BAB 29

Romance Series 1299

Iman : Assalamualaikum, Mai. Busy tak?

Pagi-pagi lagi Qaseh sudah menerima mesej dari teman tapi mesranya, Iman.

Qaseh : Waalaikumussalam. Tak, kenapa ya?

Iman : Saya ada hajat ni. Saya harap awak bersetuju lah.

Terus terduduk Qaseh selepas membaca mesej tersebut. ‘Hajat apa pula lah mamat ni? Pagi-pagi lagi dah ada hajat. Aku ni dari tadi nak buat apa pun malas.’

Qaseh : Hajat apa? Macam serious aje bunyi nya.

Iman : Kalau boleh, saya nak serius dalam perhubungan kita. Boleh saya datang ke rumah ibu bapa awak?

‘Eh??!! Sekejap! Nak serius dalam perhubungan? Maksudnya? Dia suka aku? Dia suka aku ke? Dia nak kahwin dengan aku? Tak kan lah!’

Qaseh : Maksud Iman apa?

Iman : Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya. Kalau boleh, saya nak jumpa ibu bapa awak dahulu. Saya nak minta izin.

“Ibu!!!! Ibu!!!” Qaseh berlari anak mendapatkan ibunya.

“Hei! Apa kamu ni? Terjerit-jerit. Apa dia?” kata Puan Idayu sambil memperlahankan volume di televisyen.

“Ibu tengok mesej Iman ni. Betul ke dia ajak kakak kahwin? Kakak takut salah baca.” Kata Qaseh sambil menghulurkan telefon bimbitnya. Cepat-cepat Puan Idayu melihat mesej tersebut.

“Ada orang ajak anak ibu kahwinlah….. Iman ni siapa?” soal Puan Idayu sambil tersenyum.

“Kawan kakak masa sekolah rendah dulu. Baru saja berhubung semula. Macam mana ni ibu? Nak jawab apa?” soal Qaseh semula sambil ke hulu hilir di hadapan ibunya.

“Duduk diam-diam boleh tak kakak? Pening kepala ibu. Kamu suka ke tidak dengan Iman ni? Kalau suka, biarlah dia nak datang sini. Ibu nak tengok juga orangnya macam mana. Pernah jumpa dia tak?”

“Kakak tak tahu suka ke tak…. Tak pernah jumpa. Ibu bagi ke dia nak datang sini?” Soal Qaseh lagi.

“Bagilah. Nanti ibu bincang dengan ayah nak masak apa.” Qaseh hanya mengangguk mendengar kata ibunya.

Qaseh : Okay, nak datang bila?

Tak sampai beberapa minit, mesej berbalas.

Iman : Hari ini. Boleh bagi lokasi rumah awak?

“Ibu… Dia nak datang hari ni.” Kata Qaseh. Membulat mata Puan Idayu.

“Apa gelojoh sangat bakal suami kamu tu? Cepat tolak kerusi roda ni. Ibu nak beritahu ayah.” Qaseh menolak kerusi roda itu ke ruang dapur.

“Encik Zaid……. Awak nak ke mana tu? Hari ni cuti kan?” kata Puan Idayu setelah melihat suaminya sudah bersiap hendak keluar.

“Saya nak pergi memancing sekejap. Sekejap saja.” Jawab Encik Zaid sambil tersenyum.

“Tak payah lah. Awak pergi kedai beli apa yang patut. Bakal menantu awak nak datang hari ni.” Kata Puan Idayu lagi. Encik Zaid memandang Qaseh dan isterinya silih berganti.

“Siapa yang nak kahwin?” soal Encik Zaid masih tidak faham. Setahu dia, Qaseh tidak ada kekasih hati.

“Qaseh lah…. Tak kan saya pula.” Kata Puan Idayu. Qaseh sudah tertawa melihat ayahnya sudah menjulingkan mata.

“Yalah-yalah.” Encik Zaid letakkan semula batang pancingnya ke atas kerusi panjang di belakang rumah. Dia pergi ke kedai seperti yang dipinta oleh isterinya.

Oleh kerana keadaan kaki Puan Idayu masih belum sembuh, terpaksalah Qaseh berperang di dapur hari ini. Manakala Puan Idayu hanya menolong memotong bahan-bahan yang diperlukan. Menu nya hari ini adalah ikan siakap masak tiga rasa.

“Ikan siakap masak tiga rasa, siap!” Kata Qaseh dengan suara yang agak kuat. Puan Idayu hanya tertawa melihat telatah anaknya.

“Bukanlah. Ikan siakap masak tiga rasa untuk bakal suami.” Kata Puan Idayu. Saja dia mengusik anaknya.

“Ibu!....” Kata Qaseh. Wajahnya sudah merona merah. Malu pula rasanya. Dia tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan Iman nanti. Sudah bertahun-tahun mereka terpisah. Wajah Iman pun dia tak tahu. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk meminta gambar lelaki itu.

Hidangan telah pun tersedia. Tinggal tunggu bakal suaminya datang saja. Eh?! Gatal!

“Assalamualaikum.” Terdengar suara wanita memberi salam dari luar rumahnya.

“Waalaikumussalam. Masuk lah.” Jawab Encik Zaid sambil memperlawa para tetamu untuk masuk ke dalam rumah.

Qaseh sedang membancuh air di dapur. Gementar pula rasanya. Bertambah-tambah rasa takutnya apabila mendengar suara seorang lelaki dan wanita.

‘Iman ni, tak beritahu pun nak datang sekali dengan ibu bapa dia. Nasib baik lah aku pakai baju muslimah hari ini.’ Qaseh membawa dulang berisi cawan dan teko ke ruang tamu untuk dihidangkan kepada tetamu.

“Haa.. Itu lah anak saya, Nur Qaseh Maisarah.” Kata Encik Zaid sebaik saja melihat Qaseh. Qaseh tersenyum mesra dan bersalaman dengan wanita di hadapannya. Senyumnya mati apabila melihat lelaki di sebelah wanita itu.

“Eh?! Encik Fidaiy???” Terkejut Qaseh melihat majikannya. Membulat matanya saat ini. Sepatutnya Iman yang datang, bukan Fidaiy. Macam mana boleh jadi macam ni pula? Berbagai persoalan di kepalanya saat ini.

“Saya nak bercakap sekejap dengan awak boleh?” soal Fidaiy sambil tersenyum. Dia tahu gadis itu sungguh terkejut akan kehadirannya. Fidaiy memandang Puan Idayu dan Encik Zaid silih berganti untuk meminta izin. Kedua-duanya mengangguk tanda setuju.

Qaseh memandang muka Fidaiy tidak berkedip. Fidaiy pula takut-takut mahu bersuara seperti bakal di baham oleh sang harimau.

“Encik nak cakap apa? Saya tak faham lah. Saya tunggu orang lain, kenapa orang lain yang datang?” kata Qaseh tegas sambil mencekak pinggang.

“Nama saya, Muhammad Nur Iman Fidaiy. Iman dan Fidaiy adalah orang yang sama. Tapi, awak jangan salah faham. Saya…” Kata Fidaiy tenang. Belum sempat dia menghabiskan bicaranya, Qaseh sudah memotong.

“Salah faham apa? Encik nk main-main kan saya ke?” soal Qaseh lagi. Matanya sudah berkaca. Dia tidak menyangka akan diperlakukan sebegini. Dia juga tidak pernah tahu nama penuhnya.

“Bukan macam tu. Saya tak main-main kan awak. Kalau saya nak main-main kan awak, saya tak akan datang ke sini berjumpa kedua ibu ayah awak. Eh, tapi bukan salah saya seorang.” Jawab Fidaiy tidak mahu mengalah.

“Habis tu, salah saya? Saya tak tahu apa-apa pun.”Kata Qaseh. Panas pula hatinya bila dipersalahkan.

“Salah saya sebab tak berterus terang sebelum ini. Awak pun salah sebab tak pernah nak tengok gambar saya. Saya dah banyak kali bagi petunjuk tapi awak buat tak tahu aje.” Terang Fidaiy lagi.

“Petunjuk apa?!” soal Qaseh lagi mahukan kepastian. Memang benar dia tidak pernah meminta gambar Iman. Tetapi, dia tidak pernah menyedari petunjuk dari lelaki itu.

“Saya panggil awak Mai.”

“Eleh. Lagi?”

“Itu aje lah.”

“Itu awak kata petunjuk Iman Fidaiy???” Qaseh membulatkan matanya sambil mencekak pinggang. Fidaiy menggaru-garu kepalanya sambil mencari idea.

“Kalau saya beritahu saya ni Iman kawan awak, awak nak dekat saya? Awak suka pada Iman, belum tentu awak suka pada Fidaiy.” Kata Fidaiy lai sambil menundukkan wajahnya. Kalau gadis itu menolak pinangannya hari ini, dia terpaksa akur.

“Saya suka dua-dua. Jom lah masuk.” Jawab Qaseh selamba lalu berlalu untuk masuk ke dalam rumah. Tiada gunanya dia bertikam lidah dengan lelaki ini, sedangkan dia sangat selesa bila berhubung dengannya.

“Hah?! Nanti, nanti. Betul ke ni?” Fidaiy mencari kepastian. Qaseh hanya mengangguk sambil tersenyum. Fidaiy turut tersenyum melihat reaksi gadis ini.

“Mai. Terima kasih.” Kata Fidaiy lagi. Lalu mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

“Macam mana? On tak on?” Soal Encik Hamidi sebaik saja melihat anaknya melangkah masuk ke dalam rumah.

Fidaiy menunjukkan ibu jari ke arah ayahnya tanda setuju. Dalam masa yang sama, dia curi-curi pandang wajah ayu bakal isterinya.

“Alhamdulillah!” Kata Encik Hamidi dan isterinya, Puan Hamidah serentak. Puan Idayu dan Encik Zaid juga turut memanjatkan kesyukuran. Mereka juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa Fidaiy dan Iman adalah orang yang sama.

“Ini ada sebentuk cincin menandakan yang Qaseh telah pun diikat dengan tali pertunangan bersama anak Makcik Iman Fidaiy. Iman kata, cincin merisik dia telah berikan kepada Qaseh.” Kata Puan Hamidah sambil menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Qaseh.

Qaseh memandang Iman meminta penjelasan. ‘ Bila masa mamat ni bagi aku cincin? Eh? Kotak merah. Kotak merah yang dia minta aku simpankan tu ke?’

“Awak bawa tak kotak merah yang saya minta awak simpankan tu?” soal Iman. Betul sangkaan Qaseh. Dia masuk ke bilik untuk mencari kotak tersebut.

Dia memang menyimpan kotak tersebut di dalam beg tangan nya. Setelah jumpa, Qaseh membuka kotak tersebut. Ada sebentuk cincin permata bersama sekeping kad kecil. Qaseh membaca tulisan yang tertera pada kad tersebut.

‘Will You marry me my dear, Nur Qaseh Maisarah? Oh my God! So, sweet!’ Dia tersenyum sendiri. Dia tidak menyangka selama ini dia bukan menyimpan kotak merah ini untuk Fidaiy, tetapi untuk dirinya sendiri.

Dia menyarungkan cincin tersebut di jari lalu kembali ke ruang tamu dan menunjukkan jarinya ke arah Iman. Iman tersenyum lega. Satu langkah lagi Qaseh bakal menjadi isterinya, Alhamdulillah.

“Jemputlah makan, Qaseh yang masak ni. Bersungguh-sungguh tadi dia berperang di dapur.” Encik Zaid menjemput bakal menantu dan bakal besannya untuk makan bersama.

“Ya Allah. Susah-susah aje. Terima kasih.” Kata Encik Hamidi pula. Puan Hamidah dan Iman mengikuti langkah Encik Hamidi ke dapur. Manakala Qaseh sibuk menghidangkan makanan di dapur dan ditemani oleh ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience