BAB 15

Romance Series 1299

Qaseh mengemas beg pakaiannya untuk pulang ke kampung. ‘Boleh ke aku cuti ni? Nanti tak cukup cikgu pula kat sini. Tapi, dua hari saja kut.’ Qaseh membawa beg galas ke bahu. Dia sudah siap untuk pulang ke kampung.

“Eh.. Qaseh nak pergi mana?” Efa menegur saat dia baru saja hendak melangkah keluar dari taska.

“Efa, lupa nak beritahu. Saya ambil MC dua hari ya. Tapi tak apa ke eh?.” Qaseh menghulurkan tangan untuk bersalam.

“ Itu lah. Siapa yang ganti Qaseh nanti ya? En. Fidaiy ada beritahu tak?” Soal Efa kembali.

“Ala, sebelum ni boleh saja. Kalau dia tak ada pun, tak rasa apa.” Sindir Siti.

‘ Eh… Minah ni.. Aku cili juga mulut dia ni. Sibuk saja.’

“ Saya cover untuk Qaseh.” Garau suara En. Fidaiy. Nadanya sungguh lain saat dia berbual dengan Qaseh berbanding saat ini.

Semua tunduk memandang lantai kecuali Qaseh yang terkejut dengan reaksi wajah En. Fidaiy yang dingin itu.

‘Kenapa dia garang sangat ni? Patut lah dia orang cakap En. Fidaiy ni sombong. Depan dia orang, En. Fidaiy tayang wajah garang plus sombong. Tapi depan aku, dia wat lek wat peace saja. Tahu takut kau Siti, tak angkat muka dari tadi. Hahahaha..’

Qaseh memandang Efa dan Siti silih berganti. Masing-masing mendiamkan diri. Dia memandang kembali wajah En. Fidaiy. Bertambah terkejut dia apabila lelaki itu mengenyitkan mata dan tersenyum memandang dia.

“Qaseh, awak boleh balik. Hati-hati naik bas. Jangan tak datang sini semula bila dah habis cuti nanti. Saya cari awak sampai rumah nanti karang.” Fidaiy menayang kembali muka ketat semula apabila Siti dan Efa memandangnya.

“Ba.. Baik Encik. Terima kasih. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Cepat-cepat Qaseh melangkah keluar mendapatkan grab yang sudah menunggu dari tadi.

“Waalaikumussalam. Kau orang buat apa tercegat kat sini? Budak-budak tu belajar sendiri ke?” Fidaiy berlalu pergi tanpa menunggu jawapan. Cepat-cepat Siti dan Efa memasuki kelas masing-masing.

‘ Tahu takut.. Minta maaf lah ya staf-staf sekalian. Kau orang kalau dilayan makin menggedik, lagi-lagi si Siti tu. Teringat pula dia, tunang Siti sampai mencarinya di taska. Entah apa yang Siti cerita pada tunang dia pun Fidaiy tak tahu.’

Setiba di hentian bas, dia segera membeli tiket untuk pulang ke rumah. Nasib baik bukan hari minggu, kalau tidak sudah tentu susah untuk mendapatkan tiket saat-saat akhir seperti ini.

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

‘Macam kena saja lagu ni dengan aku. Hemm.. Teringat pula kejadian di taska tadi. Kenapa En. Fidaiy okay saja dengan aku eh? Aku pun satu, pergi layan dia macam kawan saja, dia kan bos kau Qaseh. Tapi aku panggil dia “Encik” kut. Itu sudah cukup untuk membezakan antara bos dengan pekerja. Bukan salah aku seorang. Tak apa lah, sekurang-kurangnya dengan kehadiran En. Fidaiy, sedikit sebanyak dapat melupuskan Ammar dari kepala otak aku ni. Dan juga jadi back up aku kat taska bila berhadapan dengan si Siti tu.’

“Dik, tak nak turun ke? Semua dah turun ni.” Terhenti lamunan Qaseh apabila ditegur oleh pakcik driver bas ini.

“Eh, nak.. Maaf pak cik. Tak perasan.” Jawab Qaseh sambil mengangkat beg galasnya.

“Bahaya kamu ni. Lain kali naik kenderaan awam kena peka. Buatkan ada driver yang berniat jahat, sudah jauh kamu dibawa lari. Hati-hati.” Pesan pak cik tadi. Telan liur Qaseh mendengarnya.

“Terima kasih Pak cik sebab ingatkan saya. Assalamualaikum.” Qaseh turun dari bas dan segara menelefon ayahnya.

Takut pula apa yang dikata kan oleh Pakcik tadi benar-benar terjadi. Seram.
“Pakcik ingatkan saja. Waalaikumussalam.” Dia hanya memerhati anak gadis itu turun dari bas.

*****

“Qaseh.. Meh makan. Kamu ni dari tadi berkurung kat bilik saja dah kenapa?” Tegur Puan Idayu. Pelik dia melihat anaknya yang berkelakuan aneh sejak pulang tadi. Tanya sepatah, jawab sepatah.

“Ya ibu, sekejap.” Qaseh menjawab ringkas.

“Bang! Awak tengok lah anak sulung awak tu, pelik saya tengok. Buang tebiat nak mati ke tu?” Puan Idayu menyuarakan apa yang ada di dalam hatinya.

“Ish awak ni, kesitu pula. Dia penat kut. Nanti awak tanya lah dia, tentu dia cerita kat awak. Macam tak biasa pula.” Kata En. Zaid pula.

“Orang belum nak mati lah bu. Tak baik tau doakan kakak cepat mati.” Qaseh mengambil tempat di antara ibu dan ayahnya.

“Kut lah.. Bukan ibu nak mendoakan, kamu tu aneh-aneh saja. Ibu mana yang tak risaukan anaknya? Ya tak bang?” Puan Idayu meminta sokongan dari suaminya.

“Diam pun aneh? Kakak nak try jadi pendiam. Tak boleh?” Qaseh menjawab sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

“Tak ada maknanya lah kamu nak jadi pendiam. Ibu boleh kira berapa kali kamu kata nak try jadi pendiam. Sudah nya? Kamu yang mengajak ibu bergosip adalah…”

“Eleh.. Siapa suruh ibu kira.. Hahaha..” Qaseh menjawab selamba.

“Sudah… Makan dulu, lepas makan nanti kita sambung cerita ya.” Masing-masing hanya menurut kata En. Zaid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience