BAB 7

Romance Series 1299

JAM menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi. Ada lagi 30 minit sebelum memasuki dewan peperiksaan. ‘Ya Allah! Takutnya. Mudah-mudahan semua yang aku baca dan hafal tu yang keluar dalam final paper sekejap lagi.’ Mulut Qaseh tidak henti-henti berselawat. Saat-saat akhir begini kalau baca pun bukan ingat.

“Assalamualaikum.. Tepat jam 9.00 pagi peperiksaan mustalah hadis kod (111) akan dimulakan. Pastikan anda membawa slip peperiksaan dan kad pengenalan. Peperiksaan akan dijalankan selama 1 jam 30 minit. Baiklah, jam menunjukkan jam 8.55 pagi. Pelajar dibenarkan masuk ke dalam dewan. Telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam dewan.” Kata MC menggunakan alat pembesar suara.

Berpusu-pusu pelajar masuk melalui pintu- pintu dewan yang dibuka. Tidak ketinggalan juga dengan Qaseh dan Rina. Bunyi kerusi ditarik bergema di dalam dewan tersebut. Kertas peperiksaan akhir telah di sediakan diatas meja setiap pelajar. 5 minit kemudian, suasana di dalam dewan sepi buat seketika. Menunggu MC berbicara.

“Peperiksaan akan dimulakan sekarang dan akan tamat pada jam 10.30 pagi. Terima kasih.” Bunyi selakan helaian kertas pula bergema.

‘Bismillah…’ Itu lah kata-kata pertama setiap pelajar. Masing-masing tekun menjawab soalan. Begitu juga dengan Qaseh. Soalan dibaca berulang kali bagi mengelakkan tersilap menulis jawapan mengikut kehendak soalan.

1 jam 30 minit berlalu..

“Assalamualaikum.. Harap maklum,peperiksaan telah tamat. Para pelajar diminta menghabiskan ayat terakhir jawapan anda. Kertas peperiksaan akan mula dikutip sekarang.” Pengawas peperiksaan mula bergerak ke setiap baris untuk menjalankan tugas masing-masing.

“Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah..” Qaseh akan mengucapkan kata syukur setiap kali selepas tamat menjawab soalan peperiksaan seperti biasa.

Selesai saja tugasan para pengawas peperiksaan, MC membenarkan semua pelajar bergerak keluar dewan melalui pintu-pintu yang ada.

“Qaseh! Macam mana tadi? Dapat jawab tak? Semua yang kita ulangkaji sama-sama tu masuk dalam soalan tadi kan?” Rina sangat teruja kerana berjaya menjawab soalan-soalan tadi.

“Alhamdulillah… Orang kata kalau kita ambil course berkaitan agama ni, akan dipermudahkan.” Kata Qaseh sambil menyangkut begnya di bahu.

“Itu lah.. Alhamdulillah.. Jom pergi sarapan. Tadi kita minum air saja kan kat rumah.” Kalau peperiksaan pada waktu pagi, selalunya mereka hanya akan minum segelas air dan juga sebiji kurma.

“Jom!”Mereka berjalan beriringan menuju ke gerai tepi jalan berdekatan dengan kolej mereka.

“Mak Jah! Nak order….” Kata Rina sambil mengkerdip-kerdipkan matanya.

Mak Jah sudah biasa dengan mereka. Sejak dari semester pertama,memang di situ lah tempat kegemaran mereka. Mak Jah bukan sahaja menjual sarapan pagi, malah, cendol,abc,makanan berlauk pun ada. Pekerjanya terdiri daripada kalangan ahli keluarga Mak Jah sendiri.

“Haa.. Dah datang pun anak dara ni.. Nak makan apa harini?” Mak Jah datang mengambil tempat di antara Qaseh dan Rina.

“Rina nak…. Mee goreng satu..”

“Air?”Tanya Mak Jah lagi.

“Air… I love U.. Hahahaha.. “ Rina melawak.. Saja mengenakan Mak Jah. Mak Jah sudah macam mak angkat mereka pula.

“Kau ingat hilang haus dengan I love U saja Rina?” Mak Jah menjeling anak dara itu.

“Hahahaha.. Ala.. Rilex lah Mak Jah.. Orang gurau saja pun.. Air teh O lah.” Rina masih tertawa. Terhibur rasanya melihat muka Mak Jah.

“Bagi dia minum air wudhu saja Mak Jah.. Biar sesuci lebaran sikit kepala otak dia ni.” Kata Qaseh sambil menggelengkan kepala.

“Haa.. Kan.. Mak Jah setuju. Hahaha.. Kau nak minum apa Qaseh? Kasih sayang? Hahaha..” Mak Jah pula melawak. Lagi seronok si Rina mentertawakan kawannya. Tadi bukan main dia back up Mak Jah. Dia pun terkena akhirnya.

“Mak Jah ni… Sama saja macam Rina tau.. Saya nak mee goreng mamak. Dengan air teh O juga.”Mak Jah mengangguk faham.

“Mamak mana ada. Mee goreng Mak Jah lah ya? Hahaha..” Mak Jah semakin seronok menyakat Qaseh.

“Haaaa.. Mak Jah….”

“Yelah.. Yelah.. Mak Jah tahu lah. Sudah lah. Mak Jah nak pergi hantar order ni. Bercakap dengan kau orang ni nanti sampai ke sudah tak habis-habis.” Mak Jah mengangkat punggung dan berlalu.

Waktu-waktu begini, pelanggan sudah mula membanjiri gerai Mak Jah. Tidak hairan lah. Makanan disini semuanya sedap-sedap belaka. Sikap pekerja yang ramah mesra juga menarik pelanggan untuk datang ke gerai ini tanpa jemu.

“Beb.. Kau dah dapat tempat ke nak praktikal nanti?” Rina membuka bicara.

“Dah.. Dekat saja. Dalam bandar ni juga. Alhamdulillah.. Kau?” soal Qaseh pula sambil menyuap mee goreng.

“Ermm.. Aku pun dah dapat. Dekat dengan rumah aku. Dekat Kuantan. Tapi kan..” Rina mengetuk-ngetuk dagunya dengan jari telunjuk.

“Tapi kenapa? Ada masalah ke?”

“Nanti kita dah tak dapat jumpa lah kan? Kuantan dengan JB bukan dekat. Ala…” Rina sudah membuat muka sedihnya.

Mereka sama-sama terdiam memikirkan masa hadapan sambil menghabiskan makanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience