“Qaseh. Nanti awak tolong kumpulkan report yang perlu dihantar pada hari ini ya. Letak atas meja saya. Saya nak habiskan kelas awal pada hari ini. Ada hal penting yang saya perlu uruskan.” Kata Puan Lin sebaik saja dia melangkah masuk ke kelas.
‘Kenapa aku? Ya Allah.. Malasnya.. Sudah lah aku lapar, nak menapak ke pejabat pula nun jauh di sana.. Tapi apa kan daya…’
“Baik Puan.” Qaseh terpaksa akur.
Kelas Puan Lin agak membosan kan. 1jam terasa bagaikan satu hari.
“Okay, kelas dismiss. Sila hantar report kepada Qaseh Maisarah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam..” Bergema satu kelas dek suara kami.
Bertimbun-timbun report diatas meja Qaseh.
‘Banyak ni. Puan Lin ni pun satu. Dia tak nampak ke yang aku ni tak tinggi mana? Tak apa.. Apa gunanya kawan.’
“Haa.. Rina..”
“I’m so sorry beb. Aku ada date sekarang ni. Aku dah janji. Mungkir janji tu salah satu ciri-ciri orang munafik. Aku tak nak jadi munafik. Lain kali aku akan tolong kau. Bye Qaseh Maisarah ku..” Rina melangkah keluar dari kelas.
Tinggallah Qaseh terkebil-kebil seorang diri di dalam kelas.
‘Tak guna punya kawan. Kau guna perkataan munafik untuk lepaskan diri daripada aku ya? Kejam sungguh!’
Qaseh melangkah keluar kelas dengan membawa timbunan report. Begitu banyak kertas report sehingga hampir saja menutupi pandangannya. Pada ketika itu, ada tangan yang sudi membantu mengambil lebih dari separuh kertas-kertas tersebut.
‘Siapa pula yang baik hati sangat ni? Eh? Macam kenal lah bau minyak wangi ni.'
“Kesian awak.. Sampai tak nampak jalan. Meh, saya tolong bawa sikit ya..” Ammar menyapanya.
‘Ammar.. Patut lah macam kenal bau ni. Ya Allah.. Rasa macam nak pengsan pula. Sebelum ini, dia tak pernah tegur aku. Dia hanya bertegur sapa dengan Rina saja.’
“Eh.. Eh.. Awak okay tak ni? Kenapa macam nak jatuh saja awak jalan ni?” Ammar sudah cemas.
‘Jangan pengsan Qaseh! Jangan nak buat drama macam dalam novel pula. Tak kan dia nak angkat kau pula? Bukan muhrim.’
“ Okay.. Okay.. Terima Kasih.”
“Sama-sama Qaseh..” Ammar tersenyum saja sambil berjalan di sebelah Qaseh.
‘Macam abang dengan adik pula aku rasa. Maklum lah.. Dia tu tinggi. Aku ni.. Faham-faham saja lah..’
“Erm.. Saya nak tanya sikit boleh?” Ammar membuka bicara setelah diam buat seketika.
“Janji sikit aje?”Tanya Qaseh serious.
“Tak” Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Kemudian, ketawa bersama. Tidak tahu bahagian mana yang kelakar. Tapi terasa lucu pula dengan soalan dan jawapan masing-masing.
“Tanya lah.. Nak tanya apa?”
“Kenapa awak tak balas mesej saya semalam?”
‘Alamak.. menyesal aku benarkan dia bertanya. Tipu sunat boleh kan? Aku terdesak ni.’
“Saya tertidur.”
“Tapi saya nampak awak online kat whatsapp.”
‘Oh my god.. Can somebody help me? Please..’
“Saya tertidur sebelum keluar dari aplikasi tu.. Hehe..”
“Oh… Saya ingat awak tak sudi kawan dengan saya. Yelah.. Awak kan senior saya.”
‘Mana ada orang sanggup tolak kalau orang sekacak dia ni yang nak berkawan.’
“Tidak lah.. Saya yang patut cakap macam tu. Yelah, awak tengok diri awak dengan saya. Macam langit dengan bumi. Saya ni kecil aje. Awak ada rupa. Ramai yang nak berkawan dengan awak.” Qaseh menundukkan pandangannya. Teringat pula dia pada kata-kata penghinaan yang di lontarkan oleh emak si Fayyadh.
“Puji melambung awak ni. Saya biasa saja. Kita berpijak pada bumi yang sama. Memandang langit yang sama. Kita semua sama. Kita semua hamba Allah.”
‘Tudiaaaaa…. Macam kata-kata seorang ustaz pula. Calon suami mithali ni. Emak aku kata, kalau dapat orang macam ni, jangan kasi lepas. Hahaha.’
“Amboi.. Sejak bila ni..? Jangan lupa jemput saya nanti ya. Saya ada bau nasi minyak ni. Macam dekat saja dengan kau orang.” Kata Puan Nora.
‘Kenapa lah Puan Nora boleh lalu sini pula ya. Padahal pejabat dia di blok lain. Si Ammar ni pula dah kenapa tersengeh-sengeh?’
“Eh.. Puan.. Tak adalah.. Ammar tolong saya hantar report ni saja.”
“Iyalah tu.. Baik-baik ya jalan. Kalau berdua ni selalu ada yang ke tiga. Saya pergi dulu.” Qaseh dan Ammar menundukkan sedikit kepala sekadar tanda hormat kepada seorang Pensyarah.
‘Ada yang ketiga? Syaiton lah tu. Ya Allah.. Jauhi lah kami dari syaitan yang direjam.’
Sampai sahaja di meja Puan Lin, kami meletakkan kesemua kertas tersebut.
Ammar meminta izin untuk menghantar Qaseh pulang. Tetapi dia menolak.
‘Aku balik sorang pun tak apalah. Takut pula terhutang budi. Lagi pun, dia hanya ingin berkawan dengan aku. Lain lah kalau dia nak jadi penghuni hati aku forever kan..’
Share this novel