Hari ini, sungguh mendebarkan buat Qaseh Maisarah. Iman bertegas untuk memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa dia bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Qaseh tidak bersetuju kerana takut mereka tidak selesa untuk bekerja bersama-sama bakal isteri kepada majikan mereka sendiri.
"Assalamualaikum. Saya minta maaf kerana memanggil anda semua di awal waktu bekerja. Ada sesuatu yang saya ingin umumkan kepada anda semua."
Dup. Dap. Dup. Dap. Jantung Iman juga kini berdegup kencang. Bagaimana riak wajah pekerja-pekerjanya nanti apabila mendapat tahu status nya kini yang sudah pun bergelar tunangan orang?
Masing-masing memandang sesama sendiri. Tidak sabar menantikan berita tergempar yang bakal diumumkan oleh majikan mereka.
'Ya Allah... Kau lembutkan lah hati seorang Nur Iman Fidaiy, janganlah sampai dia sebut nama aku.'
"Saya ingin menjemput anda semua ke majlis pernikahan saya dengan..." Iman tidak menghabiskan ayatnya. Dia memandang Qaseh sekilas. Gadis itu hanya tunduk memandang lantai dari tadi.
"Encik nak kahwin?! Dengan siapa?" Efa bertanya.
"Dengan... Biarlah rahsia. Kalau nak tahu dengan siapa, nanti datang majlis pernikahan saya yang akan diadakan pada bulan hadapan. Terima kasih. Okay, itu sahaja. Boleh bersurai." Kata Iman sambil tersenyum. Sesekali dia memandang Qaseh yang sudah mengangkat kepalanya daripada terus memandang lantai.
Iman berlalu dan terus masuk ke dalam ruang pejabatnya. Dia membuka aplikasi whatsapp dan menghantarkan mesej kepada tunangnya,Qaseh.
Iman - Puas hati?
Qaseh tersenyum setelah menerima mesej dari Iman. Nasib baik lah lelaki itu masih mempertimbangkan permintaannya.
Qaseh - Terima kasih Encik tunang. :)
"Qaseh, kau tau ke Encik Fidaiy tu nak berkahwin dengan siapa?" Soal Efa.
"Hah? Entah. Manalah aku tahu." Jawab Qaseh sambil menyimpan telefon bimbitnya. Takut pula kalau mesej dari Iman masuk. Free-free aje nanti kantoi.
"Ada juga orang yang dapat menawan hati majikan kita tu." Kata Efa lagi.
"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Qaseh. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Efa.
"Iyalah. Kau tengok lah dia tu. Macam kayu. Hati pula keras macam batu. Angin dia pun sejuk aje macam ais batu." Jawab Efa memberi penerangan.
Terkebil-kebil mata Qaseh mendengar jawapan dari Efa. Memang benar apa yang dikatakan oleh Efa. Tapi, itu tunang dia kut. Sedap aje mulut ni nak menjawab kalau tak fikirkan rahsia status mereka.
'Kau tak tahu Iman tu sweet tahap potong jari. Kalau kau tahu. Mesti kau meroyan dapat tahu dia dah bertunang. Dengan aku pula tu!'
"Yang kau senyum-senyum ni kenapa?"
"Eh. Mana ada. Cuba kau bayangkan eh. Kau tengok dia macam kayu, hati keras macam batu. Tapi, rupa-rupanya... Dia sweet tahap dewa. Romantik, maco, senang kata memang calon suami idaman malaya lah. Apa kau rasa?" saja dia mengenakan Efa. Efa ni memang spesies yang suka berangan.
"Wei... Betul ke? Kalau benar bagai dikata... Ini boleh mendatangkan kemarahan. Siapa yang berani mengambil dia dari aku? Siapakah perempuan itu? Tidak!!!" Kata Efa dengan gayanya yang sedang berdrama.
'Aku dah agak dah reaksi minah ni. Itu baru sikit aku beritahu sifat semula jadi seorang Iman Fidaiy.'
"Kau ni... Pora... Tadi mengutuk bukan main. Itu lah, orang putih kata 'don't judge a book by it's cover' tau tak? Kita tengok dia dari luaran macam tu, tak semestinya dalaman dia pun sama." Kata Qaseh sambil tersenyum. Dia mempertahankan tunangnya.
'Kalau Iman dengar ni, mahunya senyum seminggu tanpa jemu. Iman tu pun, boleh tahan juga. Kuat perasan! Perasan dia aje yang kacak. Tak nak kalah tu. Ada ke buat perbandingan dengan pelakon Korea yang popular tu. Aku pun tak ingat namanya. Memang jauh sangat bezanya.' Tiba-tiba, aku merasakan seperti ada sesuatu di belakang. Qaseh memandang Efa yang sudah kaku dengan matanya membulat. Cepat-cepat Qaseh memalingkan tubuhnya. Iman kini betul-betul berada di belakangnya tadi.
"Err... Encik..." Kata Qaseh. Dia tidak tahu berapa lama Iman sudah berdiri terpacak di situ.
Iman tidak memberi sebarang tanda yang dia mahu berbual. Dia mencapai cawan Qaseh yang berada di atas meja dan dibawa ke mulut. Habis air ice lemon tea gadis itu diminumnya.
"Qaseh, tolong buat kan saya air kopi dengan mee goreng. Bawa ke pejabat saya. Terima kasih." Kata Iman. Dia berura-ura mahu pergi, teringat pula pada cawan ditangannya.
"Dan ini. Efa, tolong cuci cawan ni bersih-bersih." Kata Iman sambil meletakkan cawan tersebut dihadapan Efa. Iman berlalu meninggalkan mereka berdua.
Tercengang Qaseh dibuatnya. Begitu juga dengan Efa.
"Wei! Dia ingat aku ni kerja kedai makan ke? Setakat air tu boleh terima lagi. Ini siap minta mee goreng lagi. Kalau masak untuk budak-budak tu, kan ada jadual bertugas. Apa semua ni?" Kata Qaseh sambil mencari mee hoon di dalam kabinet dapur.
"Aku rasa, dia marah aku lah. Mesti dia dengar aku cakap hati dia keras macam batu. Tapi..." Efa menggantung ayatnya.
"Tapi, kenapa aku yang kena masak untuk dia?" soal Qaseh pula.
"Haaa... Itu yang aku pelik. Adakah aku bakal isteri yang dia maksudkan?" soal Efa pula.
Qaseh mencampakkan sebungkus plastik mee hoon ke arah Efa.
"Kau jangan nak merepek eh... Perasan betul!" Kata Qaseh. Dia mengambil pula bawang untuk dikupas.
"Hahaha... Yang kau nak marah ni kenapa? Kau teringin juga kan sebenarnya nak kahwin dengan dia?" Kata Efa saja menyakat.
Qaseh merenung tajam ke arah Efa. 'Minah ni kan. Aku cincang-cincang juga lidah dia ni, kerat lapan belas. Lepas tu, campur sekali dalam mee goreng untuk Iman ni. Biar padan muka dia orang.'
"Seram pula tengok kau pegang pisau lama-lama macam ni. Aku pergi masuk kelas dulu lah. Good luck ya. Teruskan lah memasak. Fighting!" Kata Efa lagi lalu berlari anak meninggalkan Qaseh sendirian di dapur.
Qaseh membawa sepinggan mee goreng dan secawan kopi panas ke pejabat majikannya. Dia membawa makanan dan minuman tersebut bagai menatang minyak yang penuh.
Tok! Tok!
"Masuk!" Kata Iman dari dalam biliknya.
"Assalamualaikum." Qaseh memberi salam tanda hormat.
"Eh, waalaikumussalam." Jawab Iman sambil tersenyum memandang Qaseh.
Qaseh hanya menjeling tajam dan berlalu pergi keluar dari ruangan bilik pejabatnya. Panas hatinya melihat Iman. Tadi bukan main masam mencuka di dapur semasa meminta Qaseh memasakkan mee goreng untuknya. Ini boleh pula dia tersenyum-senyum tanpa rasa bersalah sedikit pun.
'Tersenyum-senyum. Dia ingat aku cair ke? Dia ingat dia handsome? Hem... Tapi, memang rupa dia elok pun. Ish! Yang aku marah sangat ni dah kenapa? Aku marah dia minta masakkan mee goreng atau marahkan Efa sebab dia kata dia bakal isteri Iman tadi eh? Ah! Tak ada. Tak ada. Aku nak marah juga. Sebab dia habiskan air aku.'
Qaseh meneruskan kerjanya pada hari itu dengan perasaan geram. Ada saja tidak kena pada hari itu.
'Dia ni eh, bukan nak pujuk aku. Betul lah Efa kata hati Iman tu macam batu.'
Waktu berlalu begitu pantas. Sekejap saja sudah habis waktu kerja. Qaseh cepat-cepat naik ke tingkat atas untuk mandi dan menunaikan solat fardhu maghrib.
Bip!
Iman - Salam maghrib. Mai... Awak marah saya ke?
'Dah malam baru nak mesej aku? Aku tunggu dari tadi tau!'
Qaseh membiarkan mesej tersebut sebagai tanda dia masih merajuk. Dia membiarkan telefon bimbit nya di atas katil dan menyertai teman sebiliknya menonton drama melayu di kaca televisyen. Bunyi telefon bimbit nya berdering tidak dipedulikan.
"Qaseh! telefon kau berbunyi daripada tadi ni. Nak aku angkatkan ke?" soal Efa. Kebetulan dia lalu di sebelah katil milik Qaseh.
"Siapa yang call ?" Soal Qaseh kembali.
"Sekejap aku tengokkan. Gelap sangat screen telefon kau ni. Mahu buta mata tengok nya ni hah. Nama dia. Encik Tu..." Belum sempat Efa membaca keseluruhan perkataan itu, Qaseh terus merampasnya.
'Fuh! Nasib baik sempat. Kalau tidak, mesti aku kena interview malam ni siapa dia Encik Tunang.'
"Eh kau ni. Tadi suruh aku tengok kan. Encik Tu? Tu apa?" Soal Efa mahu tahu. Teman sekerjanya yang lain hanya memerhati.
"Encik Tumijan. Hah betul. Encik Tumijan. Jiran aku kat kampung. Dia telefon ayah aku tak dapat lah ni. Sekejap eh, aku nak telefon semula. Terima kasih Efa." Jawab Qaseh lalu membawa telefon bimbitnya keluar bilik.
'Tumijan? Hahaha. Sejak bila entah nama Iman bertukar. Kena tukar nama Encik Tunang kepada Encik Tumijan ni. Walaupun sebulan aje lagi segalanya bakal di ketahui. Aku kena jaga juga rahsia ni. Lagi-lagi dengan Efa. Dia ni kalau tahu, habis kecoh sekampung. Lagi lah Si Siti tu anti dengan aku. Iman layan aku baik pun dia dah cakap bukan-bukan. Lagi kalau dia tahu aku yang bakal bernikah dengan Iman. Meletop agaknya taska ni.'
Teringat pula peristiwa tiga bulan lepas, selepas kami bertunang. Hari itu, hari pertama Qaseh bekerja selepas mengikat tali pertunangan bersama Iman.
"Assalamualaikum semua... Rindunya Teacher kat kamu semua. Apa khabar semua?" Sapa Qaseh sebaik saja masuk ke kelas kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun.
"Waalaikumussalam. Sihat, Teacher." Jawab kanak-kanak tersebut.
"Teacher, kenapa lama tak ada?" soal salah seorang dari mereka.
"Teacher balik kampung, ibu Teacher tak sihat. Bila ibu bapa kita tak sihat, kita perlulah jaga mereka. Macam mereka jaga kita masa kita tak sihat. Faham semua?"
"Faham, Teacher." Jawab mereka serentak.
Baru saja Qaseh hendak memulakan sesi pembelanjarannya. Pintu kelas tersebut di ketuk kasar. Terkejut dia dibuatnya.
"Eh, Kak Siti. Ada apa Kak?" Soal Siti dengan sopan.
"Hari tu kau balik kampung, siapa hantar?" tanya Siti kasar sambil berpeluk tubuh.
'Amboi! Kecil, besar, kecil, besar aje aku tengok kau ni Kak Siti oi! Dah lah ketuk pintu kuat-kuat. Nasib baik tak roboh pintu ni. Suka hati aku lah nak balik dengan siapa pun.'
"Saya? Naik... Grab." Jawab Qaseh sambil berfikir.
'Alamak! Mesti dia nampak aku naik kereta Iman ni. Mampus aku!'
"Iya lah tu kau ni. Bukan Encik Fidaiy ke yang hantar? Bukan kau yang tergedik-gedik minta dia hantar?" soalnya lagi sambil memberi jelingan tajam kepada Qaseh.
"Hah iyalah. Grab saya Encik Fidaiy lah. Alah Kak Siti ni, relax lah. Saya bukan buat apa-apa pun dengan boss kita tu. Tak ada masa lah saya nak tergedik-gedik. Ibu saya ada kat hospital masa tu, dia kasihan kan ibu saya. Itu yang dia offer diri nak hantar saya."Jawab Qaseh selamba sambil buat-buat mengemas mainan yang bertaburan di lantai.
"Teacher Siti janganlah marah Teacher Qaseh." Kata Haiqal iaitu salah seorang dari kanak-kanak tersebut. Haiqal memang sudah petah bercakap. Malah, tidak pelat seperti kanak-kanak yang lain.
"Diam lah budak." Kata Siti dan berlalu pergi. Walaupun kata-katanya nampak biasa-biasa saja. Namun, nadanya tetap kasar.
'Menyampah aku tengok Kak Siti ni tau! Dia ingat, Iman Fidaiy tu dia yang punya ke apa? Perasan betul! Nasib baik lah ada Haiqal ni. Kalau tak, tak tahu lah apa lagi soalan dan tuduhan yang dia akan bagi.'
Tak cukup dengan Siti seorang, Hafiz pula muncul. Betullah orang kata dugaan bertunang itu besar. Hafiz tidak habis-habis merayu agar kembali kepadanya walaupun sudah banyak kali dia tidak mengendahkan akan rayuan lelaki itu.
Bunyi deringan telefon bimbitnya mematikan lamunannya.
"Hello.. Assalamualaikum. Iya Encik Iman?"
"Waalaikumussalam Cik Tunang... Merajuk ke?"
'Tahu pun aku merajuk. Bukan nak pujuk dari siang tadi.'
"Tak jawab tu, sah lah merajuk. Tapi, sebenarnya saya tak tahu apa salah saya. Apa salah saya Mai?'
"Awak tu lah. Masa suruh buat bukan main masam. Bukan saya yang kutuk awak pun." Kata Qaseh. Akhirnya dia berterus terang ketidakpuasan hatinya.
"Lah... Sebab tu ke? Saya tak dengar pun perbualan kau orang. Saya tengah jaga rahsia status kita. Kalau saya senyum-senyum dengan awak, nanti dia orang tahu lah. Salah ke?" Kata Iman dengan nada yang lembut.
'Apa lah kau ni Qaseh! Suka salah faham dengan perbuatan orang tau!'
"Oh... Iyalah. Saya minta maaf. Saya salah faham." Kata Qaseh pula.
"By the way, kau orang kutuk saya apa tadi?"
'Alamak! Nak beritahu ke? Tapi... Beritahu aje lah.'
"Err.. Dia orang kata awak macam kayu. Hati awak keras macam batu. Angin awak sejuk macam ais batu." Jawab Qaseh. Takut juga dia nak beritahu.
"Oh..."
"Awak marah?"
"Tak lah. Kalau yang tu, tak payah beritahu pun saya dah tahu."
"Mana awak tahu?"
"Saya memang macam tu dengan perempuan. Kecuali..."
'Ada kecuali pula.. Habis aku ni bukan perempuan ke?'
"Kecuali dengan awak lah."
"Saya? Kenapa? Apa beza saya dengan diaorang?"
"Bezanya? Awak memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan diaorang. Dan sekarang ni, lagi lah berbeza."
"Tak faham lah. Cakap apa ni?"
"Awak saya sayang. Diaorang tak." Selamba saja Iman berkata-kata. Terkebil-kebil mata Qaseh mendengarnya. Dia belum pernah mendengar Iman menyebut perkataan itu selama perkenalan mereka.
Jantung berdegup kencang. Apakah ini cinta? Auch! Baru saja Qaseh ingin melayan perasaan. Terdengar pintu dibuka dari dalam.
"Oi! Lama betul kau bergayut dengan Encik Tumijan eh? Cerita favourite kau dah start tu. Tak nak tengok ke?" Kata Efa menampakkan sedikit mukanya di balik pintu.
"Hah? Eh? Lama ke? Encik Tumijan ni lama pula sembang. Sekejap lagi aku masuk." Jawab Qaseh. Selepas Efa masuk ke dalam semula, dia kembali meletakkan telefon bimbitnya di telinga.
"Hello? Iman? Saya letak dulu ya?"
"Sekejap, siapa Encik Tumijan? Awak letak nama saya Encik Tumijan ke dalam senarai nama?" Tut!!
Cepat-cepat Qaseh meletakkan telefon. Semakin panjang lah nanti Iman membebel. Sebelum ini, nama Encik Tunang itu pun Iman yang paksa menukarnya. Kalau dia tahu Qaseh baru menukar namanya kepada Encik Tumijan, tak cukup sehari agaknya lelaki itu membebel.
Share this novel