Bip! Bip!
Bunyi mesej mengejutkan Qaseh dari lenanya yang panjang. ‘Ya Allah.. Dah pagi rupanya. Budak-budak ni pun bukan reti nak kejutkan aku. Nasib baik aku cuti hari ni. Cuti dari segala-galanya. Cuti kerja,cuti solat.’
Lambat-lambat dia mencapai telefon bimbitnya. “Siapa aja lah yang mesej aku pagi-pagi ni.” Qaseh membuka aplikasi whatsapp di telefon. Dan tertera nama.. “Ammar?!”
Ammar : Waalaikumussalam. Sihat. Kerja ok.
‘ Mak ai… Kau dah lah balas mesej lambat. Boleh pula kau jawab sepatah-sepatah ya? Tak apa Qaseh, sabar.’
Qaseh : Awak busy kerja ke?
Ammar : Tak pun.
‘Tak pun???! Tapi tak ada masa nak balas mesej aku? Aku dah mula rasa tak sedap hati ni…’
Qaseh : Saya nak tanya, hubungan kita ni macam mana ya? Saya tunggu awak tau. Awak suruh saya tunggu awak kan?
Ammar : Saya minta maaf, cukup lah hubungan kita setakat kawan baik sahaja. Awak terlalu baik untuk saya.
‘ What the…??! How dare you to talk to me like that?! Aku dah agak dah. Buang masa aku saja . Betul cakap En. Fidaiy, tak guna tunggu untuk lelaki macam ni.’ Tanpa dia sedar, air mata sudah basah membasahi pipi.
Qaseh : I’m waiting for You almost two year for this kind of shit reason? Huh?! Am I look like stupid girl waiting You for nothing?!
‘ Haa.. Kan dah keluar loghat mat saleh aku. Dia ingat aku ni patung ke nak tunggu dia lama-lama? Aku terlalu baik untuk dia? Habis tu....dia nak yang jahat ke? Mudah-mudahan termakbul…. Aamiin. Bukan aku nak doakan yang buruk, tapi dia yang meminta.’
Ammar : Saya minta maaf. Saya terkilan sebab dah sakitkan hati orang sebaik awak. Dan saya minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji saya pada Qaseh. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.
‘Berani kau cakap pasal jodoh dengan aku? Kau tak layak cakap pasal jodoh lah kalau kau pun tak guna.’
Qaseh : Semoga kita tiada jodoh. Saya tak perlu lelaki macam awak.
Qaseh mencampakkan telefon bimbitnya. Dia terkena sekali lagi dengan insan bernama lelaki. Tak sangka dia diperlakukan begitu. ‘Apa salah aku Ya Allah.. Kenapa aku sering dikecewakan? Paling tidak pun beritahu lah sebab yang munasabah sikit.’
Qaseh mencari nama Ammar dalam senarai nama di telefon bimbitnya lalu dibuang. Tidak ingin dia menghubungi lelaki itu lagi. Rasa seperti ditoreh-toreh hati nya saat ini. Qaseh mendail pula nama Rina. Talian bersambung dengan segera.
“Rina……” Air matanya jatuh sekali lagi. Sungguh saat ini hatinya rasa sebak. Tidak dapat dia menahan air mata dari mengalir keluar.
“Wei.. Kau kenapa ni? Siapa mati? Kenapa menangis ni? Sabar Qaseh.. Istighfar.. Ingat Allah..”Rina cuba menenangkan kawan baiknya itu.
“Ammar….” Kemudian Qaseh menangis lagi.
“Ammar yang mati? Ya Allah.. Innalillah.. Luqman tak cakap apa-apa pun kat aku?”
“Dia dah mati dalam hidup aku. Dia dah tak ada kaitan dengan aku.”
“Cop! Cop! Mati betul ke tidak sebenarnya ni?” Rina semakin keliru. Sudah lah mereka berjauhan. Lagi susah dia nak faham.
“Ammar kata aku dan dia setakat kawan baik saja. Dia cakap aku terlalu baik untuk dia…”
“Ya ke? Sampai hati dia! Habis tu dia nak perempuan jahat ke? Eh, tak guna betul lah. Masa nak mengurat kau, bukan main lagi merayu kat aku. Sekarang macam ni pula? Kau tunggu sekejap Qaseh, aku nak tanya Luqman. Geram betul lah aku. Nanti aku call kau semula. Dah.. jangan menangis, baik kau pergi makan. Makan nanti kenyang. Kalau menangis buat sakit mata kau saja. Okay, love You beb. Bye..” Panjang lebar Rina memberi nasihat. Ini lah guna nya kawan baik.
Qaseh matikan talian. Dia mengesat air mata pada hujung bajunya. Dicapai cardigan yang tergantung elok di balik pintu. Tudung express dibawa ke kepala. Dia mengatur langkah turun ke ruangan dapur. Maklum lah, taska memang begini, dapur ada satu sahaja.
“Morning!” Fidaiy menyapa mesra, sambil tangan nya laju membancuh air nescafe 3 in 1.
“Morning..” Jawab Qaseh acuh tak acuh.
“Are You okey?”
“Kenapa tanya?” Selamba Qaseh menjawab tanpa menghiraukan lelaki itu.
“Mata sembap,suara serak, baru lepas menangis kan? Awak okay tak ni? Nak MC?” Fidaiy hanya meneka.
Laju saja Qaseh mengangguk. Sungguh dia mahu menenangkan diri. Dan penenang terbaik tak lain tak bukan sudah tentu ibunya.
“En. Fidaiy dah makan? Saya nak masak mee goreng ni. Boleh saya masak lebih.” Qaseh menyoal sambil tersenyum mesra. Oleh kerana lelaki ini bersikap baik dengan nya,dia akan membalas jasa dengan masakan.
“Amboi… Dah tak sedih dah? Sedap ke awak masak? Boleh juga. Saya tak pernah rasa masakan dari pekerja sendiri. Air pun saya bancuh sendiri ni. Nampak?” Fidaiy menunjukkan mug di tangannya.
“Aik? Tak kan lah.. Encik tak pernah minta dia orang buat kut.” Tangan Qaseh laju memotong bahan untuk menumis.
“ Saya tak suka lah menyusahkan orang. Kalau tak kena dengan tekak saya, nanti saya complain karang sakitkan hati mereka pula. Ini awak yang offer diri nak masak, saya okay saja lah.” Terang Fidaiy.
“Oh.. Patut lah dia orang cakap Encik ni baik sangat, tak macam bos-bos dalam TV tu.” Qaseh leka memasak. Dia tidak menghiraukan Fidaiy yang asyik memerhati dia memasak.
Fidaiy hanya tertawa. Dia selesa berbual dengan Qaseh. Tidak ada rasa kekok langsung walaupun baru beberapa bulan Qaseh bekerja dengan nya.
“Mee goreng special is done! Jemput makan Encik. Kalau tak sedap beritahu ya. Saya tak kisah kalau Encik nak komen, boleh saya baiki lagi skill memasak saya ni.” Dia menarik kerusi di hadapan Fidaiy untuk duduk. Dua pinggan mee goreng telah dihidang diatas meja kecil yang disediakan khas di sudut dapur.
“Wow.. Nampak macam sedap. Saya makan ya.. Bismillah..” Fidaiy menyuap mee goreng perlahan-lahan ke mulut kerana masih panas.
Qaseh menantikan kata-kata dari Fidaiy. Satu saat, dua saat, tiga saat..dan…
“Perfect!” Fidaiy berkata setelah habis menikmati suapan pertama tadi.
“ Ya ke? Alhamdulillah…” Qaseh bangkit dan mengangkat pinggannya yang masih berisi mee.
“Awak nak pergi mana? Belum makan kan?”
“Saya nak makan kat bilik. Nanti apa pula dia orang cakap kita makan berdua macam ni. Dah lah saya ni orang baru.” Jawab Qaseh.
“Jangan makan kat bilik, nanti bersemut. Awak makan kat sini, saya makan kat pejabat. Selalunya pun memang saya makan kat pejabat. Okay, selamat menjamu selera Cik Qaseh. Terima kasih masakkan untuk saya sekali.” Fidaiy menghadiahkan senyuman manis lalu beredar dari situ.
“Sama-sama..” Qaseh kembali duduk.
‘Baik sungguh Encik Fidaiy ni. Tapi, kenapa Efa, Fara dan Siti cakap En. Fidaiy ni sombong, tanya sepatah jawab sepatah? Dia okay saja berbual dengan aku? Aaahh.. Lantak lah. Kita makan dulu. Bismillah..’
Sedang dia menjamu selera, Siti menuju ke dapur sambil membawa botol kosong.
“Seronok borak dengan anak bos?” Siti senyum sinis tanpa memandang Qaseh.
‘Macam ada bau orang jealous lah. Sibuk saja curi dengar. Bukan dia dah bertunang ke? Kenapa nak jealous?’
“Sembang kosong saja. Nak tengok tahap kesombongan dia.” Qaseh jawab selamba. Lagi dia tambah api cemburu dalam hati si Siti. Siti tidak membalas, dia hanya menjeling tajam ke arah Qaseh dan berlalu sesudah siap mencuci botol tadi.
‘Qaseh.. Kau perlu berhati-hati. Macam ada bayang-bayang musuh yang datang.’
Share this novel