Chapter 19

Romance Series 11726

KLIA

"Thankyou Abang Ian, tolong hantar kami ke sini."

Aira bersuara setelah selesai menguruskan hal penerbangannya dan keluarganya ke Jepun.

"Alah, benda kecil ja. Lagipun kebetulan abang cuti harini kan."

Luth mengatur langkah menuju ke arah mummy dan daddy angkatnya yang sedang menunggu di kerusi.

"Mummy, daddy nak air? Luth boleh belikan.' tawar Luth.

"Tak menyusahkan Luth ke?" respon Puan Dhia.

Rasa bersalah pula dia, sudahla Luth telah menghantar mereka sekeluarga ke sini, lepas tu minta macam-macam pula.

"Apa yang susahnya, Luth pergi beli kejap. Lagipun flight setengah jam lagikan." ujar Luth sopan. Ingin membuktikan yang dia langsung tidak terbeban.

"Hm yelah, terima kasih Luth. Hai untungnya daddy dapat bakal menantu yang baik macam Luth ni. Aira jangan buat perangai ya, Luth ni dah cukup baik." kata Tuan Zahil sekaligus menyakat puteri tunggal kesayangannya.

Aira yang sedari tadi ralit dengan gajetnya terus memalingkan muka pada daddynya apabila namanya disebut.

"Daddy ni, pernah ke Aira buat hal? Sampai hati." kata Aira dengan nada rajuknya.

"Aira, daddy gurau je. Saja la tu nak tunjuk manja dia depan Luth." usik Tuan Zahil lagi.

Kali ini Aira tidak menjawab. Hanya mulut yang dia telah muncungkan sedepa. Kenal benar dengan sikap daddynya yang kuat mengusik itu.

"Ha dah takpayah nk muncung sangat. Jom ikut abang pergi beli coffee." sampuk Luth yang ingin menghentikan rajuk Aira.

"Taknak." jawab Aira senada.

"Taknak sudah. Manja." bisik Luth di sebelah telinga Aira sebaik saja dia melintasi gadis itu. Luth terus saja melangkah menuju ke cafe untuk membeli minuman.

"Haish mana ada." bentak Aira lalu terus bangun mengekori Luth.

Puan Dhia dan Tuan Zahil hanya tersenyum memerhati gelagat dua orang muda itu.

" Abang ni suka-suka ja kan cakap orang manja." kata Aira yang masih tidak berpuas hati dengan Luth.

"Tak betul ke?" kata Luth dengan nada mengejek sambil menarik kerusi untuk duduk sementara menunggu minuman yang dipesan siap.

"Aira manja dengan orang yang sayang Aira ja."

Masih lagi Aira ingin membela dirinya. Aira turut menarik kerusi di meja yang Luth duduki.

"Habis Aira ingat abang cakap Aira manja dengan siapa? Abang?" duga Luth. Sengaja ingin mengenakan Aira.

"Erk." terkelu lidah Aira. Dia begang melihat Luth yang sedang tersenyum sinis melihatnya. Otaknya ligat memikarkan idea untuk mengenakan Luth semula.

"Aira cakap je. Aira taknak la abang fikir Aira ni mengada-ngada nak manja dengan Abang Ian. Kot-kot la Abang Ian perasan. Satu lagi, saja la Aira nak bagitau. Aira tunjuk perangai manja Aira yang comel dengan orang yang Aira sayang ja tau. So kalau nak bermanja dengan Abang Ian, memang jauh bot dari sungai."

Aira tersenyum. Puas dapat memulangkan tembakan berperisa pada Luth. Haa itu la, nak sangat usik aku. Amik kau.

"Abang pun tak ingin la. Lagipun abang tak minat sangat melayan orang yang besar panjang tapi perangai macam budak-budak. Eh silap, dalam kes Aira kita panggil orang yang dah besar pendek." balas Luth yang masih lagi ingin bertekak.

Aira geram. Tau la dia lebih pendek berbanding Luth, tapi tak ada la pendek sangat. Paras telinga Luth saja.

"Aira tak suruh pun abang layan. Yang abang nak cari pasal sangat kenapa?" Aira sudah naik angin.

Melihat Luth yang galak mentertawakannya, semakin mendidih darah Aira.

"Alah Aira tahu, ni mesti sebab Abang Ian takut rindu Aira nanti kan. Sebab tu la beria-ia nak kenakan Aira."

"Haih Aira ni, perasan tahap dewa kan." kata Luth sambil membuat muka menyampah.

"Alah bukan selalu pun Aira perasan. Sekali sekala ja. Sebab tu la kalau boleh nak perasan tahap kayangan, well tak selalu buat kan." kata Aira selamba.

Luth sudah mununjukkan muka jengkelnya.

"Abang Ian tu ha, yang nak serius sangat macam tengah handle kes perang kenapa?!" sambung Aira lagi.

"Alah bukan selalu pun abang serius. Sekali sekala ja. Sebab tu la kalau boleh nak serius tahap kayangan, well tak selalu buat kan." Luth meniru semula ayat Aira tadi. Sengaja cari gaduh.

"Huh dah takda modal sangat ka sampai tiru ayat orang." marah Aira.

"Iyala tu tak selalu, kalau sepuluh kali kita jumpa, Aira rasa dua kali ja yang Aira tak nampak muka serius abang tu." sambung Aira lagi.

Luth membuat mimik muka mengejek Aira. Suka pula melihat Aira marah.

"Abang kalau tak kacau Aira memang tak boleh hidup kan. Aira rasa betullah abang ni takut rindu Aira nanti, sebab tu tak habis-habis nak kacau orang." marah Aira.

"Don't worry girl, Aira boleh hidup tenang dekat sana sebab abang takkan kacau Aira langsung dan untuk buktikan dekat Aira yang abang takkan rindu Aira, abang takkan call Aira lansung. And abang yakin Aira yang akan call abang dulu." dengan tiada perasaan Luth meluahkan kata-katanya.

Aira ada sedikit terasa dengan kata-kata Luth. Namun dia pujuk hati, Luth memang kadang-kadang bermulut lancang. Lagipun dia sedia maklum yang tiada sebab untuk Luth merinduinya, mereka kahwin pun atas dasar kasih kepada orang tua mereka. Aira pun tidak melebih-lebih, dia sedar kedudukannya. Segala kata-katanya hanyalah untuk bergurau.

"Haa bagus sangat la macam tu, aman hidup Aira. Aira pun takdanya nak call abang, buang masa ja. Baik Aira spend masa Aira dekat sana dengan orang yang Aira sayang." balas Aira bersahaja.

Dia tidak perasan yang muka Luth telah berubah. Luth tahu di Jepun tu ada Faid. Orang yang tidak jelas hubungannya dengan Aira. Dia terus bangun tanpa sebarang kata apabila air yang dipesan telah siap.

"Jom." kata Luth kepada Aira setelah dia mengambil minuman yang dipesannya. Dia terus melangkah meninggalkan Aira yang masih terkial-kial menyangkut tali handbag di bahu.

" Tunggu la." jerit Aira sambil kakinya laju mengikut langkah Luth. Geram juga dia dengan Luth yang tiba-tiba berubah tingkah.

"Haa sampai pun. Lama jugak kamu berdua pergi, ramai orang ka?" tanya Puan Dhia sejurus saja kelibat Luth dan Aira ada di depan matanya.

"Haah mummy, ramai orang. Maaf ya." kata Luth sopan.

"Haish Luth ni, apa pulak nak minta maaf. Terima kasih ya Luth belikan air." kata Tuan Zahil sambil menyambut huluran air daripada Luth.

Ada la dalam sepuluh minit mereka berempat berbual sebelum semua para penumpang pesawat M35 dipanggil untuk ke dewan pelepasan.

Luth bersalam dengan mummy dan daddynya. Sempat dia berpesan kepada Tuan Zahil untuk memaklumkan kepadanya apabila mereka sudah sampai.

"Abang mungkin akan busy lepas ni dengan projek di Krabi. Kalau ada apa-apa just text me, nanti abang free abang call. Lagi satu, apa yang abang cakap tadi tu, abang just bergurau ja. Jangan reject pulak bila abang call. Jaga diri." pesan terakhir Luth sebelum Aira mengikut langkah mummy dan daddynya ke dewan pelepasan.

"Okay." balas Aira dengan senyuman.

Entah kenapa Luth rasa dunianya sepi seketika apabila figura Aira hilang dari matanya. Mungkin dia akan merindui gadis itu, dan mungkin juga tidak. Luth sendiri tidak ada jawapannya.

Baru saja Luth hendak membuka pintu kereta, ada satu mesej masuk. Luth tersenyum membaca mesej tersebut.

Aira Zulaikha : Balik ni jangan menangis pulak sebab rindukan Aira. Drive safe! Btw, flight Abang Ian ke Krabi lusa kan. Safe journey ya, take care (lupa cakap tadi sebab kita asyik bertekak je hehe). Bye!

Sempat saja Aira menaip pesanan untuknya. Orang sibuk nak naik kapal terbang, dia sibuk berwhatsapp. Kena tinggal baru tahu.

Luth Ariyyan : Takdanya nak menangis bagai. Take care too.

Mesej WhatsApp yang Luth hantar hanya mendapat satu tick, mungkin Aira sudah menukarkan phonenya kepada flight mode.

Luth menghidupkan enjin keretanya lalu terus menuju ke Luq's Buildings. Memang dia cuti harini, tapi dia hendak menyiapkan serba sedikit kerjanya sebelum berangkat ke Krabi. Duduk di rumah pun untuk apa, nak kacau Aira pun dia berada dalam flight. Hai Luth, dah mula rindu ke. Luth tersenyum sendiri.

Maaf sangat-sangat untuk sesiapa yang tunggu this new chapter. Ada masalah yang tak dapat dielakkan. Btw thankyou pada yang sudi baca chapter ni. We will meet again, bye! Love all, as always

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience