Qaseh membelek jam tangan berwarna rose gold, hadiah pemberian Fidaiy. Cantik. Pandai dia pilih. Dia tertanya-tanya apa isi pada kotak merah itu.
'Ish! Tak boleh. Tak boleh. Amanah orang ni!' Qaseh menyimpan kembali kotak merah itu ke dalam luggage. 'Kalau hilang ni, mati aku. Kena pecat agaknya.'
"Wah! Cantiknya!" Fara membelek jam yang terletak kemas pada tangan Qaseh.
"Cantik kan? Masa birthday kau orang, Encik Fidaiy bagi hadiah apa?" Teringin juga dia nak tahu apa antara hadiah yang lelaki itu berikan kepada pekerja di sini.
"Encik Fidaiy? Bagi hadiah? Birthday aku?"
"Iya.... Bos kita tu. Dia bagi kau orang hadiah apa?"
Berkerut dahi Fara. Hampir bercantum keningnya. "Dia tak pernah bagi kita orang hadiah. Bagi bonus gaji adalah." Jawab Fara sedikit pelik.
Laju saja Efa datang memegang tangan Qaseh. Dia juga turut membelek jam itu.
"Brand Coach! Encik Fidaiy bagi kau ni? Seriously?" Laju Qaseh mengangguk.
"Aku ingat kan dia memang akan bagi hadiah pada hari lahir pekerja kat sini." Jelas Qaseh.
"Aku rasa bos kita tu syok kat kau lah. Aku berani kerat jari lah!" Kata Efa.
"Aku pun rasa macam tu. Kalau tidak, tak kan kau seorang saja yang dapat hadiah? Masuk akal juga kalau dia suka kat kau pun." Kata fara pula.
"Eh? Masuk akal kenapa pula? Kalau dia suka kau pun masuk akal juga kan?" Kata Qaseh.
'Iyalah, kalau dia suka orang lain pun, masuk akal juga. Apa lah si Fara ni.'
"Tak. Tak. Aku dengan Efa dah ada boyfriend, Siti pula sudah bertunang dengan Encik Polis, ayahnya Zara tu. Kau seorang saja yang single and available." Kata Fara, lalu mereka mengangguk serentak.
"Sekejap. Siti? Dengan ayah Zara? Ayah Zara tu duda anak satu? Siti bertunang dengan duda?" Kata Qaseh sedikit berbisik. Takut nanti Siti terdengar perbualan mereka. Terkejut juga dia. Tak sangka... Siti yang berlagak tu, taste dia seorang duda. Dia ada ternampak Encik Fidaiy berborak dengan seorang anggota polis siang tadi.
Sekali lagi Fara dan Efa mengangguk serentak.
"Eh.. Tapi aku single but not available lah. Aku ada Hafiz." Kata Qaseh sambil tersenyum.
"Mamat food panda tu?!" Kata Fara dan Efa serentak.
"Iya. Teman tapi mesra." Qaseh menjulingkan matanya ke atas sambil tersenyum.
"Baik kau pilih bos kita. Duit berkepuk. Tujuh keturunan tak habis makan." Kata Efa.
'Pandai-pandai saja Efa ni. Aku rasa, tak sampai tujuh keturunan dah habis terus harta orang tua tu. Barang sekarang semuanya mahal kut.'
"Aku tak pandang harta." Jawab Qaseh selamba.
"Memang lah. Tapi kalau dengan Encik Fidaiy, terjamin sikit masa hadapan kau. Iya lah, berapa banyak taska yang dia handle. Puan Ainon bukan ada anak lain pun. Suami pun dah tak ada." Kata Efa lagi.
'Nampak nya kau orang tak tahu lah bos kita tu hanya anak angkat. Hemm.. Banyak rahsia mamat ni dalam pocket aku."
"Ala.. Hafiz tu kerja akauntan lah. Food panda tu kerja sambilan saja." Jawab Qaseh. Dia sendiri terkejut dengan pengakuan Hafiz tempoh hari sewaktu Hafiz menghantar makanan.
***
"Err.. Awak, awak dah lama ke kerja macam ni?" Takut-takut Qaseh bertanya. Takut pula kalau lelaki itu terasa hati.
"Macam ni? Food panda ni ke?" Kata Hafiz.Qaseh menjatuhkan kepala.
"Disebabkan awak dah bertanya, saya jujur saja lah ya." Qaseh mengangguk lagi.
"Sebenarnya, saya seorang akauntan." Jawab Hafiz sambil tersenyum. Terlopong mulut Qaseh mendengarnya.
"Habis tu, kenapa susah-susah nak kerja sambilan pula?" Soal Qaseh. Terkejut dia, tak sangka Hafiz Amsyar ini seorang yang berpendidikan tinggi. Macam tak percaya.
"Mana ada susah. Hantar makanan saja. Kan senang." Kata Hafiz sambil tertawa apabila melihat riak wajah Qaseh yang tidak puas hati dengan jawapannya itu.
"Saya ada satu rahsia. Dan saya harap awak tak marah lah." Kata Hafiz. Qaseh menunggu jawapan penuh debaran.
'Rahsia apa pula ni? Ish! Ini yang tak senang duduk.'
"Sebenarnya, saya ada dah tahu tentang diri awak, nombor telefon awak, awak kerja di mana, rumah awak di mana, semua saya dah tahu."
'Dia ni mengintip aku ke? Semakin seram pula cerita ni.'
"Awak mengintip saya ke? Paparazzi ?"
"Bukan lah. Ingat tak Haneez? Kawan sekelas awak semasa di kolej? Saya kenal awak melalui dia lah." Jawab Hafiz sambil tertawa. Tak sangka, paparazzi pula yang Qaseh fikirkan.
'Dia tipu aku ke? Haneez tu tak rapat dengan aku pun. Suka hati aja bagi maklumat tentang diri aku.'
"Dah. Dah. Tak payah nak sakit kan kepala. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Saya nak jadi orang pertama yang datang meminang awak." Kata Hafiz apabila melihat Qaseh yang sudah kebingungan.
'Bila dengar saja perkataan meminang tu, terus tak jadi nak marah. Gatal nya kau Qaseh!'
"Bila?" Selamba Qaseh bertanya.
"Bukan sekarang. Nanti lah. Kita berkawan dulu ya." Jawab Hafiz ragu-ragu.
***
"Lah... Iya ke? Kira duit berkepuk juga lah ya si Hafiz tu. Kira jadi saja lah. Bila dia nak datang meminang?"Fara bertanya tidak sabar. Qaseh hanya menjongketkan bahunya saja. Dia pun tidak tahu waktunya.
"Untung lah kau. Baru saja kenal, Hafiz dah sebut tentang meminang. Aku ni, kawan daripada sekolah. Sampai sekarang, hem... Aku pun tak tahu jadi ke tidak." Kata Fara lagi. Bila dia hendak membuka topik tentang perkahwinan, ada saja alasan lelaki itu.
"Doa yang baik-baik. Aku ni pun tak tahu lagi jadi ke tidak. Kita doa sama-sama ya, semoga Allah hadir kan jodoh yang baik-baik untuk kita, Aamiin." Kata Qaseh sambil mengangkat tangan ke muka. Fara dan Efa juga turut mengamiin kan doa itu tadi.
Share this novel