BAB 17

Romance Series 1299

MALAM itu….

Efa melompat naik ke katil Qaseh. Tangan naik mengurut dada. ‘Kus semangat! Terkejut aku. Nasib baik tak tercampak telefon ni.’

“Hehehe.. Terkejut eh? Sorry..” kata Efa sambil buat iklan colgate. Fara turut menghampiri mereka. Manakala Siti lebih suka buat hal sendiri.

“Kita orang nak tanya sikit, boleh?” Kata Fara membuka bicara.

Qaseh meletakkan telefon bimbitnya di sisi apabila melihat wajah Efa dan Fara bertukar serious.

“Boleh.. Tanya lah.” Jawab Qaseh.

“Qaseh dengan En. Fidaiy tu..ada apa-apa ke?” kata Efa pula.

“Hah? Kenapa?” Berkerut dahi Qaseh mendapat soalan begitu.

“Tak adalah…. Kita orang tengok dia baik semacam saja dengan Qaseh. Dengan kitaorang asyik tayang muka ketat saja. Lepas tu, Siti kata En. Fidaiy yang bagi MC pada Qaseh, bukan Qaseh yang minta. Betul ke?”Efa dan Fara semakin tidak sabar ingin tahu.

Qaseh memandang Siti yang hanya selang beberapa katil sahaja dari mereka. Siti hanya menjulingkan mata ke atas.

‘Kecoh betul lah Siti ni. Tak suka aku lah tu. Kalau nak tanya, terus tanya pada aku kan boleh. Apa lah..’

“Saya tak ada apa-apa pun dengan dia. Takkan lah saya baru masuk kerja sini nak ada apa-apa dengan dia. Entah-entah suami orang. Cari nahas saja. Pasal MC tu, memang dia yang offer sebab dia tengok saya dah lama tak balik kampung.” Jawab Qaseh satu persatu.

‘Maaf lah ya,tipu sunat.’

“Oh, En. Fidaiy memang begitu, dia kata kalau masih ada orang tua dirumah, rajin-rajin lah balik jenguk ibu bapa. Walaupun dia selalu tayang muka ketat, tapi dia baik tau. Sudah lah baik, kacak, pandai layan budak-budak. Dah boleh kahwin dah patutnya. Tapi tak pernah nampak pula dia dengan kawan perempuan.” Fara memuji.

‘Oh.. Belum kahwin rupanya. Iyalah, mamat tu pun tak adalah tua mana. Baru masuk 30tahun rasanya.’

“Entah-entah dia jumpa kawan perempuan dia di luar kawasan taska kut..”Qaseh meneka.

“Eh… Kita orang selalu juga ternampak dia makan diluar. Tapi…dengan kawan lelaki. Tak pun dengan Puan Ainon.” Efa pula menjawab.

“Oh… Biar lah dia. Belum nak kahwin kut.” Qaseh menjawab. Masing-masing mengangguk setuju.

“Betul juga, Kalau tidak, tak adalah Siti kekal dengan tunang dia yang sedia ada ni.”kata Fara selamba.

Serentak kami bertiga memandang ke arah Siti.

“Apahal? Kau orang ingat aku hadap sangat ke En. Fidaiy tu?” kata Siti lalu keluar dari bilik.

Qaseh memandang Fara dan Efa meminta penjelasan. Dia tidak tahu langsung tentang itu.

“Apa cerita? Kenapa dengan Siti tu?” soal Qaseh.

“Siti tu dulu, syok gila dekat En. Fidaiy, padahal dia dah ada tunang. Hari-hari buatkan breakfast, tapi En. Fidaiy tak layan. Dia tak makan pun. Sampai satu hari tu, tunang dia sampai ke sini cari bos kita tu. Nasib baik tak bertumbuk. Siap tengok cctv.” Fara menceritakan dari A sampai Z.

“Lepas tu?” Qaseh tertarik dengan kisah Siti ni. Yalah, hari tu dia masak, mamat tu makan saja aja. Tak menolak langsung.

“Lepas itu.. Kita orang tak tahu sebab lepas tengok cctv, tunang dia blah macam tu saja. Kira settle la kut.” Sambung Efa pula. Qaseh hanya mengangguk faham.

‘Patut lah Siti anti semacam saja dengan aku. Mana lah aku tahu dia syok kat mamat tu. Alahai dia pun satu. Dah ada tunang tu, jaga lah elok-elok. Ni sama species dengan Ammar agaknya. Cakap pasal Ammar, mana Rina ni? Dah tanya Luqman ke belum?’

Bip! Bip!

Telefon bimbit yang berada disisinya dicapai.

Rina : Assalamualaikum.. Beb, aku dah tahu.

‘Tahu? Ni yang aku tak senang duduk. Bismillah…’

Qaseh : Waalaikumussalam.. Tahu apa?

Rina : Luqman kata…. Tapi aku tak sampai hati nak cerita kat kau.

‘Alahai minah ni… Aku dah excited nak tahu. Sebenarnya bukan excited, tapi berdebar. Aku tahu ni cerita tak bagus tentang Ammar bila dia sebut nama Luqman.’

Qaseh : Tak apa, cerita saja. Aku okay.. ?

‘ Kau kuat Qaseh.. Jangan menangis.. Ingat pesan ayah, jangan menangis Nur Qaseh Maisarah.’

Rina : Ammar.. Dia ada perempuan lain, satu tempat kerja dengan dia, free hair, bergaya, kaya. Aku tak nak cakap lebih, aku yang geram dengar tadi.

Qaseh : Oh.. Thanks Rina.

Rina : Kau okay tak?

Qaseh : Okay… Ayah aku kata tak perlu jaga jodoh orang. Jodoh aku dengan orang lain.

Rina : Ayah kau memang superb! Terrrbaikkk! Sabar wei..

‘Tak guna punya jantan! Masa belajar, kau nampak aku, kau nak kat aku, masa kerja, kau nampak orang lain, kau nak kat dia pula. Mentang-mentang aku tak bergaya, tak kaya, kau buang aku macam tu saja?!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience