Waktu berlalu begitu pantas, petang ini Qaseh akan pulang ke taska semula. Bila sudah pulang ke rumah, berat rasa hati untuk kembali bekerja.
Tok! Tok!
“Kakak… Ibu masuk boleh?”Puan Idayu meminta izin, takut pula dia mengganggu anaknya sedang berkemas.
“Masuk lah bu.. Tak buat apa pun ni.” Segaris senyuman di hadiahkan untuk ibu tersayang.
“Kakak.. Penat ibu tunggu. Cepat lah.” Puan Idayu membuka bicara.
“Ibu tunggu apa? Tunggu kakak balik? Sabar lah.. Nak halau kakak ke bu?” Qaseh mengkerdip-kersipkan matanya.
“Bukan lah… Tunggu menantu.. Hahaha.. Kamu ada masalah ke? Cerita lah cepat.” Sebagai seorang ibu, dia tahu benar tentang sikap anaknya itu. Kalau sudah terkurung saja di bilik, adalah tu yang tak kena.
“Ibu ingat tak kakak pernah cerita pasal Ammar?” Qaseh mulakan bicara. Ditahan air mata yang mendesak untuk keluar.
“Ammar…? Oh.. Ammar pakistan tu?” Soal Puan Idayu.
“Bukan pakistan lah, mix pakistan…”
“Sama aja lah tu.. Hah kenapa?” Kata Puan Idayu sudah tidak sabar.
“Dia kata kita orang kawan saja. Dia mungkir janji bu…” Air mata mula membasahi pipi.
“Habis yang dia suruh kamu tunggu tu kenapa?!” Puan Idayu sudah hilang sabar. Qaseh memeluk ibunya erat. Puan Idayu membalas pelukan anaknya.
Ibu mana yang tidak marah jika anaknya diperlakukan sedemikian rupa. Namun soal hati memang tidak boleh dipaksa. Tapi, janganlah sampai mempermainkan hati orang yang setia menunggu. Kalau tidak suka, terus terang saja lah.
Tok! Tok!
Masing-masing melepaskan pelukan.
“Dah habis drama? Puan Idayu, awak tak nak masak ke? “ En. Zaid hanya memasang telinga diluar bilik sejak tadi. Makin lama dia tunggu diluar, semakin kuat pula tangisan si Qaseh. Mana boleh jadi.
“Awak ni, kacau lah. Anak kita tengah patah hati ni.” Jawab Puan Idayu sambil mengesat hujung mata dengan hujung bajunya.
“Yang patah hati tu Qaseh, kenapa dengan awak sekali menangis?”
“Saya ni menghayati cerita anak kita. Saya dapat rasa apa dia rasa.” Jawab Puan Idayu.
“Hemm.. Iyalah.. Sudah lah Qaseh, tak perlu nak bersedih untuk orang seperti Ammar tu. Buang masa, membazir air mata saja. Lebih baik kamu bersyukur dengan apa yang kamu ada sekarang. Sekurang-kurangnya, Allah jauhkan kamu dari orang yang perangainya tak elok. Lebih baik kamu putus sekarang daripada kamu setia menjaga jodoh orang.” En. Zaid memberi nasihat.
‘Ayah memang terbaik.. Kata-katanya bersahaja. Tetapi sangat mendalam dan menusuk kalbu. Ini lah gunanya seorang ayah dan ibu. Ibu tempat mencurah kasih sayang, ayah pula pemberi nasihat yang terbaik. Terima kasih ya Allah, sekurang-kurangnya aku masih ada ibu dan ayah yang sentiasa menyayangi aku dari dulu sehingga lah hari ini.’
“Terima kasih ayah. Jom ibu masak. Sian En. Zaid tu dah lapar.. hehe”
“Mengada ayah kamu tu, jom.” Puan Idayu menarik tangan anaknya keluar dari bilik.
*****
Qaseh memasuki perkarangan Taska Taman Universiti. Kedengaran suara kanak-kanak bersuka ria. Kesedihan boleh hilang jika melayankan budak-budak ni. Rindu pula pada Ami dan Sufi yang petah berkata-kata. Qaseh singgah sebentar di kelasnya sebelum dia menaiki tangga untuk ke bilik.
‘Wah! Pandai juga mamat ni melayan budak-budak. Siap menyanyi lagu Didi & friends. Comel pula aku tengok dia ni. Hahahaha… Dia boleh buat suara Pak Atan. Sebiji! Hahaha..’
“Eh! Cer… Yeay cer dah balik…” Ami dan Sufi datang memeluk Qaseh serentak.
Fidaiy berhenti menyanyi apabila terlihat Qaseh. Dia juga pergi kearah Qaseh.
“Bila sampai? Soalan pertama keluar dari bibirnya. Malu juga dia jika Qaseh ternampak dia menjadi Pak Atan tadi.
“Baru saja. Tapi sempat lah tengok Encik menjadi Pak Atan tadi. Hehehe..” Qaseh tersengih apabila dia melihat muka Fidaiy sudah merona merah menahan malu.
Fidaiy mengurut belakang lehernya. Dia tidak tahu hendak memberi reaksi yang macam mana.
‘Aduhai malunya aku. Begini lah kalau dah layan budak-budak, dengan aku sekali jadi budak.’
“ Err… Saya naik atas dulu lah. Encik sambung lah jadi Pak Atan.. Hehehe.. Teacher naik dulu eh, esok kita jumpa… Assalamualaikum…” kata Qaseh lalu dia mencium dahi Ami dan Sufi. Dia menunduk kan sedikit kepala tanda hormat kepada bos nya itu.
“Qaseh.”Qaseh memalingkan wajah apabila namanya dipanggil Fidaiy.
“Yes bos?” Jawab Qaseh.
“Esok pagi tolong buatkan saya mee goreng special lagi. Thanks…” Fidaiy membawa Ami dan Sufi masuk ke kelas tanpa menunggu jawapan Qaseh.
‘Fuh.. Kalau tahu tadi, aku nyanyi lagu Akim & The Majistret. Mahu tak lena tidur dia nanti. Ini lagu Pak Atan, memang dia gelakkan aku saja lah.’
“Okay bos…” Qaseh menaiki tangga untuk ke bilik.
‘Saja lah tu nak cover malu.. Hahaha.. Kalau tahu tadi, aku record. Kalau dia nak marah aku, aku viral kan video dia nyanyi lagu Pak Atan. Hahaha. Suara dia pun boleh tahan merdu juga..’
Share this novel