BUNYI hon motorsikal kedengaran di hadapan taska membuatkan Qaseh tersentak. Cepat-cepat dia berlari ke arah pintu luar. Takut nanti kanak-kanak di Taska Taman Universiti ini akan tersedar dari tidur pula. Memandangkan Encik Fidaiy seminggu tiada di taska.. Maka, bersuka ria lah mereka. Masing-masing teringin makanan fast food. Setelah kata sepakat di buat, mereka memesan Mcd.
"Berapa ya?"
"Semua sekali RM32.50 Cik."
"Nah!" Qaseh menghulurkan not lima puluh kepada pemuda itu.
"Ini duit bakinya Cik, dan ini untuk Cik. Terima kasih." Pemuda itu memberi sekeping kertas kepada Qaseh. Lalu pergi.
"Sama-sama." Jawab Qaseh. Tertawa dia melihat kertas yang di beri oleh pemuda tadi.
'Hafiz Amsyar.. 012-33667586.. Call kalau nak order Mcd lagi.' Macam-macam.
' Tapi boleh juga aku simpan, senang sikit kalau nak pesan makanan nanti. Hemm.. Bagus!'
"Girls... Mcd already here....." Qaseh memanggil Siti,Fara dan Efa sedikit berbisik. Memandangkan anak-anak jagaan masing-masing telah tidur, dapat lah mereka makan bersama-sama.
Beberapa hari kemudian...
"Berapa ya?" Soal Siti.
" RM 35 Cik."
"Nah!.." Siti menghulurkan duit kepada pemuda itu.
"Maaf Cik, perempuan yang selalu ambil makanan tu tak ada ke?" Tanya pemuda itu.
"Qaseh? Ada. Kenapa? Rindu? Call lah. Nombor yang tadi pesan makanan tu, nombor dia." Kata Siti selamba.
"Oh.. Terima kasih. Tolong sampai kan salam saya pada dia ya." Hafiz menitip pesan buat Qaseh sebelum pergi.
'Ramai juga peminat perempuan ni. Fidaiy pun minat dia, abang food panda pun minat dia. Dia nak sapu semua ke? Tamak!' Siti merengus kasar. Baru-baru Qaseh menjejakkan kaki ke taska ini, Fidaiy sudah mula nampak perempuan tu. Manakala dia, Fidaiy tidak layan dengan baik pun.
Bip! Bip!
Food panda : Assalamualaikum.. Cik, tadi saya ada beri air lebih. Yang lebih tu untuk Cik ya. Selamat menjamu selera.
Qaseh : Waalaikumussalam.. Susah-susah saja. Terima kasih.
Sejak itu, hampir setiap hari Hafiz akan ke Taska Taman Universiti untuk memberi Qaseh makanan. Walaupun Qaseh tiada memesan apa-apa, dia akan datang juga dengan membawa air atau makanan untuk gadis itu. Niatnya ikhlas untuk berkawan.
"Qaseh.. Ada orang cari awak kat luar." Fidaiy memanggil Qaseh yang sedang melakukan aktiviti bersama anak-anak jagaannya.
"Siapa ya Encik?"
"Mana lah saya tahu. Boyfriend awak ke?"
"Mana lah saya ada boyfriend."
"Food panda kut."
"Oh.. Okay dah tahu." Kata Qaseh sambil tersenyum lalu pergi ke luar taska.
'Tadi kata tak ada boyfriend, tapi tersenyum-senyum. Food panda tu, boyfriend dia ke?'
Tersenyum-senyum Qaseh saat melihat Hafiz sedang menunggunya.
"Assalamualaikum.. Nah" Hafiz menghulurkan satu bungkus mee laksa.
"Waalaikumussalam.. Susah-susah saja awak ni. Kan saya dah cakap banyak kali tak payah bagi saya apa-apa." Qaseh menyambutnya sopan.
"Saya ikhlas. Tadi tu bos awak ke?"
"Ha'ah. Kenapa?"
"Dia soal siasat saya macam kat balai polis pula."
"Oh ya ke? Maaf lah. Dia memang macam tu. Saya masuk dulu ya, nanti dia marah pula. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
'Apa lah bos ni. Food panda aje pun dia nak soal siasat. Dah lah badan dia boleh tahan sado.. Hafiz tu pula kurus, tinggi. Mana tak takut mamat tu. Hahaha..'
"Awak pesan makanan apa tu?" Tiba-tiba Fidaiy muncul di hadapan muka pintu saat kaki Qaseh mahu melangkah masuk. Terkejut dia dibuatnya.
"Err.. Mee laksa."
'Dia nak ke? Dah lah ada satu saja.'
"Awak beli ke dia yang bagi?"
'Nak jawab apa ni? Nak jawab apa ni? Jujur saja lah.'
"Dia bagi" Qaseh menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Hati-hati Qaseh. Jangan terlalu cepat percaya kepada seseorang."Fidaiy berlalu menuju kearah pejabatnya.
'Dia ni kenapa? Marah aku ke? Muka ketat semacam aje.'
'Relax lah Fidaiy... Kau yang lambat, kan sudah di kebas orang. Tak apa lah, kalau ada jodoh, tak ke mana. Sabar....'
Pada hujung minggu ini akan diadakan sambutan hari jadi untuk bulan November. Semua sudah mula sibuk menghias kelas masing-masing supaya keadaan tidak menjadi kelam kabut seperti bulan-bulan sebelumnya.
Bip! Bip!
My Bos : Qaseh, esok hari apa?
'Eh...? Encik Fidaiy ni dah kenapa? Kat telefon bimbit dia yang canggih tu tak ada kalender ke? Dia ingat aku ni kaunter pertanyaan ke?'
Qaseh : Esok hari jumaat Encik. Kenapa?
Tak sampai seminit, mesej sudah pun berbalas..
My Bos : Esok ikut saya pergi cari kek untuk event hari sabtu.
' Tu diaaaa..... Laju betul orang tua ni balas mesej.'
Qaseh : Baik Bos. Nanti saya beritahu Efa.
My Bos : Saya ajak awak, bukan Efa. Bye.
' Hah? Aku pergi dengan dia saja? Berdua? Banyak betul tanda soal dalam kepala aku ni sejak kenal dengan seorang Fidaiy. Tapi, esok kan aku cuti.. Nasib kau lah Qaseh!'
Mesej dibiar tidak berbalas.
Bip! Bip!
'Aduh dia nak apa lagi....? Iya.. Esok aku ikut dia.' Aplikasi WhatsApp dibuka.
Hafiz Amsyar : Hai Qaseh. Esok free tak? Cuti kan? Saya nak ajak awak keluar.
'Hafiz.. Kenapa semua orang nak keluar esok? Aku baru plan, esok nak tidur sampai petang. Ish!'
Qaseh : Maaf Hafiz. Esok Bos saya suruh ikut dia pergi cari kek untuk event sabtu ni.
Hafiz Amsyar : Awak keluar berdua saja ke?
Qaseh : Yup! Why?
Hafiz Amsyar : Bos dengan pekerja, keluar berdua saja? Lain macam..
Qaseh : Kerja. Okay lah. Saya nak tidur. Bye!
' Dia ni cakap tak fikir ke? Habis dia ajak aku keluar tadi tu, bukan berdua juga ke? Poraaa..!'
Qaseh menukar mod off data mudah alih pada telefon bimbitnya. Malas dia ingin melayan mesej bukan-bukan ni. Nanti masuk dalam mimpi pula. Dia menyapu losyen pada kedua belah tangan dan kakinya. Ingat nak keluar saja ke kena cantik? Nak tidur pun kena cantik tau! Baru lah suami sayang.. Ceh! Kahwin pun belum. Berangan!
Share this novel