BAB 19

Romance Series 1299

SETIAP hujung minggu, biasanya mereka akan keluar bergilir-gilir mencari barang dapur untuk taska. Duit belanja awal-awal sudah di beri oleh En. Fidaiy. Kadang-kadang, En.Fidaiy yang akan mencari barang dapur untuk taska itu sendiri. Minggu ini adalah giliran Efa dan Qaseh.

"Qaseh, petang ni jadikan pergi beli barang dapur? Aku nak Confirm dengan pakwe aku ni." Kata Efa. Hilang sudah saya awak bila Qaseh sudah hampir setahun kerja di sini. Rasa janggal katanya.

' Alahai.. Selalu naik grab okay aja. Bukan apa, tak selesa ada orang lain. Terbatas pula pergerakkan.'

" Err.. Kita pergi sana naik kereta pakwe kau ke?"

"Ha'ah.. Kenapa? Tak boleh ke?" Riak wajah Efa seperti tidak puas hati.

"Eh.. Tak adalah.. Aku tanya aja.." Qaseh menjawab selamba menafikan apa yang ada di dalam hati.

' Kalau aku jawab tidak nanti karang merajuk pula. Siapa nak pujuk? Aku? Tak kuasa...'

Qaseh mencuci botol-botol susu di sinki dapur. Efa pula sibuk bermain telefon bimbitnya. Tanpa mereka sedari, sosok Fidaiy muncul di dapur.

" Petang ni beli barang dapur dengan saya." Fidaiy bersuara.
Terkejut dua orang gadis itu. Nasib baik tidak melatah. 'Ada saja mamat ni. Cerita ni tentang dia ke aku? Hahaha..'

"Tapi.... Saya dah cakap dengan Izhan nak tumpang dia beli barang dapur." Kata Efa beranikan diri. Kalau mereka pergi sekali dengan En. Fidaiy, tak dapat lah dia dating dengan Izhan.

"Izhan siapa?" Tegas suara Fidaiy menyoal.

"Boyfriend saya." Jawab Efa.

"Saya siapa?"Lagi sekali dia menyoal.

"Bos saya." Efa menunduk ke lantai. Manakala Fidaiy tersenyum tanda kemenangan.

Qaseh hanya membatu di antara mereka berdua. Hanya jadi pemerhati dari tadi. Nak mencelah, takut pula dia yang akan di marahi nanti.

"Hemm.. Kalau boyfriend awak tu nak sangat ikut, ajak lah sekali. Saya tak kisah. Suruh dia belanja makan." Fidaiy melangkah pergi dari situ. Sempat dia hadiahkan segaris senyuman manis untuk Qaseh.

Terpegun Qaseh melihat senyuman manis itu. 'Speechless... Handsome! Killer smile! Boleh pengsan kalau tengok lama-lama. Ya Allah.. Indahnya ciptaan Tuhan. Eh? Kenapa dia senyum kat aku?'

"Hoi! Kau dengar tak?" Efa menolak lembut bahu Qaseh yang berdiri tegak macam tiang bendera.

"Hah? Kau cakap apa?" Soal Qaseh kebingungan.

"Aku tanya, tadi En. Fidaiy senyum kat kau eh? Ke perasaan aku saja?" kata Efa.

'Nampaknya, memang bukan aku saja yang perasan kejadian tadi. Ni kalau aku cakap ya, memang akan banyak lagi soalan aku kena jawab. So..'

"Eh, tak ada lah. Perasaan kau saja tu. Tak kan lah dia nak senyum kat aku pula kan?" Laju saja kaki dia melangkah meninggalkan Efa di dapur.

Petang itu selepas tamat waktu bekerja, Fidaiy,Qaseh,Efa dan juga Izhan keluar bersama menaiki kereta Audi A7 milik Fidaiy. Izhan terpaksa ikut setelah berkali-kali Efa memujuknya. Kalau tidak diikutkan kehendaknya, sebulan gadis itu tidak menghubungi dia nanti.

Qaseh memilih untuk duduk di seat belakang Fidaiy. Nak duduk belakang Izhan, nanti cemburu pula minah ni. Kerja nak cemburu saja, begini agaknya kalau ada kekasih hati. Fidaiy curi-curi pandang Qaseh di cermin pandang belakang.
15 minit perjalanan mereka terasa lama. Mana tidak nya, masing-masing diam membisu sewaktu di dalam kereta tadi. Akhirnya mereka sampai di sebuah pasaraya 'Smart Bee'.

"Ehem!" Fidaiy berdehem. Serentak kami bertiga memandangnya.

"Kau orang memang nak tunggu dalam kereta saja ke?" Fidaiy sudah membuka langkah keluar kereta. Masing-masing kalut keluar dari kereta termasuk lah si Izhan. Begini lah kalau keluar dengan bos. Izhan pun kecut, yalah... Izhan muda lagi kalau nak dibandingkan dengan aku.

Qaseh menolak troli kosong menuju ke bahagian bahan basah. Di sisi nya setia ditemani oleh Fidaiy. Manakala Efa dan Izhan pergi mencari bahan kering.

"Saya pergi beli ayam sekejap ya? Awak jangan jalan jauh sangat, nanti saya tak nampak." Kata Fidaiy lalu menapak ke bahagian menjual ayam. Qaseh hanya mengangguk.

'Jangan jalan jauh-jauh eh? Terasa macam aku ni isteri dia pula. Hehehe. Ish! Qaseh, jangan nak perasan lah! Nak beli apa ni? Sayur dah ada, carrot dah ada, nudget pun sudah. Eh.... Aiskrim... Hehehe.. Ni kalau aku ambil agak-agak kena marah tak ya? '

"Awak nak aiskrim?" Terkejut Qaseh saat Fidaiy menegurnya.

