SUDAH hampir sebulan Fidaiy tidak hadir ke Taska Taman Universiti itu. Tiada di antara mereka yang tahu penyebabnya. Kebiasaannya, Fidaiy akan melawat ke taska-taska di cawangan lain hanya dalam satu dua hari sahaja. Malah, Puan Ainon pula yang turun padang memantau keadaan kami disini.
‘Hem.. Jadi bisu aku kat sini bila Fidaiy tak ada. Amboi Qaseh, rindu kah? Eh, tidak lah. Aku jadi bisu, sebab tak ada kawan nak gaduh mulut. Itu saja. Adakah ini juga di nama kan rindu? Oh no!’
“Okay kelas, listen! Hari ini, kita akan belajar mengeja. Boleh?” Qaseh memandang seorang demi seorang kanak-kanak di hadapannya. Ke semua kanak-kanak ini berumur dalam lingkungan empat hingga lima tahun.
“Boleh!” Jawab mereka serentak. Bergema satu kelas. Biasa lah, kalau kanak-kanak yang jawab, memang begitu.
“Okay, kita eja sama-sama ya. S.A, bunyinya sa.”
“S.A, sa.”
“T.U, tu.”
“T.U, tu”
“Sa..tu..”
“Sa… Eh? Papa Fidaiy!!!!” Qaseh memandang kearah pintu, sosok tubuh Fidaiy sudah tercegat di situ. Hampir separuh kanak-kanak dari kelasnya itu keluar mendapatkan Fidaiy.
‘Amboi! Berani ya kau orang keluar. Rindu sangat agaknya.’
“Papa Fidaiy pergi mana?” Kata salah seorang dari mereka.
“Papa ada kerja kat luar. Rindu ya?” Lalu dia memandang Qaseh yang dari tadi tidak berkedip matanya. Dia hadiahkan segaris senyuman untuk Qaseh, rindu benar pada gadis itu. Walaupun tidak sampai sebulan mereka tidak bertemu.
Dup. Dap. Dup. Dap. ‘Alahai hati. Kenapa ni? Dia baru senyum macam tu pun, bukan main laju lagi jantung aku ni pam darah. Wahai organ dalaman ku, tolong berfungsi dengan normal ya. Aku muda lagi, tak nak lah mati sebab sakit jantung pula.’ Qaseh mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Sihat?” Terkejut gadis itu dibuatnya.
‘Bila masa pula dia masuk kelas ni? Tak perasan pun. Suka buat aku terkejut tau.’
“Alhamdulillah, sihat. Err.. Encik sihat?” Tanya Qaseh tanpa memandang lelaki itu.
“Alhamdulillah, sihat. Sambung lah kelas.” Baru saja dia berura-ura mahu keluar dari kelas, nama nya di seru.
“Encik Fidaiy pergi mana tak datang taska?”
Tersenyum Fidaiy bila ditanya begitu, lagi-lagi bila Qaseh yang bertanya. Dia datang menghampiri gadis itu kembali.
“Ibu minta saya tolong wakilkan dia dalam misi kemanusiaan di Syria. Dia orang kurang kakitangan di sana.” Jawab Fidaiy sedikit berbisik. Takut ada yang pasang telinga di luar.
“Oh..” Qaseh juga berbisik. Tersengeh dia apabila Fidaiy sudah tersenyum seolah-olah sudah tahu apa yang ada di hati Qaseh.
‘Wah! Pergi Syria. Bagusnya mamat ni. Aku ingat dia tak suka kat ibu dia yang tiada masa untuknya. Tapi, sebagai anak. Nak tak nak, itu tetap ibu dia.'
"Cantik jam tangan. It's look good on You." Kata Fidaiy tersenyum dan berlalu pergi.
Tangan diangkat ke dada menahan debar. Dalam diam Qaseh tersenyum sendiri.
Share this novel