"Semua sekali RM120 Encik."
Fidaiy menghulurkan dua keping not seratus kepada pekerja cafe tersebut.
"Terima kasih." Fidaiy keluar dari cafe tersebut di ikuti oleh Qaseh.
'Lebih baik dia tak payah ajak aku. Semua yang aku pilihan dia reject. Ish! Pergi saja lah sendiri. Ajak aku nak buat apa entah!'
"Awak kutuk saya eh?"
"No!"
"Tipu.."
"Kenapa pula?"
"Sebab awak jawab no tu macam nak marah." Fidaiy memandang wajah Qaseh yang sudah masam mencuka. Qaseh menjulingkan mata ke atas.
'Dah tahu, tanya lagi. Sudah lah pergi berdua sahaja. Nak borak apa ni?'
"Encik, saya nak tanya boleh?"
"Hemm.."
'Takut pula nak tanya, dia punya hemm tu pun aku dah kecut perut.'
"Err... Encik ni anak kandung Puan Ainon ke?" Serta-merta Fidaiy menekan break kereta.
"Uish!!!! Encik! Saya minta maaf Encik. Saya tak patut tanya soalan macam tu. Maaf.. Maaf.." Berbakul-bakul maaf Qaseh berikan.
"Hahahaha! Nampak tak tu lampu isyarat warna merah?" Fidaiy menunjukkan lampu isyarat di hadapan mereka.
'Ish! Dia ni suka buat aku terkejut tau! Aku ingat kan dia marah tekan break macam tu sekali. Nak tercabut jantung aku!'
"Sorry.. Saya dengan Puan Ainon? Kenapa? Nampak macam saya ni anak pungut ke?"
'Alahai dia terasa ke? Aku tanya aje. Sebab muka dia ni hidung mancung. Puan Ainon tidak.'
"Tak ada iras pun."
"Awak seorang aje berani tanya saya soalan ni. Saya ni anak angkat. Puan Ainon tak ada anak. Tapi ibu bapa saya ada lagi. Dulu Puan Ainon adalah jiran saya. Ibu bapa saya berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan kerja."
"Kenapa Encik tak ikut sekali?"
"Ibu bapa saya seorang doktor. Dia orang tak ada masa nak jaga saya kalau saya ikut pun. Lebih baik saya duduk di rumah yang sudah sedia ada di sini. Puan Ainon yang lebih banyak menghabiskan masanya untuk menjaga saya sejak kecil berbanding ibu bapa saya sendiri." Jelas kelihatan rasa kekecewaan pada riak wajahnya.
Walaupun ibu bapanya seorang doktor yang berjaya, tetapi mereka gagal menjadi ibu bapa yang berjaya dalam memberi kasih sayang kepada satu-satunya anak mereka.
"Oh... Encik Fidaiy tak nak jadi doktor ke? Selalunya, kalau ibu bapa seorang doktor, anak-anaknya akan mengikuti jejak langkah mereka." Berhati-hati Qaseh menyusun kata, takut di salah tafsir pula.
"Tak minat. Nanti masa saya dengan keluarga akan berkurang. Saya tak menafikan, kerjaya seorang doktor adalah sesuatu yang hebat. Tetapi, saya tak mampu. Saya mahu sentiasa ada masa dengan keluarga sendiri. Cukup lah setakat saya memenuhi hajat kedua ibu bapa saya untuk belajar dalam bidang perubatan."
Terlopong mulut Qaseh mendengarnya. 'Maknanya.. Dia adalah seorang calon doktor. Tetapi dia memilih untuk menjadi seorang pengurus taska sahaja???? What the....'
"Kalau Iya pun, tutup sedikit mulut awak tu Cik Qaseh." Segaris senyuman di hadiahkan kepada gadis di sebelahnya. Pasti gadis ini terkejut mendengar penjelasannya. Iyalah, sudah ada sijil kedoktoran tetapi memilih untuk menjadi pengurus taska.
"Encik.. Encik ni..." Tersekat-sekat suara Qaseh.
"Iya.. Saya seorang doktor. Puas hati? Tapi.. Janji jangan beritahu pada yang lain ya. Rahsia antara kita sahaja." Fidaiy mengenyitkan mata kepada Qaseh.
"Jan..janji.." Terpegun dia melihat mata lelaki itu. Cantik..
Dup.. Dap.. Dup.. Dap.. ' Ish! Hati aku ni.. Cepat saja berdebar bila nampak mamat ni tersenyum.' Cepat-cepat Qaseh membuang pandangannya keluar tingkap.
"Lambat lagi ke nak sampai Encik?"
"Awak nak cepat-cepat sampai ada apa? Awak bukan kerja pun kan? Atau pun..." Sengaja dia menggantung ayat.
"Atau apa?"
"Ada date dengan mamat food panda tu?"
"Ish! Tak ada lah.. Saya nak tidur lah." Qaseh menjulingkan matanya ke atas.
'Mana dia tahu Hafiz ada ajak aku keluar ni? Tapi aku tak tipu eh, memang aku tolak perlawaan si Hafiz tu semalam.'
Fidaiy hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya apabila melihat reaksi gadis itu. Bukan dia tak dengar perbualan mereka tempoh hari. Atau lebih tepat, dia sengaja curi-curi dengar perbualan mereka. Dia tahu isi hati lelaki itu sebenarnya. Iyalah, dia pun lelaki. Lihat cara lelaki itu memandang Qaseh saja, dia sudah tahu mamat food panda itu menyimpan perasaan terhadap Qaseh.
"Iya lah tu.." Sengaja dia menyakat. Lucu pula melihat muka masam gadis itu.
"Ish! Encik ni sibuk lah."
"Jangan benci saya sangat, nanti tersuka macam mana?"
"Mana ada saya benci Encik."
"Habis tu, suka saya?"
"Tak!" Cepat-cepat Qaseh melompat keluar dari perut kereta sebaik saja mereka sampai di Taska Taman Universiti.
Share this novel