BAB 31

Romance Series 1299

"Kakak! Ya Allah... Kenapa tak siap lagi salin baju? Cepat lah. Sekejap lagi rombongan lelakisampai tau." Kata Puan Idayu sebaik saja memasuki bilik Qaseh.

"Ibu... Tak nak kahwin lah. Takut!""Kamu jangan nak macam-macam. Nina, dah siap ke solekan Qaseh?" Kata Puan Idayu lagi.Pandangannya beralih pula kepada Nina. Nina ialah juru solek paling hebat di kediaman merekasetakat ini.

"Dah nak siap sebenarnya Makcik. Tapi, Qaseh ni hah. Bergerak-gerak. Susah jadinya." SajaNina mengadu biar Qaseh dimarahi, senang sikit kerjanya.

"Kalau gambar kamu tak cantik nanti, jangan nak salahkan Nina pula ya? Dah cepat sikit. Nantidah siap, Nina tolong teman dia duduk kat depan ya? Takut lari pula budak ni." Kata Puan Idayusambil menjeling tajam ke arah anaknya.

Lambat-lambat Qaseh duduk kembali menghadap Nina. Terpaksa dia merelakan wajahnya yangsebelum ini suci tanpa makeup, kini di solek tebal oleh Nina. Tak adalah tebal sampai orang takkenal dia, tapi dia tetap tak suka. Tak selesa!

"Kau jangan risau lah Qaseh... Aku main-main aje tadi. Saja menakut-nakutkan kau. Malampertama tak adalah menakutkan sangat sampai kau boleh terfikir nak batalkan perkahwinan ni.Apalah kau ni." Kata Nina sambil tangannya laju menyolek wajah polos gadis ini.

Pap! satu tamparan kecil Qaseh hadiahkan kepada Nina di lengannya.

"Sakit lah! Pengantin mana boleh marah-marah. Nanti hilang seri tau tak?" Kata Nina lagisambil mengusap-ngusap lengan nya."Kau lah ni. Aku ni dah lah ada darah gemuruh. Nervous nak salam tangan Tok kadi lagi. Kaudah takutkan aku dengan kisah malam pertama pula."

"Salam Tok kadi? Kau jangan buat hal wei... Yang salam Tok kadi tu nanti, Iman. Bukan kau.Jangan tiba-tiba kau yang beriya nak salam Tok kadi tu pula nanti. Sewel ke apa? Tak pernahdibuat orang."

"Eh? Sudah tukar ke?""Sudah tukar apa benda nya? Memang tak ada nya macam tu. Bukan muhrim. Kecuali ayah kausendiri yang nikahkan kau."

"Ha Ha Ha... Ha ah lah. Sel-sel otak aku dah tak berhubung dengan baik. Lagi-lagi masa akutengah takut ni."

"Dah siap. Pergi tukar baju." Kata Nina.Qaseh menelik mukanya di cermin. Tak sangka sungguh teliti Nina buat kerja. Kesan jerawatnyasedikit pun tak nampak.

"Cantik juga aku ni.""Untunglah cantik. Kau untung, aku pun untung. Lagi senang kerja aku. Kau dah memangcantik, kau aje yang buta."

'Eh... Dia butakan aku pula? Aku baru puji dia teliti buat kerja.'Qaseh mengambil baju pengantin dan disarungkan ke badannya yang sudah cukup ramping.Nina dari tadi sudah memusingkan badannya dari menghadap Qaseh.

"Dah siap? Sini, aku pakaikan selendang pula." Kata Nina setelah lebih 10 minitmembelakangkan Qaseh."Dah. Jangan singkat sangat tau. Kalau boleh labuh bawah tutup bahagian dada." Pinta Qaseh.

Dia tak nak badannya menjadi hidangan percuma kaum adam yang bakal datang ke majlisnyananti.

"Iya. Aku tahu lah. Aku beli tudung ni khas tau untuk kau. Tudung baru ni." Kata Nina sambilmula melilit kepala Qaseh.

Nina sudah faham benar dengan Qaseh. Lagi pun Qaseh adalah teman sepermainannya. Rumahmereka pun tidak jauh. Memang sejak dahulu pemakaian Qaseh longgar dan menutup aurat.

"Okay! Done! Dah sedia nak keluar?"Kata Nina sambil melihat Qaseh dari atas ke bawah. Diasendiri berpuas hati dengan hasil kerjanya. Dia sangat cerewet tentang kerja. Selagi dia takberpuas hati, dia tak akan berhenti.

"Nina... Aku takut lah. Tengok ni. Tangan aku sejuk dah." Qaseh memegang tangan Nina."Relax. Tarik nafas dalam-dalam. Istighfar banyak-banyak. Selawat banyak-banyak. Insya-Allah,semuanya berjalan lancar. Yang penting, pilih cara duduk yang kau selesa. Jangan bersila sudahlah. Jangan jadi macam aku dulu. Sampai kebas kaki aku, feel nak nikah pun ke laut. Akhirnya,suami aku yang menangis masa tu. Bukan aku. Selalu perempuan yang menangis. Dah takpasal-pasal orang cakap aku kahwin sebab terpaksa." Kata Nina teringat saat majlis akad nikahnya beberapa tahun lepas.

"Oh... Aku ada dengar juga cerita kau tu. Aku ingatkan betul. Mulut orang kan." Kata Qasehpula. Dia sudah sedikit tenang berbanding tadi.

"Kau pun percaya gosip murahan ke? Mak cik bawang mana entah yang sebarkan. Dah, jom lah.Marah pula ibu kau nanti." Nina membuka pintu bilik dan memberi laluan untuk Qaseh.

Suasana sangat meriah. Dengan gelak tawa tetamu yang hadir dan kanak-kanak seronok bermainkejar mengejar. Pelamin yang di hias bertema kan konsep floral berwarna pastel yang sangatcantik.Tak sia-sia dia bertekak dengan Iman untuk memilih warna pastel kegemarannya.

Ada ke patutIman meminta warna hitam dan bunga berwarna merah menjadi tema pelamin kami? Dia ingatblack mental ke? Tak sesuai langsung. Tapi, biasa lah. Selalunya memang perempuan yang akanmenang kalau bab membuat pilihan ni.

"Eh! Anak siapa tu? Jangan main kat sini. Pengantin belum rasmikan lagi. Nanti jatuh pulabunga telur tu. Duduk diam-diam. Tengok tu, pengantin perempuan baru keluar. Cantik kan?"Kata salah seorang makcik yang duduk menantikan majlis akad nikah sebentar lagi.

Kanak-kanak tersebut hanya melihat aku sekilas dan mengangguk, kemudian pergi bermainsemula diluar rumah.

"Qaseh, kau duduk sini. Duduk elok-elok." Kata Nina menepuk bantal pengantin di sebelahnya.Para tetamu semakin lama, semakin ramai yang hadir.

Biasalah, selalunya orang menantikan saatakad nikah kerana tentu ada yang lucu. Mudah-mudahan semua berjalan lancar dan tiada apayang memalukan akan terjadi. Kalau tidak, malu tujuh keturunan.

"Pengantin lelaki dah sampai!!" jerit kanak-kanak diluar sambil berlari masuk ke dalam.

Semuakelam kabut mengambil tempat di ruang tamu. Puan Idayu pula mengambil tempat di sebelahanaknya,Qaseh. Dia menggenggam erat tangan anaknya. Sejuk.

"Sejuknya tangan anak ibu ni?" Kata Puan Idayu sedikit berbisik.

"Takut." Jawab Qaseh sepatah.

"Tak apa, ibu ada teman kakak." Kata Puan Idayu sambil tersenyum meyakinkan anaknya. Qasehhanya mengangguk.'Tak apa Qaseh. Ibu ada. Sedih lah pula. Lepas ni, kena pindah duduk jauh dari ibu ayah.'

"Qaseh!" Rina melambai-lambai tangan ke arah Qaseh.

"Sini-sini..." Qaseh melambai kembali meminta Rina datang ke arahnya. Segera Rina datangdan duduk di sebelah Puan Idayu.

"Lambatnya kau datang?""Aku sampai sebelum kau nikah, kira cepat lah ni."

"Assalamualaikum..." Iman memberi salam sambil melangkah masuk ke dalam rumah milikorang tua Qaseh.

"Wei.. Handsome! Untunglah kau..." Kata Rina sambil berbisik. Rina tengok pun sudahterpegun, lagikan Qaseh. Speechless!

'Ya Allah... Indahnya ciptaan Mu.. Sebelum ni pun memang handsome, tapi ni double triplehandsome! Huh... Macam nak pengsan!

"Wei.. Kau okay tak? Kenapa lembik semacam ni? Kalau nak pengsan pun, bukan sekarang.Tahan. Tahan. Sekejap. Nah!" Kata Rina sambil membuka penutup botol air mineral yang dia taksengaja terbawa masuk ke dalam rumah.

Qaseh mencapai botol air mineral lalu di teguk perlahan. Baru boleh bernafas sedikit. Susah jugaada darah gemuruh ni. Time macam ni pun boleh rasa nak pengsan.

Semua rombong dari pihak lelaki sudah duduk mengelilingi mereka. Tok kadi pun sudah sampai.Tanpa membuang masa Tok kadi mula membacakan khutbah nikah.Iman memandang sekilas bakal isterinya di sebelah, cantik! Make up yang tidak terlalu tebal,menampakkan kecantikan asli yang sudah sedia ada di wajah Qaseh.

"Okay, nampaknya pengantin lelaki dah tak sabar nak menikah. Dari tadi asyik menjelingpengantin perempuan saja. Sabar ya, mari mulakan." Kata-kata Tok kadi di sambut oleh gelaktawa tetamu yang hadir. Pengantin pula sudah tersenyum tersipu malu.

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Qaseh Maisarah binti Zaid, dengan berwalikan aku, denganmas kahwinnya sebanyak satu ratus ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Qaseh Maisarah binti Zaid dengan mas kahwinnya sebanyak saturatus ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah.." Para tetamu dan semua yang ada mengucapkan syukur kerana pasanganpengantin telah pun selesai diijab kabulkan dengan sekali lafaz sahaja.

Maka pasangan lelaki dan perempuan membacakan lafaz taklik pula. Qaseh melihat mata Imanmula berkaca semasa membacakan lafaz tersebut.

'Allah.. Menangis pula dia ni. Kaki aku dah kebas ni. Cepat lah sikit. Ada juga aku bersilasekejap lagi. Nampaknya, aku akan mengulangi peristiwa yang sama seperti Nina.'

Selepas Iman selesai membaca lafaz taklik, kini giliran Qaseh pula. Dia membaca laju lafaztersebut tanpa rasa sebak pun. Bukan dia tak menghayati, tapi rasa kebas pada kakinya melebihisegalanya.

Tiba pula majlis pembatalan air sembahyang. Qaseh takut-takut mahu bersalam dengansuaminya saat ini. Iman dapat merasakan tangan isterinya kini sedikit menggigil. Dia hanyamampu tersenyum dengan menggenggam kemas tangan Qaseh yang sudah sah menjadi isterinya.

"Senyum sikit Qaseh! Suami tu, dapat pahala lebih kalau kamu senyum." Kata salah seorangmakcik di situ. Para tetamu mula menyakat mereka. Mereka hanya mampu tersenyum menahanmalu.

"Cium dahi isteri tu lama sikit, nak ambil gambar." Kata jurugambar tersebut.

'Cium dahi? Aduh. Segannya aku.' Tanpa sedar, bibir Iman sudah berada di dahinya.Terkejut diadibuatnya. Dia terpaku tanpa suara. Hanya akur dengan arahan jurugambar tersebut.

"Assalamualaikum bidadariku." Kata Iman sedikit berbisik sebelum mengangkat kepala darimencium dahi Qaseh.Qaseh terpegun mendengar ayat-ayat manis tersebut. Dia seperti berada di ke awang-awangan.

"Apa di tenung lama sangat suami tu? Nak tenung lama-lama tunggu malam nanti."Kata Makciktadi sengaja mengusik. Sekali lagi mereka ditertawakan oleh tetamu yang masih setia di situ.Qaseh tertunduk malu.

Selesai majlis akad nikah, Iman pulang ke rumah persinggahan sementara yang disediakan olehkeluarga Qaseh. Jam dua petang nanti barulah dia kembali lagi kesini untuk majlis makan damaipula.

"Qaseh. Wuuu.. Dah jadi isteri orang dah kawan aku ni. Tahniah beb!" Kata Rina sambilmemeluk Qaseh. Dia yang sebak melihat mereka disatukan tadi.

"Kenapa kau baca lafaz taklik tadi laju sangat? Tak suka ke dah nikah? Dah halal?" Soal Rinakehairanan.

"Kaki aku dah kebas tadi. Dah lari mood sedih aku." Jawab Qaseh sambil tertawa.

"Hemm.. kau ni. hampeh! kau jangan seronok sangat gelak. Ingat, malam nanti tidur dahberteman tau. Aauumm!!" Kata Rina saja mengusik.

"Kau jangan... Ada kang aku pengsan malam nanti."

"Ke nak aku teman tidur sekali?" Rina mengusik.

"Kau gila ke??" Membutang mata Qaseh mendengarnya. Rina sudah tertawa terbahak-bahakmelihat mata Qaseh membulat.

Tok! Tok!

Rina membuka pintu bilik Qaseh.

"Hai.. Kita orang nak tengok pengantin perempuan dengan nak bagi hadiah ni." Kata Efa.

"Oh.. Masuklah. pengantin belum salin baju lagi." Rina mempersilakan mereka masuk ke dalambilik.

"Tahniah Cik...Qaseh??!" Ucap Efa separuh menjerit. Fara dan Siti turut terkejut melihat Qasehyang masih lengkap berpakaian gaun pengantin.

"Kenapa kau tak beritahu kita orang?" Soal Fara pula. Siti pula sudah menayang wajahmenyampahnya.

"Surprise!!" kata Qaseh pula. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Ini sahaja perkataan yangakan menyelamatkannya.

"Patutlah aku telefon kau tak dapat-dapat. Rupa-rupanya tengah menikah." Kata Fara lagi. Qasehhanya tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya.

"Anyway, thanks sebab datang.""Kita orang datang sebab Encik Fidaiy yang kahwin. Kalau tahu kau lah pengantinperempuannya, memang aku tak datang. Kau orang lama lagi ke? Aku makan dulu lah." KataSiti lalu keluar dari biliknya.

"Ish! Kau jangan ambil hati dengan dia tau. Dia sakit hati lah tu tak dapat pikat bos kita. Kausiap-siap lah. Kita orang makan dulu." Kata Efa sambil memeluk Qaseh. Fara juga melakukanperkara yang sama. Qaseh hanya mengangguk.

'Sampai hati Kak Siti. Sampai aku dah kahwin pun dia masih tak suka kat aku. Apa lah masalahdia ni?'

Majlis makan damai berjalan dengan lancar. Ramai tetamu dan kenalan terdekat yang hadir,sampai lenguh kaki dibuatnya. Semuanya mengucapkan tahniah. Penat juga jadi pengantin ni.

Malam itu..

"Kakak. Iman. Basuh periuk ni kat luar." kata puan Idayu.Seperti pengantin-pengantin yang lain, mereka juga tidak terlepas dari tugasan mencuciperiuk-periuk besar yang memang sengaja ditinggalkan untuk pengantin mencucinya.

"Kenapa lah dia orang tak basuh terus periuk ni eh? nak tunggu kita pula yang cuci."Kata Qasehmengeluh sambil menuangkan sabun cecair ke dalam mangkuk.

"Eh.. Puan Qaseh, tak baik macam tu. Dia orang dah bersusah payah tolong menjayakan majliskita ni. Apalah salahnya kalau cuci setakat beberapa periuk ni." Kata Iman pula. Qaseh hanyadiam mendengarnya.

Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh suaminya itu.Mereka mencucinya bersama-sama. Ada kalanya Iman sengaja merenjis air sabun ke arah Qaseh,sengaja dia ingin bergurau senda dengan isterinya. Qaseh juga membalas dengan perbuatan yangsama. Bibit bahagia mula dirasainya.

Selesai mencuci, Qaseh segera membersihkan dirinya. Dia merasakan sungguh penat danmengantuk. Lantas melangkah masuk ke bilik dan mengunci pintu.Iman baru sahaja masuk ke dalam setelah selesai membilas periuk-periuk tersebut. Diamenyuruh Qaseh masuk dahulu kerana kasihan melihat wajah Qaseh yang sudah jelas keletihan.

Tok! Tok!

Iman mengetuk pintu bilik beberapa kali. Tetapi Qaseh tidak membukanya.

'Isteri aku ni lupa ke dia dah ada suami? Bukalah pintu oi... Habis aku nak tidur mana ni?Aduh.. Qaseh.. Janganlah buat abang macam ni.'

"Iman. Kenapa?" Encik Zaid menegurnya dari belakang. Kebetulan dia hendak pergi ke dapuruntuk meminum air.

"Err... Qaseh tak buka pintu." Jawab Iman sambil mengusap belakang tengkuknya.

"Budak ni lupa agaknya. Memang kena tidur luar lah kamu nampak gayanya. Qaseh ni, kalautidur tak ingat dunia. Tidur mati. Nanti ayah ambilkan toto." Kata Encik Zaid. Iman hanyatersenyum.

'Tak apa Qaseh. Tunggu...'Iman tidur di ruang tamu beralaskan toto yang diberikan oleh bapa mentuanya. Tidak pernahdibuat orang pengantin lelaki tidur seorang pada malam pertama. Tidur kat ruang tamu pula tu.

"Morning ibu.." Qaseh memeluk ibunya dari belakang.

"Nyenyak kamu tidur?""Eh, mestilah nyenyak. Mengantuk betul malam tadi. Penat juga jadi pengantin ni kan? Eh?Pengantin?"

"Haa.. Pengantin. Kamu tahu suami kamu tidur mana malam tadi? Kenapa di kunci pintu bilik tu?" Kata Puan Idayu sambil memulas telinga anaknya.

"Aduh.. Ibu... Kakak betul-betul tak ingat. Habis dia tidur mana?"

"Kat depan tu hah! Pergi kejut. Kesian dia kena tidur kat luar." Kata Puan Idayu sambilmencekak pinggang.Qaseh berlari anak ke ruang tamu.

'Macam mana lah aku boleh lupa? Ya Allah. Kasihannya dia.Apa teruk sangat kau ni Qaseh? Kau dah kahwin lah!'

"Err.. Iman.. Bangun. Dah pagi ni. Solat." Qaseh menggoyangkan sedikit bahu bidang suaminya.

"Hemm.."Iman menggeliat kecil bagi merenggangkan tubuh badannya.

'Wow! Menggeliat pun seksi. Ish Qaseh.. Behave! Apa gatal sangat ni?'

"Nyenyak tidur malam tadi?" Kata Iman sambil tersenyum memandang wajah isterinya tanpasecalit solekan.

"Saya minta maaf. Saya mengantuk sangat sampai terlupa." Kata Qaseh sambil menggaru-garukepalanya yang tidak gatal. Dia merasa serba salah.

"Cantiknya isteri abang.."Kata Iman tanpa menghiraukan apa yang dikatakan Qaseh tadi.

"Hah?" Berkedip-kedip mata Qaseh. Terpaku dia dibuatnya.Merah wajahnya saat ini.

'Alahai.. Ni kalau hari-hari sweet macam ni, boleh masuk ICU aku.'

"Tak apa. Malam tadi abang tidur kat luar, malam ni..." Iman sengaja menggantung ayatnya.

Gulp..

"Ehem!" Encik Zaid berdehem menyedarkan mereka berdua.

"Err.. Boleh sambung drama tu nanti tak? Ibu dengan ayah dah lapar ni. Iman dah solat?" SoalPuan Idayu sambil tersenyum. Encik Zaid pula sedang menahan tawanya. Teringat pula sewaktumereka baru-baru kahwin dahulu.

"Haa dah. Lepas solat subuh tadi, Iman tidur semula." Jawab Iman menahan malu. Dia tidakperasan pula Ibu dan ayah mentuanya dari tadi disitu. Buat malu saja.

"Qaseh?"Kini giliran Qaseh pula.

"Kakak cuti." Jawab Qaseh sambil membuat peace dan dia memandang Iman sambilmengenyitkan matanya.

Cepat-cepat dia bangun menyertai ibu dan ayahnya di ruang makan.Membutang mata Iman.

'Cuti? haih.. Lambat lagi lah jawabnya.' Gumamnya dalam hati. Diaturut bangun untuk menyertai mereka.

Petang itu,mereka berangkat pulang ke rumah Iman.

"Wah... Besarnya rumah awak." Kata Qaseh teruja melihat sebuah rumah kondo di hadapannya.Kakinya laju melangkah masuk ke dalam rumah itu tanpa menunggu suaminya di belakang. Diaterlalu teruja.

Iman hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. 'Macam ni rupanya perangaiisteri aku.' Kata Iman di dalam hati sambil tertawa sendiri.

Sejak mereka memulakan perjalananke sini tadi, mulut Qaseh tidak henti-henti membebel kerana dia tidak mahu menginggah rumahibu bapanya dahulu. Bukan dia tak mahu, dia bercadang mahu pergi esok. Walaupun begitu, diamula merasakan bahagia dan kemanisan rumah tangga yang sudah bermula. Bagaimana Qasehsudi menerima dirinya, dia akan menerima Qaseh seikhlas hatinya dan hanya dia. Nur QasehMaisarah.


TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience