BAB 2

Romance Series 1299

"Rina!" Ammar memanggil separuh menjerit.

'Kenapa lah mamat tu terjerit-jerit panggil Rina? Tak nak panggil aku ke? Sedap sikit dengar. Hahaha..'

"Qaseh,sekejap eh. Crush kau panggil aku lah." Rina pergi mendapatkan Ammar yang tidak jauh dari situ. Manakala aku? Aku sudah tentu jadi pemerhati yang setia. Nasib kau lah Qaseh, sudah lah baru putus cinta. crush kau pula suka pada kawan baik kau sendiri. Memang malang lah nasib kau.

Tidak lama kemudian..

"Qaseh! Jom pergi makan.. Kau berangan apa tadi? Tak berkedip mata tengok kita orang tadi."

"Aku..."Belum sempat Qaseh menghabiskan ayat, Rina menyambung lagi.

"Dia tanya aku soalan saja lah,bukan mengurat aku pun. Dia tahu aku dengan Luqman.. Dia kawan Luqman." Aku hanya mengangguk lega. Macam ni barulah boleh bernafas. Macam tahu-tahu saja apa yang aku sedang fikirkan.

Tut..tuttt...

"Kau dengar tak? Bunyi apa tu? Kau kentut eh?" Rina sudah menutup hidungnya.

"Kau lah kentut.. Tu bunyi handphone aku lah.. Mesej masuk. Hahaha.. "

"Klasik betul lah kau ni. Boleh salah tafsir tahu tak?Hahaha.."

Aku mengeluarkan handphone dari tas kecil yang selalu aku bawa ke kelas.

019-6486779 : Assalamualaikum.. Hai.. Kenal saya tak? Sikitnya awak makan.

Qaseh menoleh ke kiri dan kanan. 'Tak nampak pula siapa-siapa yang mencurigakan..'

"Kenapa? Kenapa?" Rina juga turut menoleh ke kiri dan kanan. Qaseh menunjukkan mesej tersebut.

"Kau tahu tak siapa dia ni? Cara dia mesej macam dia ada berdekatan kita saja kan?" Rina mengamati nombor telefon tadi. Lalu dia keluarkan handphone miliknya.

"Oi.. kau tahu tak nombor siapa ni?" Laju saja Rina menggeleng kan kepalanya.

"Kau cuba lah balas mesej tu. Kut-kut jodoh kau ke.. hehehe.."

"Ee.. seram aje.. Tak nak lah."

"Seram eh? Tidak lah.." Rina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

'Kenapa lah si Rina ni.. Resah semacam aje.. Lantak lah kau Rina.. Tak nak aku layan entah siapa-siapa saja ni.'

Rina melihat mesej yang baru sahaja diterimanya.

Ammar Mukhriz: Salam.. Rina, dia tak balas pun mesej aku.

Rina: Wassalam.. Sabar lah. Cuba lagi.

"Kau nak makan ke main telefon? Aku nak balik bilik cepat, baju aku tak basuh lagi kat bilik tu."

"Eh? Dah.. Jom..Jom.."

'Lain macam aje si Rina ni. Entah-entah.... Dia yang nak kenakan aku guna nombor lain kut.'

"Kau kenapa Qaseh?"

"Hah? Kenapa apa?"

"Kenapa jeling-jeling aku? Juling karang..."

'Alamak! Rina ni nampak aje aku tengok dia..'

"Kau yang rabun.. Bila masa aku jeling kau."

"Kau yang pakai cermin mata 24jam,aku pula yang rabun eh?" Qaseh menjulingkan matanya ke atas. Malas mahu panjangkan cerita.

*****

Malam itu…

019-6486779:Assalamualaikum.. Tengah buat apa tu Qaseh?

‘Siapa aje lah yang rajin sangat mesej aku malam-malam ni? Dia tahu nama aku lah..’

Qaseh: Waalaikumussalam.. Siapa fi sana? Macam mana dapat nombor saya ni?

‘Nervous pula aku.. Aku ada secret admire ke? Muntah hijau kalau Rina tahu aku ada secret admire, Hahaha’

Tidak lama kemudian,mesej pun berbalas..

019-6486779: Saya Ammar Mukhriz lah.. Garangnya awak.

Qaseh mencampak handphone nya ke atas sofa.

“Oi! Mak kau!” Rina sudah melatah, dibalingnya baju yang sedang dia lipat ke arah Qaseh.

“Sorry…” Qaseh mengambil kembali handphone nya kembali.

“Sorry..sorry.. Terkejut aku tahu tak?” Rina mengutip kembali bajunya tadi.

Qaseh: Oh.. siapa beri nombor saya ni?

Ammar: Saya minta pada Rina.

‘Oh… kerja Rina.. Patut lah resah semacam aje siang tadi. Kau tunggu Rina,aku nak berdrama sekejap lagi.’

“Aku lagi terkejut tahu tak?” Qaseh mencekak pinggang sambil dia bangkit berdiri dihadapan Rina.

“Dah kenapa kau pula yang terkejut?”

“Aku terkejut dapat kawan yang penipu macam kau ni!”

Rina terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Qaseh.

“Aku tahu lah yang aku ni tak sebaik kau, tapi kau ni melampau tahu tak tuduh aku penipu.” Rina juga sudah bangkit dari zon selesa.

Qaseh menghalakan handphone nya kearah Rina. Rina membaca mesej yang dihantar oleh Ammar sebentar tadi. Dipandangnya pula wajah Qaseh yang sudah merah padam serta matanya yang bulat.

“Hehehe… Rilek lah… Tu bukan penipu namanya. Ni namanya nak tolong kawan. Kau kan suka dia.. Haa.. Kan? Kan?” Rina mengambil baju-baju yang sudah dilipat,lalu dia berlari masuk ke biliknya serta menutup pintu.

‘Tahu kau takut… Laju pula kau lari ya Rina..’

“Sekurang-kurangnya beritahulah aku.. Tak pasal-pasal dia cakap aku garang tahu tak…?!” Saja aku menjerit depan pintu bilik Rina.

“Ala… Maaflah!” Jerit Rina daripada dalam bilik.

“Kau belanja aku makan esok eh.. kalau tak.. siap kau..”

Qaseh biarkan saja mesej tak berbalas. Perasan malu masih tebal didalam hatinya.

‘Ammar Mukhriz.. Nama yang kedua yang berjaya singgah dihati ini. Kenapa lah kau mesej aku. Kalau setakat nak singgah sekejap sahaja seperti Fayyadh, silakan beredar dari hati ini. Sungguh aku tak mampu,tak kuat nak menengis untuk kali kedua. Walaupun Ammar muda setahun daripada aku, dia nampak lebih matang. Mungkin kerana tubuh aku yang kecil molek ini, atau muka dia yang terlebih usia? Hahaha!Sempat kau mengutuk dia ya Qaseh! Tapi muka dia kacak. Yelah, melayu + pakistan. Aku ni? Gohead gostan!’

Qaseh menekan butang on pada radio kecil miliknya. Radio suria menjadi pilihannya dikala malam menyepi. Sambil mendengar lagu,sambil berangan, dan mengimbau masa lalu, sehingga dia tertidur. Begitu lah rutin hariannya di malam hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience