Chapter 1

Romance Series 11726

"jangan jangan biarkan lamaku menunggu
ungkapan kasih sayang darimu.."

Berulang ulang bait bait lagu tersebut bermain di fikiran Luth. Lagu tersebut adalah lagu yang sering dia nyanyikan untuk memujuk seorang wanita yang amat dia cintai dan wanita itu jugalah yang telah menghancurkan hatinya sekarang.

"Aku rindu kau.."gumamnya perlahan.

Begitulah keaadan Luth Arriyan sejak ditinggalkan Aisy Zulaika. Tidak putus putus ingatannya terhadap peristiwa tiga bulan lalu.

Bertalu talu kedengaran pintu biliknya.
"Umi harini takda kelas la,Luth nak tidur ni" respon Luth kepada uminya kerana dia tahu tiada siapa dirumah itu selain uminya.Babanya tiada dirumah kerana pergi melawat kawasan pembinaan di Sabah.

"Bangun Riyyan! Aisy ada dekat bawah, dia nak jumpa Riyyan." jerit uminya.

"Aik tak pernah pernah cari aku pagi pagi macam ni," katanya perlahan.

"Luth !" panggil Puan Hani keras apabila tiada balasan dari anak tunggalnya itu.

"Baik umi baik Luth mandi sekarang." balasnya sebelum lari masuk kedalam bilik air.

"Ha you kenapa cari I pagi pagi ni..rindu ehh." Usiknya kepada mata hatinya sambil mengambil tempat disebelah uminya di ruang tamu.

"Haish kamu ni jumpa jumpa ja terus nak diusik Aisy ni, tengok tu dah merah muka dia. " tegur Puan Hani kepada anaknya.

"Ala umi ni, Ika aje nk dimenangkan," protes Luth kepada uminya.

Sebenarnya dia langsung tidak kisah uminya hendak memanjakan Aisy. Lagi dia suka kerana Puan Hani menyanyani mata hatinya. Tetapi sengaja dia berbuat begitu untuk melihat respon Aisy kerana dia dapat melihat riak muram diwajah Aisy sejak dia turun dari bilik lagi.

"Kamu jangan nak mengada ," balas Puan Hani selamba.

"Erm Ian, Ika nak ajak Ian keluar boleh. Ada benda penting saya nak cakap." kata Aisy kepada Luth tanpa mengendahkan kata kata lelaki itu sebentar tadi.

Luth rasa tidak sedap hati. Tidak pernah Aisy berkelakuan demikian. "Ika are you okay ?" soalnya.

"Umi naik dulu ya. " kata Puan Hani lalu terus mendaki tangga menuju ke biliknya. Sengaja ingin memberikan ruang kepada Luth dan Aisy.

"Zulaika ??" panggilnya geram.

"Ian..kita bincang dekat luar jom." pujuk Aisy lembut.

"Hm jomla. Kak Ti !! Nanti bagitau umi saya keluar dengan Zulaika yaa. " jerit Luth lalu terus keluar menuju ke kereta.

Dia masuk kedalam kereta dengan keadaan marah. Tidak fahamkah Aisy yang dia sejenis yang tidak suka cakap berulang ulang. Dia terus menghidupakan enjin kereta lalu memandu mengikut kereta Aisy dari belakang. Dalam kepalanya sarat dengan pelbagai persoalan tentang perkara yang ingin Aisy bincangkan.
Luth Arriyan memarkinkan kereta Audinya elok di parkin Tasik Titiwangsa. Sementara menunggu Aisy keluar dari kereta..dia melihat suasana sekelilingnya yang indah.

"Ya Allah semoga tiada perkara yang menyakitkan berlaku," doanya perlahan.

Entah apa yang Aisy buat di dalam kereta. Dia pergi mengetuk tingkap kereta Aisy. Dia dapat melihat Aisy sedikit terkejut sambil tangannya laju mengesat mata.

"Dia nangis ke, Ya Allah dia terasa dengan kelakuan aku tadi kot." perasaan bersalah memenuhi hatinya sekarang.

"Ika kenapa nangis ni..Ian mintak maaf pasal tadi." kata Luth sejurus Aisy keluar dari kereta.

"Apabenda Ian ni mana ada orang nangis" kata Aisy sambil tertawa perlahan.

"Jom duduk kat kerusi tu" kata Aisy lagi sambil menunjuk ke arah sebuah kerusi yang terletak berdekatan tasik.

Setelah mengambil tempat, Luth terus menyoal Aisy tentang perkara penting itu.

"Ian..sebelum apa apa Ika nak mintak maaf sangat sangat sebab dah banyak menyusahkan Ian sepanjang kita kenal. Jujur Ika cakap Ika sayang sangat dekat Ian." tutur Aisy tanpa memandang wajahnya.

"Zulaika..cuba cakap terus terang dengan Ian. Pandang muka Ian." cakap Luth tegas.

"Saya dah tak boleh teruskan hubungan dengan awak. Ya dulu memang saya sayangkan awak sangat sangat. Tapi itu dulu,saya dah tak tahan dengan sikap awak,sikap tak matang awak,sikap suka mendesak. Saya mintak maaf Luth. Saya harap lepas ni kalau awak jumpa saya tolong jangan panggil saya Zulaika ,just panggil saya Aisy sama macam orang lain. Kita dah tak ada hubungan istimewa sekarang. Saya pergi dulu." Aisy terus bangun pergi ke keretanya.

Setelah bayang Aisy hilang air mata Luth jatuh perlahan lahan.

"Takde langsung ke kebaikan aku dekat mata kau." gumamnya dalam tangisnya perlahan.

Luth tersedar dari lamunannya apabila terdengar ketukan pintu. Terjengul wajah uminya di muka pintu. Tersenyum saja uminya walaupun dia tahu uminya susah hati dengan keadaannya.
"Riyyan sayang jom makan." ajak uminya lembut.

"Umi,janganla panggil Luth dengan nama Riyyan." pintanya lembut kepada uminya.

"Iyala umi mintak maaf sayang. Dah jom makan, seharian Luth tak makan. Tak sayang umi ka." pujuk Puan Hani. Luth akur. Sedih pula mendengar uminya berkata begitu.

"Haa turun pun kamu Luth,meh duduk sini baba nak share good news ni." kata babanya dengan riak gembira.

Luth turut gembira melihat reaksi babanya. Dia tekad untuk berhenti daripada mengingati Aisy Zulaika. Dia perlu move on dan fikirkan masa depannya. Lagipun menurut teman rapat Aisy, Aisy telah menyambung practicalnya ke New York. Tiada gunanya lagi dia menunggu keajaiban berlaku.

"Ish budak ni dengar tak." kata Tuan Luqman geram.

"Hah apa dia ba..hehe." balasnya. Uminya di sebelah hanya mengeleng melihat kelakuannya.

"Baba cakap baba dah dapat pangkat Dato'." Ujarnya dengan riak gembira.

"Waa betul ke ni baa..alhamdulillah congrats." ujarnya lalu bangun dan terus memeluk bahu babanya.

"Bila majlisnya ba ? " tanya Luth.

"This weekend, make sure Luth takda any plans okay. " pesan Tuan Luqman .

"Orait capten." balas Luth, tersenyum umi dan babanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience