bungkusan.

‘Dia nak bagi hadiah kat aku kut.. Yelah, lepas ni dah tak jumpa. Dia ada lagi satu semester di sini. Fuh! Nervous pula. Dah lah aku ada darah gemuruh. Takut menggigil pula nanti.

“Bismillah…” Qaseh cuba menenangkan hatinya sendiri.

Dia mengatur langkah perlahan-lahan. Takut pula tersalah langkah nanti, ada juga dia tersembam di sini. Di hadapan Ammar pula tu. Ammar sudah nampak sosok tubuh Qaseh, perlahan-lahan senyuman ikhlas terukir mesra di bibir nya. Seperti sedang melihat bidadari datang ke arahnya. ‘Oh My God!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience