BAB 28

Romance Series 1299

Tok! Tok!

“Masuk!” jawab Fidaiy dari dalam pejabatnya.

“Maaf ganggu, Encik Fidaiy.”

“Ada apa Mai?” soal Fidaiy.

Eh ni macam suara…

“Qaseh Maisarah? Again. Awak berangan lagi? Depan saya pun boleh berangan ke?” soal Fidaiy sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Eh, tak.. Tak.. Saya nak minta cuti tahun Encik. Boleh tak?”

“Dah lah berangan, nak minta cuti tahun saya pula. Pakai lah cuti tahun sendiri.” Jawab Fidaiy sambil bergurau. Tapi, Qaseh tidak terhibur. Lagi tajam pandangannya ke arah lelaki itu.

Dia ingat kelakar ke? Aku nak cuti lah! Nak cuti………!

“Ehem! Nak cuti berapa hari? kenapa?”

“Nak cuti seminggu.”

“Lama nya! Nak kahwin ke?” Fidaiy terus bangun dari sofa empuknya.

Kalau aku nak kahwin pun kenapa? Terkejut macam beruk mak yee dah gayanya.

“Suka hati saya lah,kan cuti tahun saya.” Jawab Qaseh tidak puas hati.

“Cakap dulu, kenapa cuti lama sangat? Baru saya luluskan permohonan cuti awak.” Fidaiy berdiri menghadap Qaseh yang tidak jauh dari situ sambil menyilangkan tangannya.

“Ibu saya sakit lah. Jatuh motor. Ayah minta saya tolong jaga ibu di hospital sebab ayah dapat cuti dua hari aje.” Jawab Qaseh memberi penjelasan.

“Oh… Okay boleh-boleh. Nanti kalau nak tambah cuti, beritahu aje. Kirim salam ibu awak. Semoga cepat sembuh.”

“Aamiin..” Qaseh mengaminkan doa Fidaiy.

“Awak tunggu apa lagi? Pergi lah balik.”

“Borang cuti? Lepas kerja lah saya balik.”

“Tak payah borang lah. Pergi balik, ibu awak sakit tu.”

Pelik ni. Fidaiy selalu sangat tegas dengan cuti apa semua.

“Awak tunggu apa lagi? Dah packing baju ke belum ?”

“Dah.” Jawab Qaseh sepatah.

“Amboi… Macam tahu-tahu aje dapat cuti ya? Dah pergi ambil cepat, saya hantar pergi hospital.” Fidaiy mengemas kertas-kertas kerja yang bersepah di atas mejanya.

“Eh? Tak apa lah. Saya naik grab aje. Tak payah susah-susah Encik.” jawab Qaseh sambil menggaru-garu kepalanya.

“Naik grab kena bayar tambang. Dengan saya, naik free aje. Cepat. Terhegeh-hegeh lah awak ni. Saya tunggu kat kereta.” Kata Fidaiy sambil menolak Qaseh ke pintu keluar pejabat dengan berlapik buku ditangan.

“Yelah.. Yelah.. Tak payah lah tolak-tolak.” Kata Qaseh sambil memulas tombol pintu.

Cakap aku terhegeh-hegeh pula.Tu kan ibu aku. Macam ibu dia pula yang masuk hospital. Ibu ada ambil anak angkat tanpa pengetahuan aku ke? Takkan lah… Mustahil aku tak tahu kalau ada pun kan.

****

“Ini semua?” terlopong mulut Fidaiy melihat beg bagasi dan beg-beg kecil si Qaseh.

“Haah. Kenapa?”

“Awak ni nak cuti seminggu atau nak cuti terus? Awak tidur di hospital tau, bukan rumah.”

“Encik…. Saya teman ibu saya di hospital dua hari saja lah, lepas tu, ibu saya dah boleh keluar.”

“Tapi, beg ni ba…”

“Encik, saya ni perempuan. Barang perempuan memang banyak. Tak payah nak pelik sangat lah. Encik nak tumpangkan ke tidak ni? Kalau tak saya telefon grab aje.” Qaseh mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg.

Dia ni kan… Suka hati aku lah nak bawa berapa banyak beg pun. Bukan banyak sangat pun. Satu beg bagasi besar, satu beg belakang, satu lagi beg tangan besar aku ni. Ni paling sedikit tau.

“Hei… Menjawab. Cepat lah masuk kereta. Saya letak beg awak ni dekat tempat duduk belakang.” Kata Fidaiy sambil mengangkat beg bagasi.

“Berat nya! Bawa baju ke batu ni?” kata Fidaiy lagi tanpa mempedulikan jelingan mata si Qaseh.

Bising betul lah mulut bos aku ni. Minta-minta lah aku tak dapat suami macam dia. Hari-hari kena ceramah agaknya.

Bunyi telefon bimbit Qaseh memecahkan suasana sunyi di dalam kereta setelah hampir setengah jam kenderaan itu bergerak.

“Assalamualaikum, Ayah. Hah? Ibu dah boleh keluar? Alhamdulillah.” Jawab Qaseh lalu mematikan telefon bimbitnya. Fidaiy hanya memerhati.

Alhamdulillah ibu dah boleh balik. Jadi, aku tumpang mamat ni sampai hospital juga lah sebab ayah tunggu di sana.

“Hemm… Encik, Ibu saya dah boleh keluar.”

“Alhamdulillah. So, awak dah boleh masuk kerja semulalah kan?”

Apa kejam sangat dia ni? Aku nak juga tengok ibu aku.

“Eh, eh. Saya kan minta cuti. Memang lah dah boleh keluar hospital. Tapi, nanti di rumah, saya yang jaga tau.” Terang Qaseh bersungguh-sungguh sambil memandang Fidaiy meminta simpati. Fidaiy hanya memandang sekilas orang di sebelah.

“Boleh ya Encik?” soal Qaseh. Dia merapatkan kedua-dua tapak tangannya menjadi satu.

“Yela.. Yela..” Jawab Fidaiy sambil tersenyum. Qaseh tersenyum puas. Dapat lah dia berehat lama sedikit di rumah.

Tiga puluh minit perjalanan yang sepatutnya mereka ambil untuk sampai di hospital sudah bertukar menjadi satu jam akibat kesesakan lalu lintas. Maklum lah hari ini hari minggu, ramai orang cuti.

“Itu ayah saya Encik. Kereta merah tu.” Qaseh menunjuk ke arah ayahnya yang sedang bersandar di belakang kereta.

“Muda lagi ayah awak ya.”

“Iyalah…. Saya anak sulung kut, baru umur 20-an. Mesti lah muda.” Jawab Qaseh tersenyum bangga. Umur ayahnya belum mencecah angka 50 lagi.

Fidaiy meletakkan kereta bersebelahan dengan kenderaan Encik Zaid. Cepat-cepat Qaseh keluar dari kereta.

“Ayah!”

“Lah Qaseh…Tak reti bagi salam budak ni. Ayah ingatkan siapa lah nik kereta mahal ni, cermin pun gelap betul. Tak kena tahan polis ke? Siapa yang hantar kamu?” kata Encik Zaid sambil matanya asyik memandang kereta milik Fidaiy.

“Assalamualaikum, Pakcik.” Fidaiy menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Encik Zaid.

“Waalaikumussalam… Pakwe kamu ke kakak?” Encik Zaid memandang Fidaiy dan Qaseh silih berganti.

“Apa ayah ni… Ni majikan kakak lah.” kata Qaseh menahan rasa malu. Dia pasti mukanya saat ini tentu sudah merah.

“Oh.. Muda rupanya majikan kamu. Kalau majikan saja, kenapa muka tu dah merah?” saja dia mahu mengusik anaknya.

“Hesy… Ayah ni, ada-ada aje. Ibu mana?” Qaseh menukar topik. Matanya melilau mencari kelibat ibu.

“Kakak! Ibu dalam kereta ni. Meh la sini. Tak nak salam ibu ke? Mana pakwe kamu tu? Handsome ke tidak?” kata Puan Idayu separuh menjerit.

Allah.. Ibu pula.. Buat malu saja depan mamat ni. Nasib baik lah aku ambil cuti lama.

“Majikan kakak lah ibu…. Sihat ibu?” Qaseh bersalaman dengan Puan Idayu. Fidaiy hanya memerhati sambil tersenyum. Sudah lama dia tidak merasai kekecohan seperti ini. Maklum lah, ibu bapa nya sangat sibuk. Sampaikan anak sendiri pun, rapat dengan jiran berbanding mereka.

“Nama kamu apa?” soal Encik Zaid.

“Saya I.. Eh, Fidaiy.” Jawab Fidaiy gagap.

“Terima kasih ya, sanggup hantar anak pakcik sampai ke sini. Dia bayar duit minyak kamu tak?”

“Sama-sama. Eh, tak apa lah. Tak payah bayar.”

“Mana boleh macam tu. Tak pun, kamu tolak aje dari gaji dia.” kata Encik Zaid sambil berbisik. Tapi, telinga Qaseh lebih peka mendengar.

“Ayah…. Mana boleh tolak gaji. Encik Fidaiy yang beriya nak hantar tadi kan?” Fidaiy tertawa sambil menjatuhkan kepalanya berkali-kali. Geli hati dia melihat gelagat Encik Zaid satu keluarga.

“Ish kakak ni, tak malu.” kata Puan Idayu sambil memukul lembut bahu anaknya. Qaseh menarik muka.

“Jom lah makan, ayah dah lapar tunggu kakak tadi. Fidaiy, jom makan sekali.” kata Encik Zaid pula. Qaseh menjengkelkan mata ke arah ayahnya. Tetapi, Encik Zaid buat tidak tahu saja. Fidaiy sudah tersipu-sipu malu.

Encik Zaid menolak Puan Idayu menggunakan kerusi roda. Manakala Fidaiy dan Qaseh berjalan beriringan mengikuti Encik Zaid dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience