Happy birthday to You..
Happy birthday to You..
Happy birthday to Ami, Aisyah, Fateh, Sufi, Khairul, and Teacher Qaseh..
Happy birthday to You..
"Yeah!! Tepuk tangan!" Bunyi tepukan tangan memenuhi ruang Taska Taman Universiti.
Terkejut Qaseh apabila namanya di sebut oleh Encik Fidaiy dan rakan sekerjanya yang lain. Qaseh tidak menyangka hari lahirnya juga turut di sambut. Ingat kan untuk anak-anak ini sahaja. Ramai ibu bapa yang datang, dan ada juga yang tidak dapat hadir kerana kekangan waktu kerja.
Potong kuihnya..
Potong kuihnya..
Potong kuihnya sekarang..
Sekarang juga..
Efa menambah nyanyiannya dan diikuti oleh kanak-kanak Taska Taman Universiti ini. Terdengar suara gelak tawa ibu bapa dan tepukan gemuruh apabila lagu itu selesai di nyanyikan.
Selesai memotong kek, masing-masing sibuk menjamu selera bersama anak-anak mereka. Ada mee goreng, soto nasi, kuah lodeh dan juga rendang ayam. Macam lauk raya pula. Semuanya diuruskan oleh Encik Fidaiy. Bertuah betul dapat majikan seperti Encik Fidaiy, sesetengah majikan lain, hanya tahu beri duit dan komplen bila ada tak kena di mata mereka.
"Teacher... Aisy nak makan dengan teacher boleh?" Kata Aisy seraya mengambil tempat duduk di sebelah Qaseh.
"Eh? Aisy... Ayah dengan ibu Aisy tak datang ke?" Soal Qaseh.
"Tak... Ayah dengan ibu tak sayang Aisy. Ayah ibu sayang kerja." Jawab Aisy sedikit pelat.
Qaseh merenung mata Aisy yang sudah sedikit berkaca. Tetapi dia makan bersahaja sambil menahan sebak di dada.
'Kesian pula aku tengok budak ni. Baru berumur empat tahun, sudah pandai bercakap macam ini. Aku pula yang rasa sedih. Iyalah, selalu Aisy datang ke taska pun di hantar oleh pemandu ayahnya saja. Anak orang kaya lah katakan. Biar lah miskin harta, tapi kaya dengan kasih sayang.'
"Aisy nak teacher suapkan makan tak?" Soal Qaseh lembut. Kanak-kanak itu berhenti makan. Lambat-lambat dia mengangguk.
'Alahai.. Aku pula macam nak menangis ni. Ya Allah ya wadud, kau limpahkan lah rasa kasih sayang di antara Aisy dan keluarganya. Aamiin.'
Qaseh menyuap Aisy soto nasi bersama kuah lodeh. Dia mengesat hujung mata anak kecil itu.
"Happy birthday." Ucap Fidaiy lalu duduk di sebelah Aisy.
"Terima kasih." Jawab Qaseh sambil menghadiahkan segaris senyuman ikhlas kepada lelaki itu.
"Papa Fidaiy nak Teacher Qaseh suapkan juga ke?" Aisy memandang Qaseh dan Fidaiy silih berganti.
Tersedak Fidaiy dibuatnya. Cepat-cepat Qaseh menghulurkan air miliknya yang masih tidak diminum. Terus dia tahan tawanya melihat muka lelaki itu yang sudah merah padam.
"Err.. Encik okay?"
"Okay. Okay."
"Papa Fidaiy sakit ke? Kenapa tak pergi klinik?" Tanya Aisy. Pecah tawa Qaseh mendengar soalan kanak-kanak itu. Fidaiy menjeling tajam ke arah Qaseh.
'Itu lah, gatal lagi nak duduk dengan aku kat sini. Kan dah kena. Banyak lagi tempat kosong kat sebelah Efa dengan Fara tu. Kat sini juga nak duduk.'
"Teacher, tak baik lah ketawa kan Papa Fidaiy. Kan dia sakit." Kata Aisy serious. Kali ini Qaseh pula yang kena. Fidaiy tersenyum tanda kemenangan.
"Iyalah, Teacher minta maaf. Aisy nak makan lagi tak?"
"Aisy tak nak. Papa Fidaiy nak makan?" Aisy memandang wajah Fidaiy di sebelahnya. Qaseh pula yang tersedak mendengar jawapan Aisy.
'Eh, budak ni tau! Aku ni dah lah tengah makan ayam. Kalau aku tercekik tadi macam mana?'
"Kenapa Teacher dengan Papa Fidaiy batuk aja? Nanti pergi klinik tau! Aisy nak pergi main dulu. Bye!" Kata Aisy lalu pergi bermain dengan kanak-kanak yang lain. Fidaiy hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak kecil Itu.
"Awak nak pergi klinik tak?"
"Nak buat apa?"
"Kan Aisy suruh pergi klinik tadi." Kata Fidaiy sambil tertawa. Qaseh hanya menjulingkan mata ke atas. Lagi bertambah tawa Fidaiy melihat reaksi wajah gadis itu.
'Nak buat lawak bodoh lah tu. Tahniah anda berjaya wahai Encik Fidaiy.' Tanpa dia sedari, dia tersenyum sendiri.
"Nah!" Fidaiy menghulurkan satu kotak kecil berwarna merah.
"Wah! Hadiah ke?" Kata Qaseh berura-ura mahu membuka kotak kecil itu.
"Eh, jangan buka. Ada saya cakap itu hadiah ke?" Kata Fidaiy selamba.
'Kalau bukan hadiah, bagi aku buat apa? Aku buang juga karang.'
"Tolong simpan kan. Ini barang saya. Saya ni careless, tolong simpankan boleh? Jangan buka tau. Buka dosa."
Berubah terus riak wajah Qaseh. 'Berani dia main dosa pahala dengan aku. Aduh, suruh aku peggang kenapa?' Melihat wajah Qaseh yang sudah masam mencuka, di keluarkan lagi satu kotak berwarna hitam.
"Nah! Ini baru lah hadiah untuk awak. Happy birthday." Fidaiy menghadiahkan senyuman paling manis kepada gadis itu.
"Boleh buka?" Tanya Qaseh sambil tersenyum.
"Boleh, tapi buka nanti kat bilik. Buka kat sini nanti dia orang nampak pula." Kata Fidaiy lembut. Qaseh hanya mengangguk faham.
"Saya naik atas sekejap ya, nak simpan. Nanti hilang pula barang mahal Encik ni." Qaseh berlalu pergi apabila Fidaiy menjatuh kan kepalanya.
'Baiknya bos aku ni. Agaknya, sebab itu lah diaorang bertahan kerja disini. Dapat bos baik hati macam ni.'
Fidaiy hanya perhatikan saja Qaseh sehingga hilang dari pandangannya. 'Itu barang awak juga Qaseh. Tapi belum tiba masanya awak boleh buka. Sabar ya.'
"Termenung jauh bos!" Seorang lelaki beruniform polis menegurnya.
"Eh, Encik Fuad. Tak adalah. Apa khabar? Tak makan dengan Cik tunang ke?" Selamba Fidaiy bertanya sambil memuncungkan mulutnya ke arah Siti yang sedang menyuap Zara makan.
"Sekejap lagi lah. Biar dia layan anak saya dulu. Saya nak sembang dengan tuan taska ni dulu."
"Practice make perfect!" Serentak mereka ketawa bersama.
Share this novel