“ASSALAMUALAIKUM.” Sapa Qaseh dengan senyuman mesra. Mereka dipisahkan dengan pagar dawai diantara blok mereka.
“Wa..Waalaikumussalam.” Jawab Ammar tersekat-sekat. Di pandangnya Qaseh tidak berkerdip matanya.
Jeda.
‘Kenapa dia tengok aku macam tu? Dia suruh aku turun sebab nak tengok aku saja ke?’
“Ehem!” Qaseh berdehem. Tersentak Ammar. Dia baru tersedar dari lamunan.
“Dah sampai mana?” soal Qaseh.
“Sampai mana apa?” Ammar pulangkan semula soalan kepada Qaseh.
“Ammar berangan dah sampai mana? Turki?” Dia tersenyum sendiri melihat muka Ammar yang sudah merona merah. Handsome!
Ammar tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. ‘Malunya.. Terkantoi pula tengok anak dara orang lama-lama.’
“Ada apa nak jumpa ni?”Qaseh kembali menyoal.
“Oh ya. Nah! Saya ada hadiah untuk Qaseh. Yelah.. Qaseh kan dah habis belajar kat sini. Jangan lupa kat Ammar tau! Tunggu Ammar tau!” Ammar menghulurkan kotak bersaiz sederhana yang di sampul kemas.
Ragu-ragu Qaseh mahu menyambutnya. ‘Tak apa ke ni aku ambil? Tapi.. Hadiahkan? Boleh kut..’
“Terima kasih.. Insyaa Allah..” Qaseh menyambut sopan hadiah tersebut.
Jeda.
“Lepas ni,nak sambung belajar di mana?” Ammar membuka bicara. Mematikan kesunyian antara mereka.
“Lepas ni, praktikal. Lepas tu, cari kerja kut. Tolong doakan Qaseh ya?”
“Insya Allah.. Tolong doakan Ammar juga untuk semester terakhir ya?”
“Insya Allah..” jawab Qaseh pula. Masing-masing menitip pesan sebelum berpisah.
Jeda.
“Ammar. Macam dah lama saja kita kat luar ni. Tak elok pula kalau jiran-jiran nampak. Saya masuk dulu ya?” Qaseh meminta diri.
‘Tak adalah lama sangat. Kaki aku dah sakit sebenarnya berdiri tegak macam tiang bendera. Dah lah cuaca panas terik. Nanti muka aku berbelang macam mana? Maaf lah ya Ammar.’
“Err.. Okay.. Take Care!” Ammar tersenyum memandang Qaseh yang turut tersenyum.
‘Aku rasa baru sekejap berborak. Nak jaga ikhtilat kut. Tak apa Ammar. Habiskan belajar dulu.’
Qaseh berjalan laju menuju ke tangga blok kediamannya. Ada juga mata-mata yang memandang sewaktu dia pulang tadi.
“Assalamualaikum!” Qaseh membuka pintu rumahnya.
“Waalaikumussalam.. Wah! Dapat hadiah…Patutlah senyum sampai ke telinga.” Rina mendapatkan Qaseh yang sedang membuka bungkusan hadiah.
‘Selalu dalam novel, heroin buka hadiah seorang dalam bilik, malu-malu kucing. Tak ada maknanya seorang Qaseh Maisarah nak buat macam itu. Lagi-lagi ada kawan mereng macam Rina ni.’
“Kau ni lambat lah.. Meh, aku tolong buka.” Rina mengambil bungkusan tersebut daripada tangan Qaseh.
‘See? Rina sorang aje berani rampas barang aku sendiri. Suka hati dia saja. Dia pula yang over excited. Nasib baik aku sayang kau Rina.’
“Wah…Tudung……. Telekung Siti Khadijah….. Macam hantaran dah ni.” Rina membawa tudung ke atas kepalanya.
“Eh… Jangan ngada-ngada nak pakai eh.. Aku belum rasmikan dulu,kau dah sibuk nak pakai. Tak ada..Tak ada.. Ammar bagi aku.. Kau nak? Pergi minta Luqman.” Qaseh merampas tudung yang baru sahaja jadi miliknya itu.
“Ala…” Rina mencebik..
“Aku ikat juga mulut kau tu nanti.. Hahaha.. Dah lah! Cepat lah bersiap.. Kata nak keluar.. Yeah! Yeah! Dapat tudung baru!” Qaseh bersorak gembira . Laju saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.
Rina menjulingkan mata ke atas. ‘Ada ubi ada batas! Tunggu nanti aku balas! How dare you bersorak depan aku?! Tak apa.. Tak apa.. Nanti Luqman bagi aku lagi banyak.. Piiraaa!’
“Rina! Berangan apa lagi tu?!” Jerit Qaseh dari biliknya.
“Iya! Iya! Aku nak bersiap lah ni!” Rina berjalan menuju ke biliknya sambil menghentak-hentakkan kakinya.
“Hah! Hentak-hentak! Bobos nanti. Tahu lah hari-hari terakhir kita kat sini.”
“Ish! Tak bobos lah… Aku ringan!” jawab Rina pula.
Qaseh : Ammar, terima kasih. Cantik tudung dan telekung ni. Pandai Ammar pilih.
Sent!
‘Eh? Macam gedik saja. Gedik ke? Tak kut.. aku nak ucap terima kasih saja. Nanti cakap aku tak reti berterima kasih pula.’
Bip! Bip!
Ammar : Sama-sama Qaseh. Terima kasih sudi terima hadiah dari saya yang tak seberapa ni.
Qaseh : Siap bagi gambar pasport lagi. Hehe..
Tadi sewaktu Rina mencuba tudung itu, sekeping gambar pasport telah jatyh ke lantai. Mujur saja Qaseh ternampak. Kalau tidak…. Tentu Rina tahu tentang gambar ini. Fuh! Lega..
Share this novel