“Cik Qaseh Maisarah! Haluuu… Selamat pagi…”Rina menyapa mesra Qaseh didapur.
“Pagi tengkorak kau! Kau tengok jam pukul berapa? Ini aku bukan buat sarapan tau. Aku masak ni untuk makan tengahari. Ee.. Kau ni.. Kalau Luqman tahu lah perangai kau macam ni, entah-entah kena tarik balik pengiktirafan kau sebagai awek dia.” Laju sahaja mulutnya membebel.
‘Minta-minta lah adik aku yang perempuan tu bukan macam ni punya perangai. Kesian mak aku nanti kat rumah tu.’
“Hahaha.. Ala.. Kan cuti.. Kau eh kalau membebel,macam standard mak-mak tahu tak? Harap-harap tak pekak lah siapa yang jadi suami kau nanti. Hari-hari dengar kau membebel,boleh pekak woo.”
“Aku ni nasihat.. Sebelum kau kena reject dengan emak si Luqman tu…elok lah kau dengar nasihat daripada pakar motivasi tak diiktiraf macam aku ni. Aku tak tahu macam mana Luqman tu boleh nak dengan kau ni Rina, buta agaknya. Lagi teruk dari aku yang rabun ni. Hahaha!”
‘Puas hati aku dapat membebel dekat minah ni. Asyik muka aku saja yang masak. Patut lah dia saja yang berisi,aku pula kurus tak ada isi. Dah aku yang masak, dia yang makan. Hai lah kawan.. kawan..’
“Dah puas membebel? Luqman tu… Aku yang mengurat dia.. Dia tu pemalu, aku tahu dia suka aku. Ala.. Nanti dah kahwin, aku bangun lah awal sikit. Hidup student macam kita ni, memang lah kadang-kadang bangun lambat, untung aku tak bangun malam tau. Hahaha.”
“Eee.. Tak malunya kau ni eh! Tak sangka betul aku ada kawan macam ni. Banyak lah kau punya kadang-kadang.. Asal hari cuti aje,memang kau bangun lambat. Suka hati kau lah Rina.” Qaseh bangun dan menuju ke sinki untuk mencuci sayur-sayuran yang sudah siap di potong sebentar tadi.
Qaseh dan Rina sudah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Kemudian, Qaseh dan keluarganya pindah ke Johor mengikuti bapanya yang ditukarkan tempat kerja ke cawangan lain. Tidak sangka mereka boleh bertemu kembali di kolej.
“Eh.. Lupa pula aku nak tanya.. Minggu lepas kau hantar report tu kan.. Kau hantar sorang-sorang ke Qaseh?” kata Rina sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
‘Nak beritahu ke Ammar yang tolong aku? Tak payah lah. Bukan boleh percaya dengan minah ni.’
“Kenapa? Aku hantar sorang lah. Dah orang tu sibuk dengan date dia.”
“Eleh.. Kau tak payah nak tipu aku lah…. Ammar kan yang datang tolong kau kan?.. Kan?..”
“Mana kau tahu? Mesti kau yang beritahu dia kan yang aku kena hantar report sorang-sorang?”
‘Kan aku dah kata.. Minah ni tak boleh percaya. Mana aku tahu? Aku tahu lah. Aku dah lama kut berkawan dengan dia.’
“Kau ni Qaseh.. Tak baik tau.. Asyik nak tuduh aku bukan-bukan saja. Aku dengar lah, banyak mulut berbicara, banyak mata yang melihat.”
“Siapa pula yang berbicara? Siapa pula yang melihat?”
‘Takkan Puan Nora pergi jaja cerita aku kat pejabat? Boleh tahan juga Puan Nora ni ya..’
“Entah.. Yang aku dengar.. Satu pejabat pensyarah tu dah kecoh kau dengan Ammar dating masa nak hantar report tu.Entah apa-apa eh, hantar report sambil dating. Hahaha.” Ketawanya mati dek kerana jelingan maut yang di berikan oleh Qaseh.
‘Nak cakap aku dating macam budak-budak lah tu. Eleh.. Dia dengan Luqman tu lagi lah.. Geli aku tengok.’
“Ke betul kau dengan Ammar dating masa hantar report tu? Serious lah? Wah.. Dah berjaya lah eh si Ammar tu masuk jarum?” Rina mengetuk-ngetuk dagunya dengan handphone yang setia berada dalam genggamannya.
‘Eh minah ni…. Aku cili juga mulut dia ni karang.. Bercakap aje dari tadi, bukan reti nak tolong aku masak ke apa. Ni tak.. Ammar,Ammar,Ammar..’
“Kau memang lahir-lahir dah kepochi eh ? Tadi cakap aku membebel. Kau pun sama. Sekurang-kurangnya aku ni membebel berbaur nasihat, kau tu membebel berbakul dosa kering. Gosip memanjang. Ish..ish..”
“Mulut kau eh…. Sama pedas dengan cili tu tahu tak? Hahaha.. Yelah.. Meh lah aku tolong.. Tolong hidang, sambil makan. Hehehe.. Sedapnya kau masak Qaseh.. Untung Ammar..”.
“Hemm.. Ammar lagi..”
“Bukan kau suka Ammar ke?”
‘Haah kan. Kenapa aku macam nak marah aje ni? Padahal aku crush dekat dia kut.’
“Memang lah.. Tapi aku tak suka lah orang buat cerita macam ni. Lagi pun,dia tak cakap pun dia suka kat aku. Buat malu aje.” Qaseh menyuap makanan yang dimasaknya tadi ke dalam mulut.
Rina mengangguk faham. Mereka makan bersama-sama seperti hari-hari cuti sebelum ini. Diselangi dengan gelak tawa mereka. Kebiasaannya Rina yang akan mengemas semua setelah selesai makan. Yelah, Qaseh sudah penat-penat masak untuk mereka makan bersama. Kini giliran Rina pula mengemas dapur.
Share this novel