“TAK GUNA! Tak guna! Tak guna!” Qaseh sedang menghiris bawang. Niatnya ingin memasak, lain pula jadi nya. Habis bawang di cincangnya. Nasib baik lah hanya sebiji bawang kecil.
‘ Ish! Kenapa lah aku susah sangat nak lupakan dia… Bukan Kacak sangat pun.. Fidaiy tu lagi kacak.. Ceh! Sebelum ni kau cakap Ammar lagi kacak berbanding bos kau. Bila dah kena tinggal,terbalik pula. Parah kau ni Qaseh. Habis bawang dah hancur. Nanti aku ganti lah semula.’
“ Dah puas hati awak? Kesian bawang tu jadi mangsa.” Fidaiy berjalan menghampiri dapur.
Dari tadi dia melihat Qaseh mencincang bawang tersebut. Saja dia biarkan Qaseh melepaskan geram sendiri. Yang penting tidak buat yang bukan-bukan sehingga menjejaskan prestasi kerja.
Qaseh tersentak. Dia palingkan wajahnya ke arah Fidaiy.
’ Pantang di seru, cepat saja muncul mamat ni tau.’
“Sudah lama ke En. Fidaiy berdiri kat situ? Ma..maaf lah tentang bawang ni. Nanti saya ganti semula ya.” Takut-takut Qaseh bersuara. Bimbang juga dia di marahi kerana sebiji bawang.
“Ke tepi.” Arah Fidaiy.
“ Err.. Saya.. Saya..” Tersekat-sekat dia menjawab.
“Tak.. Saya tak marah awak.. Awak duduk sana, biar saya yang masak. Tunggu awak masak, sampai budak-budak tu datang nanti saya tak breakfast.”
“Pandai ke? Sedap ke?” Soal Qaseh selamba. Baru saja Fidaiy hendak memandangnya, Qaseh menyambung kembali bicaranya. “ Okay..okay.. Masak lah, saya duduk sini diam-diam.” Cepat-cepat Qaseh menarik kerusi di meja makan.
Fidaiy tergelak kecil, lucu dia melihat Qaseh. Ada hiburan rupanya datang awal pagi.
‘ Baru pukul 6.45 pagi. Selalu dia datang dekat pukul 8 pagi. Mimpi apa datang awal? Mimpi mee goreng aku ke?’
“Saja saya datang awal. Nak tengok pekerja saya masuk kerja on time ke tidak.” Fidaiy menjawab, macam tahu-tahu saja apa yang ada di kotak fikiran Qaseh.
‘ Tahu-tahu saja apa yang aku tengah fikir. Dia ni ada belaan ke? Ish.. Seram.’
“Saya tak cakap apa-apa pun…”
“ Yalah tu… “ Jawab Fidaiy sambil menumis bahan masakan. Qaseh hanya menjongketkan bahu.
10 minit dia duduk di situ tanpa berbuat apa-apa, hanya memerhati bos kesayangannya itu lincah memasak.
‘Bosan lah pula aku duduk saja. Apa kata aku pergi hadapan tunggu budak-budak ni datang.’ Perlahan-lahan Qaseh bangun dari tempat duduk, tidak mahu mengganggu Fidaiy.
“Awak nak pergi mana?” Soal Fidaiy apabila menyedari Qaseh sudah berdiri.
“Nak pergi tunggu budak-budak ni kat luar. Sudah hampir jam 7 pagi ni.”
“Oh.. Pergi lah, nanti makan ni. Saya masak lebih. Mana yang lain? Kenapa tak turun lagi? Selalunya macam ni ke?”
“Errr.. Entah..” Jawab Qaseh sambil menjongketkan bahu. Cepat-cepat dia berlalu apabila wajah Fidaiy bertukar serious. Takut pula nanti dia disoal siasat. ‘Seram!’
Fidaiy menggelengkan kepala apabila dia melihat Qaseh berlari anak meninggalkan dia di dapur.
‘ Hei! Budak-budak ni tau. Mentang-mentang aku tak pernah datang awal untuk memantau kerja mereka, naik kepala ya. Patut lah ramai ibu bapa mengadu tidak ada cikgu yang menunggu di pintu pagar. Tapi, baru-baru ini mereka kata sudah ada. Tetapi hanya seorang cikgu sahaja. Tak lain tak bukan, tentu Qaseh orang nya.’
“ Sedapnya bau.. Qas….. Eh? En. Fidaiy?” Efa mati kata-kata saat Fidaiy merenungnya tajam.
“ Mana yang lain? Kau orang ingat taska Mommy aku ni hotel? Suka-suka nak turun pukul berapa?!” Fidaiy meninggikan suara.
Kelam kabut Fara menuruni anak tangga dan berdiri tegak di sebelah Efa. Efa pula dari tadi sudah melihat lantai. Siti yang paling lambat turun.
“Apa bising-bising ni?!” Kata Siti sambil menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Dia tidak tahu ada singa lapar di bawah.
“Siti! Kau paling senior kat sini! Kau paling lambat turun! Patut kau tunjuk contoh kat adik-adik junior kau ni!” Hilang terus budi bahasa Fidaiy. Siti memang selalu buat perangai. Dia sudah cukup sabar dengan perempuan ini.
Siti hilang kata-kata. Terkejut besar dia. Tidak pernah En. Fidaiy datang memantau mereka di awal pagi.
‘ Mampus aku! ‘
“ Kau dengar tak apa aku cakap ni Siti?!” Lagi sekali Fidaiy menengking.
“De..dengar..” Tersekat-sekat dia menjawab. Begini lah kalau En. Fidaiy dah naik hantu. Semua kecut perut.
Qaseh yang tidak tahu apa-apa tiba-tiba memasuki taska dengan wajah ceria sambil memimpin Ami , Sufi dan beberapa kanak-kanak yang lain mengikutinya dari belakang.
“Assalamualaikum…… Papa Fidaiy… Teacher Qaseh kata Papa Fidaiy ada buat breakfast eh? Ina nak rasa boleh?” Kata Ina yang berusia empat tahun itu. Berubah terus riak wajah Fidaiy apabila melihat Ina.
“Qaseh, pergi bawa budak-budak ni makan kat ruang makan kanak-kanak.” Fidaiy berkata bersahaja. Nada suaranya pun berubah ceria. Tidak tegas seperti tadi.
“Ba..baik..” Qaseh dapat mengesan sesuatu yang tak kena pada riak wajah rakan sekerjanya. ‘Ni mesti kes kena marah sebab lambat masuk kerja. Semakin anti lah Siti kat aku.’
“Jom anak-anak..” Qaseh membawa kanak-kanak itu ke belakang. Sempat pula Fidaiy melambai tangan pada mereka.
‘Bagus betul mamat ni, marah pada orang yang sepatutnya sahaja. Tak macam sesetengah majikan, marah pada seseorang, habis semua jadi mangsa amarahnya.’
“Sudah! Pergi tunggu kanak-kanak yang belum sampai. Kalau sampai ada ibu bapa yang mengadu lagi, siap kau orang.” Fidaiy memberi amaran.
“Papa Fidaiy marah ke?” Ina menarik-narik hujung baju Fidaiy.
“ Tak lah sayang.. Jom makan..” Fidaiy berjalan menuju kearah Qaseh sambil memimpin tangan Ina.
‘Hahah.. Nak marah pun tak senang bila ada kanak-kanak di sini.’ Qaseh menahan tawanya.
Terasa lucu pula melihat Fidaiy sekejap marah, sekejap tak.. Alahai Encik bos aku ni..
Share this novel