"Err..Tak lah, saya tengok aje." Jawab Qaseh. Dia meletakkan semula bekas aiskrim tadi.

"Ambil lah. Saya nak tanya."

Berkerut dahi Qaseh, hampir bercantum keningnya.

"Tanya apa?"

"Dia orang tu memang nak dating ke?" Fidaiy menunjukkan ke arah Efa dan Izhan. Qaseh menjongketkan bahunya.
"Kenapa?" Dia memandang Fidaiy pelik.

' Dia ni kenapa? Dah nama pun pasangan bercinta. Zaman sekarang ni, dating tu sudah menjadi satu trend.'

" Saya tengok dia orang tu tak ada cakap apa-apa pun tadi kat dalam kereta?" Fidaiy mengetuk-ngetuk dagu dengan jari telunjuknya.

"Segan dengan Encik kut.. Kut lah kan?"

" Kita pergi Istana Bukit Serena nak? Ada masa lagi ni. Saya bagi chance la kat diaorang tu dating." Fidaiy dan Qaseh berjalan beriringan ke kaunter pembayaran.

"Baik juga Encik ni, bagi chance kat staf untuk dating." Qaseh mencebik.

"Saja, kesian... Lagi pun, dah habis waktu kerja.." kata Fidaiy sambil tersenyum.

'Hemmm... Memang lah sudah habis waktu kerja. Aku ni kalau boleh, nak balik cepat. Dia orang pergi dating, habis kita ni nak buat apa? Tengok dia orang dating? Atau... Kita pun dating? Eh? Kita? Memang lambat lagi lah.. Dalam mimpi saja lah Qaseh!'

"Eh? Encik. Ini bukan jalan balik ke taska kita ni." Efa bersuara sewaktu di kenderaan yang di pandu oleh Fidaiy tidak memasuki kawasan taska.

Fidaiy hanya mendiamkan diri. Dia melihat Qaseh yang hanya buat-buat tak tahu.Waktu petang begini, jalan raya memang agak sesak. Waktu orang pulang dari tempat kerja masing-masing. Kereta Audi A7 milik Fidaiy di parking elok di tempat yang sediakan.

"Kita nak buat apa kat sini?" Efa bersuara lagi.

Efa ialah gadis muda yang baru saja berusia 20 tahun. Manakala Izhan pula tua dua tahun dari nya. Masing-masing baru nak mengenal dunia lah katakan. Kalau tersilap langkah, habis rosak masa depan mereka.

"Saja jalan-jalan ambil angin. Awak dengan Izhan tak nak dating ke? Kalau tak nak kita balik saja lah." Fidaiy berura-ura mahu kembali memasuki perut kereta. Cepat-cepat Efa menghalang.

"Nak! Nak! Jangan tinggalkan kita orang tau." Efa menarik tangan Izhan pergi ke arah air pancut berirama. Fidaiy dan Qaseh hanya tergelak melihat tindakan Efa tadi. Macam budak-budak.

'So.... Aku nak ke mana ni? Jalan saja lah pusing-pusing kawasan sini. Kacau Encik askar ke eh? Boleh juga.'
Qaseh melangkah ke arah orang ramai yang sedang bergambar di tengah-tengah mahkota Istana Bukit Serena ini. Dia memandang ke belakang. Fidaiy juga mengikutinya.

"Kenapa Encik ikut saya?" Qaseh berhenti dan memandang Fidaiy. Dia memicingkan sedikit matanya kerana dek silau sinaran cahaya matahari.

"Habis saya nak ikut siapa? Tak kan nak ikut dia orang? Lagi satu, kat luar ni...tak perlu ber 'encik' dengan saya."
"Dah tu?"

"Dah tu... Panggil Fidaiy saja lah nak apa lagi? Hahaha.." Fidaiy mengenyitkan matanya dan membuang pandangannya ke arah jalan raya. Qaseh menjulingkan mata ke atas. Malas dia mahu melayan majikan terlebih mesranya itu.

'Hey! Dia ni suka sangat main mata dengan aku tau! Nanti buta baru tahu... Tahu lah mata dia tu cantik, anak mata warna coklat. Saja nak menguji kekuatan hati au ni tau!'

" Hey girl.. Sorry, I just took a picture of you two. Both of you look perfect together. Well, take this." Seorang pelancong lelaki menghulurkan dua keping gambar polaroid kepada Qaseh. Qaseh menerimanya dengan sopan.

"Nice.. Thank You!" Ucap Qaseh sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Kita perlu lah menunjukkan sikap berbudi bahasa dengan pelancong luar. Baru lah betul budi bahasa budaya kita.

Dua keping gambar polaroid. Satu gambar saat Qaseh memicingkan mata memandang Fidaiy. Satu lagi gambar saat Fidaiy mengenyitkan mata kepada Qaseh sambil tangannya menyeluk pocket seluar.

'Bila masa Mat Saleh tu tangkap gambar-gambar ni ya? Sempat pula.'

"Tengok!" Pantas saja Fidaiy merampas gambar-gambar tersebut dari tangan Qaseh.

'Mentang-mentang lah dia tinggi, suka hati saja nak rampas.'

"Perfect! Saya nak yang ini. Awak simpan yang satu lagi. Nah! Jom balik!" Fidaiy menghulurkan gambar saat dia mengenyitkan mata kepada Qaseh.

'Biar nanti malam kau tak dapat tidur Qaseh, asyik mimpikan aku saja.. Hahaha..'

(Sorry, kalau part ni membosankan sedikit... Huhuhu..)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience