BAB 8

Romance Series 1302

“QASEH!” Qaseh memandang kiri dan kanan. ‘Macam ada orang panggil aku tadi. Jangan lah yang bukan -bukan.. Dah lah aku sorang-sorang ni.’

Qaseh baru sahaja pulang dari gerai Mak Jah. Rina pula keluar ke bandar sebentar dengan Luqman. Memang tidak lah Qaseh mahu mengikutinya.

“Assalamualaikum.. Qaseh.” Sapa seseorang dari belakang. Lantas Qaseh menoleh.

“Waa.. Waalaikumussalam.. Eh? Ammar..” Terkejut Qaseh dibuatnya. Ammar pula hanya tersengeh.

“Dari mana nak ke mana?”Soal Ammar.

‘Dah nampak aku bawa makanan,mahu tanya lagi..’

“Dari gerai Mak Jah. Ada apa-apa ke? Kalau tak ada apa-apa saya nak balik. Tak elok pula berdua kat taman ni. Kalau petang sikit,ada ramai budak-budak tu okay lah juga.” Kata Qaseh dengan menundukkan sedikit pandangannya. Tak elok pula bertentang mata dengan bukan muhrim ni lama-lama. Sudah lah handsome. Boleh cair woo..

“Oh,ya.. Maaf. Saya nak cakap sikit. Tapi sambil kita berjalan balik ke rumah, boleh?” Ammar meminta izin sebelum mereka sama-sama mengatur langkah untuk pulang ke apartment kediaman mereka.

*****

“Jauh termenung beb? Fikir masa depan ke?” Sapa Rina sambil membawa pinggan berisi karipap sardin.

“Tidak lah.. Tengah fikir tentang kata-kata Ammar.” Jawab Qaseh. Dia meletakkan buku di sisinya.

“Ammar? Kenapa? Dia kata apa? Adakah kata-kata cinta? Oh my God! Dia kata apa wahai Qasseh Maisarah? Cepat lah cerita kat aku..” Cepat-cepat Rina mengambil tempat di sebelah Qaseh.

‘Dia pula yang over excited eh? Rina.. Apa aje yang dia tak over? Hahaha..’

“Dia tak nak kawan dengan aku.” Qaseh menundukkan kepala,lalu disembunyikan wajah disebalik kedua-dua belah tangannya.

“What???! Kau biar betul?! Kau silap dengar kut. Telinga kau tu bukan betul. Kadang-kadang pernah aja sound trouble kan?” Kata Rina. Dia benar-benar tidak percaya.

‘Sempat saja dia ni nak mengutuk aku kan.. Nasib baik kawan till jannah.’

“Dia kata….”

“Dia kata apa lagi?...”

“Dia cakap..”

“Dia cakap apa pula?..” Laju saja Rina memotong percakapan Qaseh.

‘Nak teruskan drama ke tidak eh? Kesian pula Rina ni.. Hahaha..’

“Dia kata, dia tak nak kawan dengan aku. Tapi nak kahwin dengan aku!”

“Aaarrgghhh!!!! “ Lantas Rina menghadiahkan pukulan kecil di bahu sahabatnya itu.

“Auch! Sakit lah….”

“Kau ni.. Drama lah… Aku mati-mati ingatkan betul lah dia dah tak sudi nak berkawan dengan kau tau!”

“Hahaha.. Padan muka kau..” Rina menghadiahkan pula jelingan maut kepada Qaseh.

“Tak kisah lah.. Aku nak tahu cerita A-Z. Cepat!”Kata Rina memaksa.

“Ceritanya begini……”

***

“Qaseh. Sebenarnya.. Ammar..” Ammar membuka bicara.

“Apa?”

“Sebenarnya.. Ammar nak berkawan dengan Qaseh.”

“Sekarang ni kita bukan kawan ke?” soal Qaseh. Dia memang tidak memahami kata-kata kiasan ni.

“Erm.. Maksud Ammar.. Nak lebih serious.” Terhenti langkah Qaseh. Dipandangnya orang disebelah.

‘Kenapa tangan dia menggigil? Dan kenapa kaki aku tak boleh melangkah ni? Jangan pengsan Qaseh!’

“Qaseh? Tak apa kalau Qaseh tak sudi. Lagi pun, Ammar tak nak couple. Nak tunggu lepas belajar, dapat kerja yang kukuh. Baru lah kita halalkan hubungan ni. Sekarang ni, Ammar jusr nak luahkan perasaan saja. Cukup lah Qaseh tahu yang Ammar sudah lama memendam perasaan terhadap Qaseh. Buat masa sekarang ni, kita berkawan dulu. Boleh?”
Ammar menekup kedua-dua tangannya yang semakin jelas terketar-ketar.

“ Okay.. Insya Allah.. Kalau ada jodoh tak kemana..” Qaseh menghadiahkan satu senyuman manis kepada Ammar.

“Terima Kasih.. Ada jodoh, kita kahwin. Insya Allah..” Ammar juga menghadiahkan satu senyuman kepada Qaseh. Qaseh tertunduk malu.

‘Sama-sama Ammar.. Fi hifzillah ya Allah..’ Bisiknya didalam hati.

***

“The end. Macam tu lah cerita nya.. Hah! Tepuk!” Qaseh mengakhiri cerita gembiranya.

“Wuuuu! Applause!..” Rina bersorak.

“Hahahaha! Gila lah kau..” Mereka tertawa bersama.

Walaupun hanya tinggal berdua, rumah itu tidak pernah sunyi. Ada saja telatah mereka berdua yang membuatkan satu rumah bergema.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience