BAB 6

Romance Series 1299

“Terima kasih Qaseh sebab sudi keluar dengan saya. Rumah awak sewa awak kat mana?”

“Sama-sama, Terima kasih juga sebab belanja saya makan. Dekat saja dengan kolej. Selalu kita orang pergi ke kolej jalan kaki saja.” Jawab Qaseh tanpa memandang orang disebelah.

‘Cepat lah sikit sampai.. Aku tak biasa keluar dengan lelaki ni. Masa dengan Fayyadh tu pun, masa jumpa emak dia tu la kali pertama dan terakhir aku keluar dengan dia.’

“Lahai.. dekat saja lah rumah kita.” Ammar memberhentikan kenderaannya ditempat letak kereta yang disedia kan di tempat kediaman mereka.

“Terima kasih, saya masuk rumah dulu. Assalamualaikum.”Ucap Qaseh lalu keluar dari perut kereta.

“Sama-sama, waalaikumussalam.” Ammar juga turun dari kereta dan berjalan di belakang Qaseh.

‘EIsh.. Kenapa dia ikut aku? Tak sedap pula hati aku.’ Qaseh mempercepatkan langkahnya. Laju saja dia berjalan, sampai sahaja di tangga bloknya baru lah dia memusingkan badannya memandang ke belakang. Dia melihat Ammar memasuki kediaman di blok hadapan.

‘Hahaha.. mesti Qaseh ingat aku nak ikut dia. Laju betul dia jalan tadi. Comel!’ Ammar terus menaiki tangga blok kediamannya.

Qaseh masih berselindung di sebalik tangga blok. ‘Lahai.. dia duduk berdepan saja dengan blok aku. Buat malu saja tadi aku jalan bukan main laju lagi. Malu pun dapat,penat pun dapat.’

“Assalamualaikum..” Qaseh menguak pintu rumahnya.

“Waalaikumussalam.. Hah! Dah balik pun. Seronok dating? Seronok dating dengan lelaki pujaan malaya?.. Eh.. Tak..tak.. Pujaan kau sorang. Hahaha.”

“Kau mengintai aku eh tadi?” Qaseh menghenyak punggungnya di sofa.

‘Macam lah aku tak nampak tadi dua makhluk di meja sebelahnya mencuri-curi pandang dia dan Ammar sewaktu mereka makan cendol. Kawan sendiri, dari belakang pun dia kenal. Ini pula dari sisi, memang dia takkan salah orang lah.

“Eh… Tak ada.. Tak ada.. Nampak ni aku dah sampai rumah dulu.” Rina mengambil tempat di sebelah Qaseh.

“Tapi kau tak buka tudung lagi. Haaa..”

“Salah ke aku pakai tudung? Haa..” Rina tidak mahu kalah.

“Gila! Tak nak mengaku lagi tu. Sudah lah.. Malas aku layan kau. Baik aku mandi lagi bagus.” Qaseh sudah mengorak langkah ke biliknya.

Rina menepuk sendiri dahi nya. ‘Nampak pula dia aku mengintai eh, padahal tadi aku siap pakai cermin mata hitam dengan Luqman. Tudung ni pun… Macam mana lah aku boleh lupa nak buka.. Huh..Failed!’ Rina membuka tudungnya sambil berjalan menuju ke biliknya.

*****
Bunyi alarm pada telefon bimbit Rina bagaikan bom di pagi hari.’Aduh.. Matikan lah cepat… Bising betul lah.Jam baru pukul 4 pagi...’ Malas-malas Qaseh bangun menuju ke bilik Rina.

“Nur Arina Syafiah binti Md Din!!!!!!!!” Sengaja dia menjerit sekuat hati didepan pintu bilik Rina yang tertutup rapat itu.

“Oiiii !!!” Rina bingkas bangun lalu membuka pintu biliknya.

“Matikan lah alarm kau tu… Kalau letak bom kat sebelah pun bukan kau bangun! Aku yang terjaga ni hah.. Kau tahu tak aku baru tidur pukul 3 pagi tadi..”Qaseh menghenyak punggungnya di sofa sambil memeluk bantal.

“Kau buat apa sampai tidur lewat?..” Dalam keadaan mamai dia bertanya.

“Study lah gila… Kan lusa dah start paper final. Kau dah hilang ingatan ke?” Qaseh sudah terbaring diatas sofa.

“Ha’ah lah.. Aku rasa kan aku terhantuk kepala kat dinding lah semalam.” Dia juga mengambil tempat di sofa sebelah.

Kesudahannya, mereka tertidur di atas sofa bersama-sama sehinggalah waktu subuh menjelang tiba.

“Rina!!!” Qaseh bingkas bangun dari pembaringan.

“Aarrggghh! Kenapa?! Kenapa?!” Terkejut Rina, dia turut bangkit dari tidur nyenyak nya.

“Solat! Solat!.. Dah nak habis waktu.” Kelam kabut Qaseh berlari menuju ke bilik air. Manakala Rina berlari untuk ambil wudhu di sinki.

Begitu lah mereka sesama kawan, saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Walaupun selalu bergaduh mulut, tetapi hati selalu memaafkan antara satu sama lain.

Bunyi bip menandakan ada mesej baru masuk. Qaseh membuka aplikasi WhatsApps di telefon bimbitnya.

Ammar : Assalamualaikum.. Good luck for your final.. Fighting!

Sudah beberapa minggu dia tidak menerima mesej daripada lelaki itu. Mungkin sibuk mengulangkaji pelajaran, maklumlah...study weekkan..

“Ehem! Siapa mesej tu? Bukan main lebar lagi cik kak kita ni senyum.” Kata Rina mahu menyakat.

“Sibuk lah! Hahaha..”

“Eleh… Malu lah tu.. Nak baca.. Nak baca..” Rina mengambil tempat di sebelah Qaseh. Namun Qaseh cepat-cepat berlari menuju ke bilik meninggalkan Rina di ruang tamu.

‘Sibuk saja minah ni tau! Luqman mesej dia, aku tak ada nak baca pun. Entah apa-apa saja.’

Qaseh: Waalaikumussalam.. Thanks Ammar. I wish you luck too. ??

‘Boleh mimpi sampai ke bintang aku kalau hari-hari sweet macam ni. Ish! Wake up Qaseh! Wake up! Baru wish macam tu pun kau dah angau.. Focus on paper final Qaseh! Jangan berangan saja!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience