30 Mei 2017
Genap sebulan Qaseh bekerja di Taska Taman Universiti. Walaupun kadang kala stress dengan perangai kanak-kanak ini, di gagahkan juga diri demi mencari rezeki yang halal. Staf disini juga baik-baik belaka. Kebajikan pekerja juga dijaga oleh pengurus sebaik En. Fidaiy. Semuanya okay, kecuali hati Qaseh. Dia tidak mendengar khabar berita daripada lelaki bernama Ammar Mukhriz.
Qaseh : Assalamualaikum.. Ammar, apa khabar? Sihat?
‘Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. Lima.. Eh, selalu aku kira sampai lima saat saja, mesej dah berbalas. Ni tak ada pun. Hemm..’
Bip! Bip!
‘Akhirnya… dia balas pun.’
Aplikasi Whatsapp di buka. Dan..
Rina : Salam.. Beb! Apa khabar? Sihat? Okay tak kerja?
Qaseh : Wassalam.. Alhamdulillah sihat. Kerja okay saja. Kenapa kau yang mesej aku?
Rina : Amboi! Aku dah tak boleh nak mesej kawan baik sendiri ke?
Qaseh : Bukan macam tu, tadi aku mesej Ammar. Dia tak balas, dah sebulan lebih dia tak contact aku lepas dia dapat kerja.
Rina : Busy kut… Dia kan banker.
Qaseh : Banker tak balik rumah ke? 24 jam kira duit? Wah! Daebak!
Rina : Hehe.. Mana lah aku tahu. Tapi Lukman kata Ammar ada aje mesej dia. Entah-entah….
‘Ish! Aku tak sedap hati betul lah dengan entah-entah si Rina ni.’
Qaseh : Jeng.. Jeng.. Jeng… Ala… Entah-entah apa…
Rina : Nanti lah aku tanya Lukman. Okay beb, aku nak pergi kerja. Maklumlah kerja shift. Bye.
Qaseh : Thanks.
“Ehem!” Fidaiy yang dari tadi hanya memerhati Qaseh dari jauh mula menegurnya apabila gadis itu merenung handphone yang sudah terpadam.
“Eh, Encik. Nak apa-apa ke?”
‘Dah lama ke dia berdiri kat situ? Tentu dia nampak aku termenung jauh tadi. Malunya…’
“Awak tak ada kerja ke tercegat dari tadi kat sini?” Fidaiy mengambil mug kosong lalu di bancuh Nescafe 3 in 1.
“Saya tengah rehat.” Jawab Qaseh sepatah.
“Tak nampak macam tengah rehat pun?” Jawab Fidaiy selamba.
“Habis nampak macam apa? Orang rehat nampak macam mana?” Qaseh menyoal kembali.
“Nampak serabut. Orang tengah rehat, macam saya. Duduk, minum air, makan ke..” Fidaiy menghirup perlahan airnya yang masih panas.
Qaseh terdiam. “Awak tak makan ke? Reti masak tak?”
“Oh come on.. See my leg lah..”
“ Where?”
“What?”
“Your leg.”
“Ish! Saya puasa lah.”
“ Oh, Sorry minum depan awak.” Fidaiy bingkas bangun sambil membawa mug ditangan.
“ Don’t be sad because of man. It’s useless and waste your time.” Kata Fidaiy lalu pergi meninggalkan Qaseh. Dia mengagak saja wajah Qaseh yang serabut itu mungkin disebabkan oleh seorang lelaki.
‘Mana dia tahu? Ada cctv ke kat dapur ni? Tak ada pun…’
“Tak payah nak terpusing-pusing. Tak ada cctv pun lah. Saya main cakap saja tadi.” Fidaiy mengatur kembali langkahnya.
‘Saja lah tu nak kenakan aku. Tepat pula tu walaupun dia main cakap saja.’
“Cer…Cer… Ami nak makan dengan Cer..” Ami menarik-narik hujung baju Qaseh dari bawah.
‘Alahai comel saja budak Ami ni. Nak marah pun tak sampai hati.’
“Bukan Cer… Tea..cher.. Teacher Siti kan ada..” Qaseh cuba memujuk. Iyalah, waktu rehat ada berbaki lagi 15 minit.
“Ami tak nak.. Cer Iti garang.. Jom lah..” Hujung mata Ami sudah mula berair.
‘Alahai.. Tak sampai hati betul lah. Kak Siti pun satu. Janganlah garang sangat dengan budak-budak ni. Budak ni sudah lah bercakap jujur. Buatkan sampai ke telinga ibu bapanya macam mana?’
“Hemm.. Dah.. Jangan menangis. Jom makan. Lapar ya. Kesian dia.” Qaseh memimpin tangan Ami ke ruangan makan.
Ada mata yang memerhati mereka dari jauh. Tersenyum Fidaiy sendiri sambil melihat Qaseh melayan Ami dari jauh. Dia melihat Qaseh yang seorang ini lain dari staf yang sedia ada. Qaseh berani menjawab selamba apabila disoal. Boleh dijadikan kawan baik. Kalau staf yang lain tu tak boleh dilayan, gedik semacam saja. Pantang di tegur, lembut semacam. Bila dengan budak-budak ni garang macam singa. Terbalik pula dengan si Qaseh.
‘Hai lah… Fidaiy.. Kau pula yang berangan jauh kat luar dapur ni. Sama aje macam Qaseh. Hahaha..’
Share this novel