30 April 2017
“Bismillah.. Ya Allah.. Tolong lah bagi aku kerja ni.. Taska pun taska lah. Janji aku dapat kerja yang halal.. Aamiin…” Qaseh melangkahkan kaki masuk ke halaman Taska Taman Universiti.
Bukannya dia tidak mahu kerja dalam bidang agama, tetapi rezekinya tiada di situ. Bermacam-macam kerja dalam bidang agama telah dimohon, namun, satu pun tiada balasan. Akhirnya , dia pasrah dan mencuba kerja diluar bidang pengajiannya.
“Assalamualaikum..” Qaseh memberi salam sambil mengetuk pintu yang sedikit terbuka. Bunyi bising suara kanak-kanak sebentar tadi tiba-tiba menjadi senyap senyi.
“Waalaikumussalam.. Ya? Cari siapa?” Seorang gadis berumur dalam lingkungan 19 tahun itu membuka pintu dari dalam.
“Saya datang nak interview. Puan Ainon minta saya datang hari ini.” Jelas Qaseh penuh sopan. Tidak lekang senyuman di bibirnya.
“Oh! Ya.. En. Fidaiy ada di dalam. Sila lah masuk Cik……..?”
‘En.Fidaiy??’
“Nama saya Qaseh. Nur Qaseh Maisarah.”Jawab Qaseh mesra.
“Sedap betul nama. Saya Efa. Sila masuk Cik Qaseh.”Efa berjalan mendahului Qaseh dan menuju ke bilik Puan Ainon.
Tok! Tok!
“ Ya? Masuk.”
“Encik.. Ini Cik Qaseh ingin melapor diri untuk kerja.” Efa memberi tahu seorang lelaki yang lebih kurang berumur 30-an itu. Efa melangkah pergi setelah mendapat kebenaran daripada lelaki tadi.
‘Bila masa pula aku nak lapor diri? Aku interview pun belum…’
“Cik Qaseh?!”
“Hah? Ya?” Terkejut Qaseh.
“Awak tak nak duduk ke?” Soal Fidaiy selamba setelah beberapa kali dia memanggil gadis bertubuh genit itu.
Qaseh menarik kerusi di hadapan Fidaiy.
“Okay… Ini jadual kerja awak. Cuti pada hari jumaat atau sabtu, bergilir-gilir dengan staf yang lain. Gaji…”
“Cop! Cop! Saya dah dapat kerja ni ke? Boleh terus kerja? Tak perlu isi borang apa-apa?” Bertalu-talu soalan diajukan oleh Qaseh.
“Yes.. Awak dah dapat kerja ni dan boleh mula bekerja pada hari esok. Memandangkan kami tidak cukup pekerja dan bilangan kanak-kanak semakin hari,semakin ramai. So, saya memang mahukan pekerja dengan segera.” Terang Fidaiy satu per satu. Qaseh hanya mengangguk faham.
“Okay.. Saya sambung ya. Gaji disini tidak lah tinggi. Semua orang sama kecuali bagi yang ada sijil pendidikan awal kanak-kanak. Tapi kita ada OT dan juga kenaikan gaji mengikut prestasi kerja masing-masing. Jelas? Ada apa-apa nak tanya?” Fidaiy memandang muka Qaseh meminta jawapan.
“Ada sediakan tempat tinggal tak?”
“Oh ya, ada. Di tingkat atas. Ada apa-apa lagi?” soal Fidaiy lagi. Qaseh hanya menggelengkan kepalanya.
“Baiklah kalau tiada soalan. Awak boleh lah tengok bilik kat atas. Saya kena pergi, ada meeting. Selamat menjalankan tugas awak. Semoga berjaya. Kalau ada apa-apa,boleh tanya pada Efa atau yang lain. Assalamualaikum.” Fidaiy memberi salam sebelum dia melangkah pergi.
“Waalaikumussalam.” Terkebil-kebil Qaseh dibuatnya.
‘Macam tak percaya! Qaseh! Kau dah ada kerja.. Yippi! Gaji kecil tak apa lah. Yang penting kerja.’
Qaseh berjalan mengikuti Efa ke setiap kelas yang ada di Taska Taman Universiti ini.
“Okay… Dan… Ini lah bilik kita… Tak berapa besar,tapi cukup besar untuk kita berempat. Qaseh ada nak tanya apa-apa tak?” Soal Efa.
“Puan Ainon mana?” Soalan itu tiba-tiba keluar dari mulut Qaseh. Iyalah.. Puan Ainon yang telefon minta dia datang harini.
“Oh.. Lupa pula saya nak beritahu. Puan Ainon outstation. Dia ada ada banyak taska yang perlu diuruskan.”
“Jadi tadi tu…?”
“Tadi tu anak Puan Ainon. En. Fidaiy. Dia pengurus disini. Kadang-kadang saja dia akan datang sini. Puan Ainon pula jarang datang ke sini.”
“Oh.. Anak dia…” Qaseh mengangguk faham.
“Handsome kan? Hehehe..”
Qaseh hanya tersenyum. ‘Handsome lagi Ammar aku.. Hehehe.. Harap-haraplah lelaki itu menepati janjinya. Kalau tidak, sia-sia saja lah aku menunggunya selama beberapa tahun ini. Dia pun dah dapat kerja bagus. Tak macam aku ni. Ya Allah Qaseh.. Tak baik kau mengeluh. Kerja ni pun satu rezeki daripada yang Maha Esa tahu tak? Doa adalah senjata mukmin wahai Qaseh.’
“Okay lah. Jumpa malam nanti ya Qaseh. Saya nak sambung kerja.”
“Baiklah. Terima kasih ya Efa.”
Masing-masing berbalas senyuman sebelum pergi.
Share this novel