BAB 5

Romance Series 1299

"OKAY, KELAS DISMISS." Sir Maneq mengakhiri sesi kuliah pada petang ini tepat jam 5.30 petang. Masing-masing sudah tayang muka lapar dan mengantuk. Maklum lah, kelas petang memang begini.

Qaseh dan Rina mengatur langkah keluar dari dewan kuliah bersama-sama. Selang beberapa minit, Rina menyiku-nyiku lengan Qaseh.

"Apa kau ni? Cakap aje lah." Qaseh membetulkan selendang yang terletak di atas kepalanya. Hari ini dia mengenakan baju kurung Kedah berwarna maroon dan dipadankan dengan selendang berwarna merah jambu. Kelihatan ayu sahaja dia hari ini.

"Tuuu.." Rina memuncungkan bibirnya yang nipis itu. Qaseh memandang di tepi tangga blok kelas mereka.

"Tudiaaa... Si jejaka pujaan kau sudah datang.. Eh? Sekejap. Luqman kata harini dia ada kelas dengan Ammar. Tapi kelas diaorang dah habis pukul 2 petang tadi. Apa mamat ni buat kat sini?" Rina memandang ke arah Qaseh yang sudah terpaku disebelahnya.

"Argh... Dia tunggu kau ke?! So sweat.. Mana Luqman? Dia tak tunggu aku ke?" Nyaring suara Rina melontarkan kata-kata tanpa menoleh kiri dan kanan. Lantas dengan segera Qaseh menutup mulut Rina dengan tangannya.

'Bising betul lah minah ni. Buat malu saja. Tak reti nak cover langsung!'

"Sssyyhhhh! Kau memang nak bagi semua orang dengar ke?" Qaseh berbisik sedikit setelah banyak mata-mata memandang mereka. Serentak mereka memandang ke arah tangga tadi. Tapi Ammar sudah tiada.

"Eh? Mana dia pergi?" Terjengah-jengah dua sekawan itu di balik daun pintu bilik kuliah.

"See? Dia tak tunggu aku pon. Jom." Mereka memusingkan badan kearah bertentangan.

"Aaarrggghhh!!!!" Serentak Rina dan Qaseh menjerit. Tercampak buku yang dipegang Rina. Terhenjut-henjut bahu mereka.

"Sorry.. sorry.. Saya bukan sengaja nak terkejutkan kau orang." Ammar mengutip buku Rina yang betul-betul berada disebelah kakinya.

Masing-masing terpaku dengan muka merah padamnya seperti nampak hantu dipetang hari. Nasib baik lah waktu petang begini sudah ramai pelajar yang pulang.

"Kau orang cari apa tadi? Terjengah-jengah. Saya pun jengah sekali lah tadi." Ammar memandang Rina dan Qaseh silih berganti.

Masing-masing membuat iklan colgate, menayang gigi yang elok terletak.

'Aduh! Kantoi.. Rina.. Say something!..'

Qaseh menyiku lengan Rina yang masih terkebil-kebil.

"Haaa.. Tadi macam nampak ...." Rina memandang Qaseh meminta bantuan.

"Nampak katak... Haaa.. Katak puru.. Eeii.. Geli. Ammar buat apa kat sini?" Qaseh saja mengubah topik.

'Harap-harap dia tak tanya lagi lah pasal tadi. Malu berbakul-bakul dah tadi.'

"Oh ya.. Saya tunggu Qaseh. Jom makan. Saya belanja." Kata Ammar sambil tersenyum lalu menundukkan pandangannya.

"Habis aku?" Rina mencelah.

"Kau kan ade pakwe. Minta lah pakwe kau belanja.. Hehehe. " Qaseh senyum sinis memandang Rina. Nak tergelak pun ada juga. Kesian tak ada orang nak belanja dia makan.

'Hahahaha.. Kesian Rina. Tapi.. tapi... Ni bukan mimpi kan? Ammar ajak aku makan?? Ni baru betul dating.. Auch..'

"Kau kenapa Qaseh Tersenyum-senyum.. Suka lah tu."Rina menjeling tajam memandang Qaseh.

"Erm.. Excuse me, I ada date. Jom Ammar. Nak makan kat mana?"Qaseh mengenyitkan matanya kepada Rina.

'Hari tu kau kenakan aku kan.. Tinggal kan aku sorang-sorang kan.. Haa.. Hari ni kau balik sorang-sorang. Hahaha..'

"Haa jom..Jom.. Bye Rina. Baik-baik balik sorang tu, nanti kalau jumpa katak puru kirim salam ya." Kata Ammar sehingga menggetuskan tawa Qaseh Maisarah. Mereka melambaikan tangan kepada Rina bersama-sama.

Rina mengeluarkan telefon bimbit miliknya daripada tas yang dibawa. Lalu di dail nombor si buah hatinya si Luqman.

"Assalamualaikum.. Awak.. kat mana tu? Ammar dah bawa lari kawan saya. Ditinggalnya saya balik sorang-sorang. Lepas tu, disuruhnya pula kirim salam kat katak puru.. Apa biadab sangat kawan awak tu..? Jom makan cendol nak? Kita mengintai dia orang dating." Kedengaran Luqman mentertawakannya dihujung talian sebelum mempersetujui cadangan daripada Rina. Talian diputuskan setelah cadangannya diterima.

'Awas kau Qaseh.. Berani kau gelakkan aku tadi ya.. Aku nak mengintai kau orang dating. Siap kau.. Kirim salam katak ya.. Kau pun Ammar.. Sama naik ya tadi. Bukan main lagi masa nak nombor si Qaseh tu, merayu-rayu.. Bila dah dapat, belanja aku pun tak nak. Huh!'

Rina bermonolog sendiri didalam hatinya. Geram dikenakan oleh Qaseh. Dia membawa dirinya ke luar kolej menunggu kekasih hatinya.

Sementara itu..

"Qaseh, nak makan kat mana?" Soal Ammar sambil memandu kereta kecilnya si Produa Myvi.

Qaseh mengetuk-ngetuk dagunya dengan hujung jari telunjuknya itu.

"Kita makan cendol nak?" Kata Qaseh sambil membuang pandangannya ke luar tingkap sisi. Malu rasanya hendak memandang anak teruna orang. Lagi-lagi orang itu memang orang yang disukainya.

"Hemm.. Boleh juga, sedap juga makan cendol. Lagi-lagi ketika cuaca panas macam ni." Ammar mengangguk setuju. Sesekali dia memandang gadis disebelahnya itu.' Comel juga dia ni.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience