“ASSALAMUALAIKUM.” salam di beri sebelum melabuhkan punggung di tempat duduksebelah pemandu.
“Waalaikumussalam.” Jawab Fidaiy sambil tersenyum mesra.
Sudah lima minit berlalu. Kenderaan yang mereka naiki masih tidak bergerak. ‘Ya Allah… Dia ni kenapa dari tadi pandang-pandang aku? Tersenyum-senyum pula tu.’
“Err.. Encik kenapa? Kita memang nak duduk sini sampai pukul tujuh malam ke?” Qaseh membetulkan selendannya yang sudah terletak elok di kepala.
“Saya tunggu awak pakai seat belt.” jawab Fidaiy. Kemudian dia tersenyum lagi.
“Oh. Cakap lah. Saya ingatkan kenapa lah tadi.” Qaseh menarik seat belt di sebelahnya.
Fidaiy menghidupkan enjin kereta. Senyuman tadi tidak lekang di bibir merahnya. Dia tidak pernah nampak Qaseh memakai blouse labuh dengan selendang. Cantik! Kelihatan seperti wanita muslimah. Selalunya di taska, Qaseh hanya memakai baju T-shirt dan tudung sarung hitam saja. Itu yang membuatkan hatinya berbunga-bunga sewaktu melihat gadis ini duduk di luar kedai tadi. Hampir dia sendiri tidak mengenali Qaseh.
“Encik! Encik!” Qaseh mengetuk perlahan lengan Fidaiy menggunakan hujung telefon bimbitnya.
“Hah? ya?” tersedar dia dari lamunan.
“Kereta ni memang laju macam ni ke? Saya macam nak muntah dah ni?” Qaseh menutup mulutnya menahan loya. Dari tadi dia memanggil Fidaiy, tapi lelaki itu seperti tidak mendengar apa-apa.
Fidaiy segera memberhentikan kereta nya di bahu jalan. Kelam kabut dia mencari air di tempat duduk belakang.
“Nah! Sorry.” Fidaiy tergaru-garu kepalanya sambil memandang muka pucat gadis itu.. Rasa bersalah pula dia. Berangan tak ingat dunia, lupa pula dia sedang memandu.
“Err.. Awak okay ke?” Qaseh hanya mengangguk.
“Dah boleh gerak sekarang?” soal Fidaiy kembali. Qaseh menjatuh kan kepalanya sekali lagi. Fidaiy menghulurkan sebiji gula-gula berangin kepada Qaseh sebelum kembali meneruskan pemanduannya.
Laju betul bawa kereta. Tahu lah harini bawa kereta sport. Nak ke mana lah agaknya ni. Dah lah tak cakap nak ke mana. Eh, lantak lah. Aku pejam mata sekejap boleh kut ni.
“Awak…” tak jadi dia menghabiskan ayat, dia melihat mata Qaseh sudah tertutup rapat. Tersenyum dia melihat wajah polos gadis itu.
***
Nak kejutkan ke tak payah eh? Aduh.. Serba salah pula nak kejut. Hah! Aku tahu nak kejut macam mana. Fidaiy keluar dari kereta, lalu ditutup pintu kereta dengan agak kuat.
Tersedar terus gadis di sebelah nya. “ Eh? Dah sampai? Ya Allah.. Macam mana aku boleh tertidur ni? Nyenyak pula tu.” Dia melihat Fidaiy sudah mundar-mandir di luar, Cepat-cepat dia keluar dari kereta.
“Maaf Encik, saya tertidur. Lama ke saya tidur? Maaf. Maaf.”
“Lap air liur basi tu.” Fidaiy berjalan memasuki Taman Merdeka meninggalkan Qaseh yang terkebil-kebil.
Cepat-cepat Qaseh melihat pada cermin kereta. Ish! Tipu! Mana ada air liur basi! “Encik! Tunggu lah! Dah lah ajak orang teman.” dia berlari-lari anak mendapat kan Fidaiy.
Nak buat apa kat sini? Tak kan dia nak bersenam dengan pakai baju kemeja dia tu? Ahhh… Tu bukan masalahnya sekarang. Sekarang ni, masalahnya mana bos aku tu? Dia ajak aku teman pergi sini buat apa? Tenang kan fikiran ke? Ada masalah ke dia? Eee! Banyaknya tanda soal kat kepala aku ni.
Sambil dia bermonolog sendiri di dalam hati, dia memerhati setiap orang di taman itu. Pemandangannya terhenti pada satu sosok tubuh lelaki yang sangat dia kenali. Tanpa dia sedari, kakinya sudah mula mengorak langkah ke arah pemuda tersebut.
Apa Hafiz buat kat sini? Siapa perempuan sebelah dia tu? Mesra bukan main lagi. Kata sibuk sampai tak sempat nak mesej aku.
“Eh Qaseh?” terkejut Hafiz bukan kepalang, terus dia berdiri apabila Qaseh betul-betul berdiri di hadapannya.
“Ni ke yang busy sangat?” Qaseh merenung tepat pada bebola mata lelaki itu seperti mencari jawapan.
Fidaiy datang pada masa yang tepat dengan membawa aiskrim di ke dua-dua belah tangannya.
“Eh, mamat food panda pun ada kat sini? Buat apa? Dating ke?” selamba Fidaiy menyapa sambil memandang Hafiz dan perempuan itu silih berganti.
Qaseh merampas aiskrim pada tangan Fidaiy lalu menonyoh ke muka Hafiz. “Alhamdulillah, saya bersyukur sangat jumpa awak kat sini Hafiz. Allah kabulkan doa saya. Terima Kasih Hafiz. Jom Encik Fidaiy!” dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang melihat. Qaseh menonong jalan meninggalkan tiga orang manusia yang masih terkebil-kebil memandangnya. Lagi-lagi Hafiz, dia terkejut dengan tindakan berani gadis itu. Safa menghulur kan tisu kepada Hafiz, dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.
“Kau orang betul ke tengah dating? ” Fidaiy bertanya sebelum pergi. Safa hanya mengangguk, manakala Hafiz masih mengelap muka nya dengan tisu.
“Apa jenis jantan lah kau ni? Bagi harapan kat orang lain, keluar dengan orang lain. Apa masalah kau ni?! Kau ingat dia tu patung ke apa?!” Fidaiy masih mengawal suaranya. Dia pula yang sakit hati melihat keadaan Qaseh. Kalau dia di tempat Qaseh, bukan setakat aiskrim, penumbuk pun dia bagi sekali. Hafiz hanya menunduk. Rasa malu diperhatikan oleh orang sekeliling yang melihatnya.
Fidaiy berlari anak sambil mencari Qaseh. Puas dia mencari, akhirnya dia terlihat seorang gadis sedang duduk di sebalik pokok sambil menangis. Perlahan Fidaiy berjalan mendekati gadis itu.
“Are You okay? ” Fidaiy menghulur kan sebotol air mineral. Lambat-lambat Qaseh menyambutnya. Dia mengelap air matanya dengan hujung lengan baju.
“Maaf lah, saya tak ada tisu nak di hulur macam dalam drama tu.” saja Fidaiy berseloroh. Qaseh tersenyum mendengarnya.
Lawak bodoh apa bos aku cuba buat ni? Good try! “Saya minta maaf Encik, nanti saya ganti semula aiskrim tadi. Encik beli kat mana aiskrim tadi?”
“Eh, tak apa.Tak payah ganti. Saya memang belikan untuk awak. Saya punya, saya dah makan tadi. Hehe.”
“Terima kasih Encik.”
“Fidaiy.”
“Hah?”
“ Just Fidaiy. Kat luar tak perlu panggil Encik.” jawab Fidaiy sambil tersenyum. Qaseh hanya mengangguk. Dia tiada mood untuk bercakap banyak sekarang. Otak nya masih cuba memproses kejadian tadi. Macam mimpi pula bertemu Hafiz disini.
“Kalau awak sedih, rasa nak menangis, sila kan. I don’t mind. Saya tak tengok awak nangis. Saya akan pandang arah tasik tu aje.”
Qaseh tersenyum. “Air mata saya dah kering lah. Awak ajak saya datang sini ada apa sebenarnya?” dia memandang wajah kacak lelaki di sebelahnya.
“Saja. Saya tengok muka awak macam ada masalah. Saya saja ajak datang sini, saya pun boleh tenang kan fikiran sekali.”
“Terima Kasih, Fidaiy. Kalau tak datang sini, saya tak akan tahu perangai Hafiz tu.” Qaseh memberi senyuman ikhlas.
“No biggies. Jadi kan ini satu pengajaran dalam hidup awak. Luaran baik, dalaman kita tak tahu. Buah yang cantik, tidak semestinya tiada ulat di dalamnya. Hati manusia ni sifatnya berbolak balik. Pegang satu nama, simpanlah di dalam setiap doa awak. Kalau dah jodoh, tak akan ke mana. Jodoh pasti bertemu. Faham?”
“Faham. Terima kasih.” jawab Qaseh sambil mengangguk. Rasa seperti sudah hilang beban di kepalanya setelah mendengar kata-kata Fidaiy.
“Okay, dah faham kan? Jom pergi makan. Saya lapar. Awak tak lapar ke lepas menangis?” Fidaiy sudah berdiri menghadap Qaseh sambil menyeluk kocek seluarnya.
“Awak pernah menangis ke?” Qaseh turut bangun menghadap lelaki itu.
“Semua orang pernah menangis.” jawab Fidaiy sambil berjalan.
Entah kenapa aku rasa macam ada seorang abang pula. Best agaknya kalau ada abang, tak apa lah. Fidaiy pun dah cukup. Eh? Fidaiy? Abang? Jangan nak abang sangat lah, jadi abang lain kang baru tahu.
***
Suasana di Bazar Karat sangat sesak seperti biasa. Selepas saja makan dan solat, Fidaiy membawa aku terus ke sini. Katanya sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sini.
“Eh! awak dah beritahu ibu ayah awak ke nak keluar dengan saya ni?” soal Fidaiy setibanya mereka di sini.
Dah setengah hari dengan aku ke hulu hilir, baru teringat nak tanya ke macam mana?
“Kita dah keluar lama, baru nak tanya?”
“Baru teringat. Hehehe”
“Sudah. Ibu saya kata jaga anak dara orang elok-elok.”
“Mesti lah, nak buat jadi isteri kut.” kata Fidaiy berbisik sambil membuka pintu kereta.
Isteri? Eh? Aku salah dengar ke ni? Biar betul dia ni?
“Hah?”
“Hah? Apa? Tak nak keluar ke? Jom lah.”
Aku rasa aku tak salah dengar lah tadi. Isteri kan dia sebut tadi? Isteri siapa? Suka cakap seorang tau! Kalau nak cakap seorang, lain kali cakap dalam hati. Ish!
Aku mengikuti gerak kaki Fidaiy dari belakang. Maklumlah, ramai orang. Takut mamat ni hilang dari radar pula nanti. Aku bukan tahu sangat pun jalan ni, nanti sesat macam mana. Dia ni pun satu, jalan bukan main lagi laju. Nak marathon ke apa?
“Qaseh, bawa sini beg awak tu.” tiba-tiba saja Fidaiy berhenti. Hampir saja Qaseh terlanggar tubuh tegap lelaki itu.
“Nak buat apa?”
“Saya nak pakai. Nanti awak boleh pegang tali beg ni. Saya takut awak hilang pula nanti. Sini ramai orang, bahaya.” serta-merta Qaseh memberi beg sling nya.
Takut juga dia kalau aku hilang ya? Ya Allah… Caring sungguh Fidaiy ni! Ini kalau ibu tahu, mahu nya dia masukkan mamat ni dalam senarai bakal menantu pilihan. Bukan aku tak tahu, ibu siap ada satu buku khas untuk calon menantu pilihan dia.
***
Rama-rama hinggap di tengah taman,
Langit nan biru ditakluk awan,
Senangnya bila berdua-duaan,
Saat berjauh rindu-rinduan…
Bunyi telefon bimbit Qaseh membuat semua terkejut.
“Ish! Terkejut aku, dah lah tengah layan cerita hantu ni. Angkat cepat, bising.” kata Efa.
“Yela…. Maaf, maaf.” Qaseh bangun membawa telefon nya ke bilik.
“Hello, assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Qaseh! Rindunya kat kau. Lama tak call kan?” Rina bersuara di hujung talian.
“Rina!!! Yela, kau kan sibuk. Tak dan lah nak call aku.”
“Ala-ala.. Merajuk ke tu? Kau apa cerita? Ada gosip baru tak? Pakwe baru macam mana?”
“Hem.. Macam mana lagi, macam tu lah. Petang tadi aku nampak dia dengan perempuan lain tengah dating tahu tak? Nasib baik bos aku ajak teman dia pergi situ, kalau tidak, kena tipu aje lah dengan mamat tu. Tak guna betul lah!”
“Iyakah? Sabar-sabar. Senang cerita, kau kahwin aje lah dengan bos kau. Habis cerita! Bahagia dunia dan akhirat, in shaa Allah. Aamiin.”
Wah! Minah ni punya idea, boleh tahan bernas. Tapi, aku dengan Fidaiy tu macam langit dengan bumi. Dia pandang aku pun tidak agaknya.
“Banyak lah kau! Tak nak lah aku. Tak setaraf lah. Kau tengok lah dia pakai kereta apa. Pergi taman pun bawak kereta Polo tau! Aku ni? Habuk pun tak ada. Hahaha.”
“Kau minat tak kat dia? Tak kan lah sikit pun tak ada kut.”
“Minat tu, tak ada lah sangat. Tapi, dia tu kadang-kadang caring , manis aje aku tengok.”
“Tak ada lah sangat? Tapi sikit ada lah kan? Hahaha. Eh! Lupa pula aku. Aku ada hajat ni.” kata Rina serious .
“Hajat apa pula kau ni? Jangan macam-macam.”
“Kau ingat tak kawan kita Iman dulu? Ala masa kita kecil-kecil dulu tu.” jawab Rina beriya.
“Iman yang pendiam tu ke? Yang main pondok-pondok dengan kita tu ke? Yang pindah Johor tu ke? Kenapa?” soal Qaseh bertubi-tubi.
“Hah! Iya.. Iya.. Ingat pun. Tak ada apa. Dia minta nombor kau. Aku tak sangka Lukman satu sekolah dengan dia.”
“Lah… Kecil nya dunia. Bagi saja lah, kawan kita kan.”
“Betul eh? Nanti aku bagi nombor kau kat dia. Okay lah, esok kau nak kerja kan? Selamat malam beb! Assalamualaikum.”
“Okay, selamat malam. Waalaikumussalam.”Qaseh matikan panggilan.
Ingatkan apa lah sampai berhajat bagai. Minta izin bagi nombor rupanya. Iman? Ingat pula dia kat aku eh.
Share this novel